Dunia
sekarang banyak sangat "Pelakon"...Apabila terlalu banyaknya
"Pelakon" makin banyaklah "Drama"....Kadang-kadang
terlampau hebat sangat lakonan itu sampai boleh buatkan kita jadi tidak sedar
yang sebenarnya bahaya itu berada dekat dengan kita je...sampai kita tidak
sedar yang ada lagi bahaya daripada bisa seekor ular.....
Bahaya
yang aku maksudkan itu ialah Kawan Palsu (Fake Friend)...kenapa aku kata
bahaya???sebab sekali kita terkena dengan bahaya ini percaya rasa sakit ini
lebih sakit daripada terkena bisa ular. Why aku kata macam itu??
sekurang-kurangnya bisa ular paling teruk pon akan akibatkan mati....kita tidak
perlu tanggung rasa sakit bisa lagi...tapi bahaya Kawan Palsu ini...sakit itu
sampai bila-bila pon akan terasa di hati...ye la selama ini kita dah percayakan
dia bulat-bulat...letak kepercayaan yang terlampau tinggi.
Aku
percaya ramai juga kan yang pernah terkena dengan Kawan Palsu (Fake Friend)
ini....well aku pon terkena juga...bukan senang untuk cari yang betul-betul
berniat baik berkawan dengan kita pada zaman sekarang ini. Sebab itu ada ayat
"Rambut sama hitam,tetapi hati lain-lain"..sedangkan sekarang pon
rambut dah macam-macam warna ini kan pulak hati. Kawan Palsu zaman sekarang ini
lagi banyak dari Kawan Sejati...dan kalau hilang pun Kawan Palsu ini tidak
perlu la kita nak berasa kecewa dan sedih sebaliknya kita kena berasa bersyukur
yang kita dah tidak kena tipu dengan orang macam mereka ini ...yes pelbagai
benda kita dah lalui sepanjang kita berkawan tapi apa gunanya kalau setiap
kenangan dengan mereka hanya sebuah lakonan semata-mata nak gunakan kita untuk
kepentingan diri mereka sendiri.
Nak
tahu Kawan Palsu ini macam mana???hihihihi....mereka ini macam chipsmore
sekejap ada sekejap tidak ada...maksudnya....bila mereka bosan...baru mereka
cari kita....bila mereka dah hilang bosan mereka pon turut hilang bersama bosan
itu.....ada pula jenis Kawan Palsu ni...mereka berkawan sebab kepentingan diri
sendiri je sebenarnya....yang jenis ni sebelum mereka berkawan mereka akan
tengok dulu,siasat dulu dua tiga hari tentang orang ini macam mana...nanak pula
kalau mereka ni berkawan sebabkan duit....bila mereka terjumpa pulak orang yang
senang untuk dijadikan pelabur lagi laju je la mereka akan berkawan dengan
seseorang itu,...itu sebab aku kata Kawan Palsu ini lebih bahaya daripada apa
pon ..tidak kira la lelaki ke perempuan mesti ada juga yang jenis Kawan Palsu
yang macam ini...
Kawan
Palsu yang jenis ni selalunya juga la kan..bila time ada masalah baru la akan
cari kita...mesej...chat ...mula-mula itu bertanyakan la khabar kita ni macam
mana...buat-buat la rindu konon bagai...cuba korang layan dua jam
lagi....hihihihi...mesti satgi terkeluar la lakonan hebat dari diorang
tu....jujur je la mesti ada juga yang pernah kena macam ni....lakonan paling
banyak yang melibatkan duit bukan sikit-sikit...aku ini kadang-kadang rasa
macam bank pun ada....bukan tidak boleh tolong kalau ada orang susah...tapi
kalau alasan tu boleh diterima akal boleh la juga kita tolong tapi niii....baik
kita tolong orang-orang miskin kat tepi jalan or buat sedekah makanan-makanan
kat orang susah dekat masjid pon okey sebab terang-terang kita dah nampak
kesusahan yang orang miskin ni lalui..Dari bagi duit tu kat Kawan Palsu yang
mata duitan ni
Adalah
pula Kawan Palsu ni yang jenis depan kita punya la baik...sokong la sependapat
la dengan kita kononnya tapi bila dibelakang...perhhhh tu diaaaa mulut dia lagi
dahsyat dari penyampai radio...lagi dahsyat dari pengacara Melodi..ni pon Kawan
Palsu juga ni...kadang-kadang yang perangai macam ni pun boleh jadi batu
api kalau suatu hari nanti ada pergaduhan...Kawan Palsu ni ada dua muka
sebenarnya...depan kita ...dia la kawan yang kononnya faham,kesian kat
kita...tapi sebenarnya di belakang kita dia yang paling seronok,dia la yang
paling gelak besar di saat kita jatuh,di saat kita kesedihan percaya..
Kawan
Palsu (Fake Friend) ni...banyak gunakan kawan-kawan dia untuk kepentingan diri
mereka sendiri je....korang ingat mereka akan peduli ke kat kita di saat kita
jatuh???di saat kita keseorangan???di saat kita kesedihan??...tidak ...mereka
tidak akan pernah peduli pon tentang kawan-kawan or orang lain..sebab mereka
cuma pedulikan kepentingan yang mereka dapat dari orang lain...mereka lebih
pentingkan diri mereka...kebahagiaan mereka je...hati mereka ni lebih keras
daripda batu...
Kadang-kadang...kawan
yang "Tikam Belakang" ni pun Kawan Palsu juga...ada setengah kes bila
kita harapkan kawan kita or percayakan kawan kita dalam sesuatu perkara tapi
yang sedihnya kawan tu tikam belakang kita...secara diam-diam,secara
slow-slow....ada lagi kejam yang depan-depan terus dia khianat kepercayaan
kita,dia hancurkan harapan kita kat dia selama persahabatan itu terjalin..
Itu
lah antara perangai-perangai or niat sebenar Kawan Palsu ni dekat kita....Kadang-kadang
ada yang tertanya-tanya macam mana mereka tidak sedar pun siapa sebenarnya
kawan mereka tu??sebab manusia ni mudah....mudah tertipu....mata dan hati kita
mudah tertipu....tu je jawapan...sehinggakan kita tidak tahu menilai sama ada itu
kejujuran atau pun sebuah lakonan...
Bagi
aku Kawan Palsu ni seumpama Parasit...sebab apa aku kata macam tu??? Parasit ni
mendapatkan manfaat daripada organisma lain yang dia tumpang...sama la macam
Kawan Palsu ni dapatkan manfaat daripada orang yang mereka sedangkan
berkawan....yela bila kita tengok balik perangai mereka sebenarnya tu tak ke
sama dengan Parasit???kalau tidak percaya...nilai...dan aku pasti mesti ada
yang kata ye la memang sama dengan Parasit...
Manusia
sekarang ni bukan sahaja Munafik tapi ada juga yang Parasit....so bukan setakat
dengan manusia Munafik pun kita kena hati-hati tapi dengan manusia Parasit yang
macam Kawan Palsu (Fake Friend ) ni pon kita kena berhati-hati...
ok la sampai sini je topik kali ni la bye2....salam