Wednesday, 9 January 2019

LAYANI DENGAN ADIL,MESRA, DAN HORMAT

Image result for cashier and customer service 



Makin bertambah tahun makin banyak perbezaan,peningkatan,penambahan yang dilakukan. Kalau zaman2 dulu ada pasar pagi,kedai runcit tepi2 jalan or kat kampung ada lori2 sayur ikan dok bergerak kan..tapi zaman sekarang pelbagai mall,supermarket,mini mart,kedai2 RM2 la apa la macam2 lagi. Setiap pusat membeli-belah pasti mempunyai sistem mereka yang tersendiri.Dari segi sistem kerja,pekerja mereka,susunan dan aturan barang jualan dan dari segi pembayaran di kaunter.

Setiap pusat membeli-belah mempunyai sistem pembayaran yang berbeza ada yang lebih suka membuka kaunter tanpa limitkan had barang yang boleh dibayar dan ada juga sesetengah tempat suka membuka dua kaunter iaitu kaunter untuk barang2 yang banyak satu lagi kaunter untuk 5-10 barang ke bawah sahaja. Tapi sekarang makin banyak market yang membuka dua bahagian iaitu kaunter untuk barang yang banyak dan kaunter yang hanya 5-10 barang sahaja.Tujuan mereka membuka dua bahagian ini untuk kemudahan para pelanggan sebenarnya..sebab bagi pelanggan yang hanya beli dua tiga barang tidak perlu beratur lama di belakang pembeli2 yang membeli barang yang banyak apabila wujudnya sistem kaunter yang baru ini.

Tetapi masih ramai juga pelanggan yang masih tidak tahu menghormati atau tidak mahu mengikut sistem tersebut.Ada juga yang membuat cara kotor supaya dapat beratur di kaunter yang hanya 5 barang saja hanya kerana tidak mahu beratur lama2 sehingga tidak fikir tentang orang lain yang turut lama beratur di kaunter tersebut.Bukan itu sahaja masalah yang sering berlaku di kaunter.Ada juga kesalahan yang datangnya dari pekerja mereka yang dibahagian kaunter tersebut .Nak tahu kenapa aku kata ada juga kesalahan dari pekerja ni??

Sebenarnya baru2 ini aku dan mama pergi kedai RM2 yang selalu juga kami pergi dekat paya nahu tu. Kedai tu mempunyai tiga kaunter untuk barang2 yang banyak dan satu sahaja kaunter untuk 5 barang.Aku dan mama berada di kaunter 5 barang sahaja. Tiba2 terjadinya satu kejadian yang aku dan mama rasa memang tak patut,tak adil dan tidak sopan.Yang di mana ada seorang makcik ini bersama dengan anak lelakinya yang masih kecil ni beratur di depan kami selang dua pelanggan dari kami tetapi barang2 yang ingin dibayarnya sudah melebihi dari 5 barang..nak tahu makcik ni buat apa?? mak cik tersebut bahagikan barang2 kepada lima jadi dekat dia 5 barang dan dekat anaknya 5 barang tapi pembayaran still menggunakan duit makcik tu juga..jadi anda rasa adil ke tidak bagi pelanggan yang lain??

Perbuatan makcik tersebut ditegur oleh pakcik yang berada di belakangnya...Pakcik tersebut berkata "boleh ye macam tu kalau boleh macam tu tolong bayar untuk saya sama". Yang paling aku rasa geram apabila budak perempuan yang kira barang tersebut boleh menjawab "tak pa la pakcik kiran halal la" dalam hati aku ni Ya Allah sabar ja la...sampai ada satu part yang mama aku buka mulut juga...yang di mana selepas pakcik tu bayar di depan kami ada dua pelanggan warga asing mereka dua hanya terlebih satu barang je bukannya 10 barang macam makcik tadi tapi budak perempuan tu bercakap dalam nada yang kasar dan suruh mereka pergi ke kaunter yang lain "tak boleh pergi beratur kaunter lain". Mama aku dengan tegasnya berkata "tak pa la dik ..kira ja mereka mereka". Budak perempuan tu menjawab balik "tapi mereka dah lebih barang" dengan muka yang agak kurang ajar terhadap mama. Mama aku menjawab balik "tak pa la tadi kat makcik tu boleh je bagi dia bayar 10 barang sedangkan depa dua ni terlebih barang satu je bukan banyak macam tadi tu..mana boleh macam tu tak adil la bagi pelanggan yang lain ni" balas mama tegas dalam nada yang tengah tahan sabar.

