Hati ni kadang-kadang ianya seperti buku.Untuk kita tahu cerita buku itu kita kena membacanya setiap hari dan menghayati ceritanya untuk memahaminya.Samalah dengan hati pasangan kita,untuk mengenali si dia bagaimana kita perlu masa dalam setiap kali kita berjumpa or chat dengannya.Semua tu untuk kita lebih faham dan mengenali antara satu sama lain.
Ada masanya kita akan rasa betapa sukarnya untuk memahaminya walaupun kita sudah lama berkawan dengannya.Sehingga kita rasa pasangan kita tu seorang yang pelik dari orang lain.Itu sebab dari hati sebab tulah orang selalu kata sebelum apa-apa,kita mesti kenal hati orang tu dulu dan dapatkan hatinya dulu..Dari hatilah kita dapat faham dan kenal diri masing-masing.
Hati juga merupakan diari seseorang.Sebab dalam tu menyimpan pelbagai rasa ada masanya rasa gembira,sedih,marah,derita dan banyak lagi.Hati juga boleh menjadi formula untuk soalan "math".Jawapan kepada sesuatu sikap atau perangai yang kita tak dapat fahami.Seperti soalan math yang kita sendiri tak tau bagaimana untuk menjawabnya gara2 kita belum faham formula tu.
Oleh sebab tu kita selalu dengar hati adalah kunci untuk kita faham dan untuk mendapatkan seseorang.. kerana di dalam hati tersimpan semua maklumat tentang si dia.
No comments:
Post a Comment