Hati ni kadang-kadang ianya seperti buku.Untuk kita tahu cerita buku itu kita kena membacanya setiap hari dan menghayati ceritanya untuk memahaminya.Samalah dengan hati pasangan kita,untuk mengenali si dia bagaimana kita perlu masa dalam setiap kali kita berjumpa or chat dengannya.Semua tu untuk kita lebih faham dan mengenali antara satu sama lain.
Ada masanya kita akan rasa betapa sukarnya untuk memahaminya walaupun kita sudah lama berkawan dengannya.Sehingga kita rasa pasangan kita tu seorang yang pelik dari orang lain.Itu sebab dari hati sebab tulah orang selalu kata sebelum apa-apa,kita mesti kenal hati orang tu dulu dan dapatkan hatinya dulu..Dari hatilah kita dapat faham dan kenal diri masing-masing.
Hati juga merupakan diari seseorang.Sebab dalam tu menyimpan pelbagai rasa ada masanya rasa gembira,sedih,marah,derita dan banyak lagi.Hati juga boleh menjadi formula untuk soalan "math".Jawapan kepada sesuatu sikap atau perangai yang kita tak dapat fahami.Seperti soalan math yang kita sendiri tak tau bagaimana untuk menjawabnya gara2 kita belum faham formula tu.
Oleh sebab tu kita selalu dengar hati adalah kunci untuk kita faham dan untuk mendapatkan seseorang.. kerana di dalam hati tersimpan semua maklumat tentang si dia.
Monday, 22 February 2016
Sunday, 21 February 2016
Pengorbanan
Kadang-kadang kita terpaksa berkorban demi orang yang paling kita sayangi dan cintai.Benda yang paling banyak berkorban ialah perasaan,hati dan masa tapi yang paling sukar ialah hati dan perasaan.Walaupon pengorbanan kita belum tentu orang yang kita sayang tu nampak dan mesti kita tertanya-tanya kan kenapa kita masih terus bersabar dan teruskan pengorbanan itu?
Memang sukar bagi kita untuk membuat orang yang kita sayang tu nampak pengorbanan tu.Sesetengah pasangan itu mengambil masa yang lama untuk itu dan ada juga apabila hubungan itu telah berakhir baru pasangan kita akan nampak semua tu.Banyak pendapat yang mengatakan kaum perempuan yang telah banyak berkorban untuk si lelaki dan si lelaki tak pernah nampak pergorbanan tu.Sebenarnya ada yang sesetengah lelaki susah nak nampak pengorbanan tu dan ada juga lelaki yang lambat nampak semua tu.
Perkara yang sebenarnya yang membuatkan seseorang susah nak nampak semua tu adalah ianya datang dari ego tinggi yang membuatkan seseorang itu menjadi buta untuk melihat dan menilai.Tetapi jika pasangan itu pandai mengawalnya insyaallah..kita akan nampak pengorbanan itu dan orang tu akan berasa dihargai oleh orang yang dia cintai..walaupon bukan melalui hadiah dan harta benda dari si dia.
Subscribe to:
Posts (Atom)