Selepas bayar semasa kami berjalan menuju ke kereta, mama explain kat aku why mama angin sangat kat budak tu..budak kaunter dah buat dua kesalaha. Yang pertama budak tu tak berlaku adil dengan pelanggan yang lain tadi dan yang kedua sebab cara budak tu bercakap dengan pelanggan warga asing tersebut. Menurut mama budak tu tak sepatutnya bercakap kasar dengan dua warga asing tu mentang2 la mereka pakai tak berapa smart la dan mentang2 mereka tu bukan warga sini si budak perempuan tu boleh je nak cakap kasar2.Betul juga tu apa yang mama kata.. yela walaupun mereka bukan warga sini tapi mereka datang ke kedai tu sebagai pelanggan jadi kena la ingat dan kena la hormati mereka.Maybe dua wagrga asing tu tak faham dengan sistem pembayaran sini maybe kat negara depa tak buat macam ni...ala sedangkan warga sini yang macam makcik tadi pun dah faham bahasa melayu tapi tak reti2 nak ikut peraturan tadi....macam mana pula??

Sebenarnya dari kisah kejadian tadi tu aku just nak kata walaupun pelanggan yang datang kat kita yang bukan warga sini kita wajib hormati dan jaga air muka mereka.Tak kisah la dari bangla ke siam ke filipina ka apa ka kita kena bercakap dengan elok dengan mereka,berlaku adil dengan mereka kerena mereka datang sebagai pelanggan dan pelanggan kan membawa rezeki kepada kita. Jika mereka ada buat salah sekali pun kita kena la tegur dalam nada yang sopan jangan kerana mereka warga asing kita nak bersikap kurang ajar dengan mereka. Macam kes tadi tu...mereka terlebih satu ja barang tapi perempuan kat kaunter dah cakap kasar dengan mereka.Merek buat salah dari segi situ ja lain la kalau mereka tu mencuri ke or raba awak kat kaunter tu tak pa la memang patut kena marah ke apa. Macam aku kata tadi entah mereka tak faham dengan sistem pembayaran kat sini ke or kat negara mereka tak ada buat macam ni  ke..

Tu bagi yang pekerja di kaunter la...yang kita pon sebagai pelanggan yang lain ni jangan dok buat perangai yang tak berapa elok dan tak adil yang macam makcik dalam cerita tu tadi tu. Sungguh pon diri tu nak cepat or tak suka beratur kena la juga ikut peraturan yang telah ditetapkan.Orang lain pun tak suka kena berdiri lama2 juga tapi dah nak buat macam mana dah nak beli barang sangat kan so kena la sabar.Yes pelanggan sentiasa betul tapi kita sesama  pelanggan kena la saling menghormati,fikir juga tentang pelanggan yang lain  tu adil ke tak jika kita buat cara yang macam ni.Jangan la kita nak lepaskan diri dari kena beratur lama2 sampai kita tak fikir tentang orang lain pula..jangan nak pentingkan diri sangat.Cuba kalau kita yang kena tahu pula nak marah2 habis yang kita buat kat orang lain boleh pula tapi kalau kena kat batang hidung sendiri baru tahu nak mengamuk ye.

Jadi ingat la ye...bagi yang bekerja macam tempat2 membeli-belah ni tak kisah la kat kaunter ke,susun barang ke apa ke...tolong la layani pelanggan anda dengan adil,mesra dan hormat walaupun pelanggan itu bukan warga Malaysia ye..Kerana walaupun mereka bukan warga Malaysia tetapi mereka masih manusia yang mempunyai hati dan perasaaan dan paling penting mereka datang sebagai pelanggan so kita layani mereka sama rata seperti mana kita layan pelanggan yang lain juga ye.

ok la sampai di sini saja ye topik kita pada kali ini....hope lepas ni jangan la ada lagi kejadian2 seperti kisah tu terjadi lagi..tak baik kan..so jumpa lagi dalam topik yang akan datang nanti..tq kerana sudi baca post saya ni..bye2 ...Assalamualaikum..