Tuesday, 20 December 2016
Pelajaran atau teman lelaki?
atau
Couple semasa belajar di kolej or U sekarang sudah menjadi perkara biasa.Pada peringkat sekolah pon sudah bercouple.Kalau di kolej junior kapel dgn senior la,sma kos la,sama sem la.Tapi kalau diperingkat sekolah budak sekolah kapel dgn org luar la.Tapi yg menjadi persoalan la kn dan menjadi masalahnya ialah yg mana satu dulu ye nak buat?nak focus study ke or nak kluar date dgn buah haty?.
Tak semua orang boleh buat dua perkara dalam satu masa.Mesti ada masanya kita keliru yg mana satu nak dibuat dlu.Satgi klu xlyn pakwe..pkwe merajuk plk tapi satgi ass xsiap plk,keja banyak lgi la..mesti tu yg ada dlm fikiran tu kan?Sejujurnya iqa pon pernah lalu dan sapa2 pun dlu klu kpel sambil belajar msti akan lalui perasaan dan tekanan yg sama cm tu.
Tetapi iqa berbeza sedikit...Family iqa dari iqa sekolah rendah pon mama iqa didik lain.Mama pernah kata nak berkapel time belajar boleh je tapi make sure stiap kali exam wajib markah or pointer kna tggi xleh menurun.Kalau menurun xyah kapel.Jadi disebabkn iqa ni degil dan niat nk tunjuk bukti kt mama yg anak mama ni boleh je kapel time belajar,setiap kali exam xkira la time tu kt sekolah rendah ke, menengah ke time sekarang kolej ni pon iqa makes sure yg pointer tggi dan sentiasa pastikn iqa score tggi dlm semua subjek.Alhamdulillah dari dlu sampai sekarang pelajaran xpernah down dsebabkn sibuk berkapel.Iqa start berkapel2 ni dari drjah 1 lgi.
Ada la juga orang bertanyakan macam mana iqa boleh buat ye...yla disamping sibuk lyn kerenah bf d study lagi la.Sebenar ianya bukan macam mana kita buat tapi brgantung antara nak dengan xnak je.Bila mama dah kata cam tu dan didik cam tu jadi secara automatik otak iqa ni dah set macam tu.Iqa bukan belajar sebab nak dapat "LESEN" kapel tapi kata2 mama tu iqa ambik sebagai pembakar semangat dan iqa nak buktikan xsemestinya kita berkapel kita xblh berjaya dalam pelajaran.
Sejak tu secara tak langsung ianya dapat membantu iqa dalam berlatih untuk membahagikan masa dan untuk berfikir dengan lebih matang lagi.Sedangkan ramai student lani bukan setakat kapel tapi sudah pon berkahwin dan mereka mampu membahagikan masa dalam menjalankan tanggungjawab masing2 dengan waktu belajar. Iqa faham sangat bila kita kapel ni mesti akan hadapi masalah dan kadang2 sampai menjejaskan tumpuan dalam pelajaran tapi bagi iqa tak sepatutnya trjadi yelah diri sendiri yg pilih macam tu jadi kena pandai uruskannya.Setiap ap keputusan yg kita ambik tu ada risiko dan halangnnya tapi semuanya bergantung pada diri sendiri sama ada mampu atau tidak.
Jika kita rsa susah cuba kita fikirkn balik betapa ramai student yg kwin smbil belajar tapi blh berjaya je dlm pelajaran kenapa kita yg baru kapel ni xleh pulak?kapel je baru..kalau kapel pon dah down cam na esk ni dh kwin?bagi iqa brkapel smbil belajar memang xsalah cuma kena pandai memilih pasangan iaitu pasangan yg sama2 nak brjaya dlm pelajaran,yg mmpu mmbimbing kita dlm pelajaran bukan pasangan yg memberikan kesan negatif kepada masa depan kita.
ok la setakat ini je pendapat iqa tentang hal ni..iqa hanya mampu nyatakn pendapat tapi yg buat keputusan tu korang sendiri..fikir dulu dan tanya diri adakah mampu atau xmampu..ok bye kawan2
Subscribe to:
Posts (Atom)