Tuesday, 22 November 2016

Kejutan Budaya

                                                  Image result for kejutan budaya

        Kejutan budaya???makin ramai remaja kini yg mudah terkena kejutan budaya ni.Dalam tv pon dah makin banyak memaparkan kisah2 remaja yg semakin ramai terkena dengan kejutan budaya.Well ini la realitinya yg sebenarnya tentang manusia kalau tak betul xdaknya semakin banyak drama2 melayu tentang tu.Kalau kita tengok bukan sahaja di dalam tv malah ianya juga terdapat di dalam youtube.

     Kebanyakkan terjadi pada remaja2 yg baru mula didedahkan dengan dunia luar.Nanak pula jika remaja tu mula hidup berjauhan daripada family dan tiada pengawasan orang tua.Selalunya pelajar kolej atau u yg terkena kejutan budaya.Selalunya mereka xkan sedar yg diri mereka sudah berubah tidak sama seperti dahulu hanya orang disekelilingnya seperti family d kawan2 rapat saja yg dapat melihat perubahannya.Bila kita kata yg dy dah banyak berubah pasti dy akan kata mana ada aku still cam dulu la.

    Antara sebab yg boleh mereka terkena kejutan budaya ialah tersalah pilih kawan.Yela bila kita p bljr tmpat baru ke tempat keja baru mesti kita cari kawan baru kn.Well xsalah jika ada ramai kawan tapi kenalah berhati2 dalam memilih kawan.Kini semakin ramai budak2 remaja xkira la laki atau perempuan dah rosak akibat tersilap pilih kawan.Terutamanya remaja,pemikiran mereka masih muda dan mudah terpengaruh dan percaya dengan ajaran kawan.Maklum la kawan pulak dari negeri lain dan cara mereka membesarpon xsama dengan kita.

     Sebab kedua pulak terpengaruh dengan persekitan hidup di tempat baru contohnya di kl.Cara remaja di sana lain.Kehidupan mereka lebih sosial dari remaja negeri lain.Yela siapa pon x tergoda bila p kl kn dan tengok cara hidup orang disana.Selalu remaja mudah terpengaruh dengan budaya hidup depa,cara pemakaian depa.Ini la salah satu punca perubahan diri remaja tersebut.Persekitaran di kl sungguh berbeza dengan tempat sendiri.

    Bukan itu sahaja,pertuturan orang2 di kl juga berbeza dengan kita.Cara mereka bercakap agak open dan jika orang tua2 dengar pasti mereka kata macam xelok.Tapi entah mengapa bila remaja yg pergi sana pasti lama kelamaan akan terikut2 dgn cara budak kl cakap.Tetapi tidak semua yg brcakap seperti itu cuma iyelah kena pandai pilih kawan yg dari sana je.Kadang2 ad yg elok percakapan yg blh kita ikut tapi tu la remaja lebih memilih percakapan2 yg kurang sopan ketika bercakap bila pulang ke kg.

    Penyakit kejutan budaya ni dah makin meluas di kala remaja sehingga mereka lupa family kerana terlebih ikut kawan2 yg di sana.Kadang2 mereka terikut2 dgn cara hidup kawan2 mereka yg ank2 orang senang.Itu la kelemahan remaja sekarang gara2 nak ikut kwn2,xnak ilg kwn,nk ad ramai la sampai kadang2 menyusahkan family.

    Satu je pesanan dari iqa tolong la jangan salah pilih kawan.Kalau kita dah kata nk p kt sana untk blajar jadi tlg la focus dgn plajaran bukan xblh berseronok blh je tapi jangan melebih had.Diri sendiri xkan boleh tahu yg diri tu dah terkena kejutan budaya hanya family dan kawan rapat je akan nampak.Iqa pon still student tapi iqa still beringat dan letak had pada diri iqa untuk blajar, berseronok dgn kwn2,date dgn boy tapi still kena beringat tu je kwn2..ok la setakat ni je post iqa pasal ni bye.

    

     

Wednesday, 2 November 2016

Fesyen Tudung

      Image result for fesyen tudung sarung dahulu       


     Tudung?hmmm...Jika dulu kebanyakkan remaja perempuan atau dewasa bila ditanya tentang tudung mesti ada yg kata belum sampai seru lagi la,xready lgi la,payah la nk pakai nampak macam susah je.Macam2 la jawapan klu ditanya kepada diorang.Jika kita lihat balik pada zaman dulu2 ramai wanita2 yg free hair dan berpakaian ala2 barat kan?tetatpi apabila sudah masuk usia tua baru la pakai.Iyela pada masa tu agama islam xbrapa kuat lagi seperti sekarang.

      Banyak perubahan bila kita imbas kembali tentang fesyen tudung.Dulu2 masa mula2 orang cuba pakai tudung..tudung express atau sarung je.Time tu fesyen tu yg mudah bagi mereka dan memang tu la fesyen kegilaan wanita dewasa,budak sekolah,kolej la.Tetapi semakin lama semakin kurang pulak orang memakainya sebab time tu fesyen tudung bawal pulak yg menjadi kegilaan mereka.Pelbagai warna,corak,hiasan yg terdapat pada tudung tersebut dan masa tu ramai kata tudung tu senang pakai ,cepat,dan senang untuk membentuk dan lebih bergaya.

     Apabila masuk tahun baru pulak contoh macam tahun 2010,2011,2012 la...fesyen tudung bawal semakin kurang dipakai.Ini kerana kaum perempuan lebih suka memakai tu selendang.Ada yg berpendapat tudung selendang lebih mudah dipakai,ada selendang yg kainnya xperlu diiron dgn teruk2 dan macam2 la jawapan mereka.Ada juga yg kata tudung selendang lebih bergaya ini kerana mereka boleh buat macam style kt selendang tu tidak seperti bawal yg hanya boleh buat satu style je.Tudung selendang juga bagi mereka lebih tutup dada daripada bawal.

       Tetapi sekarang jika kita perasan fesyen tudung bawal mula dipakai semula.Macam2 style yg dilakukan oleh mereka.Menurut mereka tudung bawal juga boleh dililit seperti memakai selendang.Kini makin banyak tudung bawal pelbagai corak,warna,hiasan,jenis kain tudung bawal yg dijual di kedai2 tudung atau butik.Malah sekarang fesyen tudung express atau sarung juga sudah menjadi tren kembali cuma sekarang lagi pelbagai bentuk,warna yg di keluarkan contoh seperti tudung Faridah yg menjadi kegilaan sekarang.

      Sebenarnya tidak kisah tudung bawal ke selendang ke express ka asalkan tudung yg dipakai mestilah menutup leher dan dada seperti mana yg dikehendaki di dalam Al-Quran.Seperti mana yg perlu mengikut garis panduan syarak iaitu pakaian hendak menutup aurat dan longgar,tidak sempit atau ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan.

      Macam aku pon sebenarnya minat fesyen tudung dan pakaian.Macam2 style baju yg aq pakai dan style tudung aku buat tetapi aku telah diajar oleh mama xkisah la fesyen macam mana sekali pon kita still kena ikut panduan syarak yg telah ditetapkan dalam agama.Oleh tu xsalah kita nak jadi kaki fesyen pon tapi bukan jadi hamba fesyen ye. k setakat ni je post aku untuk kali ni..bye..