Saturday, 7 May 2016

Minat

 










        
   Setiap orang di dalam dunia ni mempunyai minat yg tersendiri.Ada yg orang yang minatnya bermula dari kecil dan ada yang bermula berminat apabila telah mencubanya sendiri.Ada juga yang berminat selepas diperkenalkan oleh orang yang sekelilingnya.Melalui minat ini juga dapat mengasah bakat seseorang itu supaya menjadi yang lebih mahir dalam perkara yang diminatinya.
  
    Aku juga mempunyai minat yang tersendiri iaitu menari dan menulis.Aku mula minat dalam menari sewaktu tadika yang di mana tadika kami membuat persembahan tarian tradisional di dalam pertandingan menari antara tadika yang lain.Dari situ aku mula menari dari tarian tradisional sampailah modern terutamanya Kpop.Sewaktu aku di sekolah menengah aku lagi semakin ligat dalam tarian setiap kali ada lagu terbaru kpop aku mesti mencubanya.Kadang2 dari petang sampailah ke malam sebab jenis aku selagi apa yang aku nak tak dapat selagi tu aku akan cuba bagi dapat.Family aku tidak pernah halang minat aku asalkan aku tahu menjaga batasku ketika menari.

   Apabila aku masuk ke alam kolej aku kurangkan sedikit aktiviti menari tapi tak pernah hilang minatku itu.Sekarang aku akan menari bila di hujung minggu dan cuti sem sahaja kerana takut jadi kekok pula sebab stop menari.Lagi pun,aku sekarang dah berpunya so dari segi menari memang kena kawal sikit sebab takut ada tarian tak ok maklum la si dia ni ala2 ustaz sikit..hihihi..tapi dia bagi je aku buat benda yang aku minat..cuma tahu jaga diri dah la...Bagi aku menari pun adalah salah satu cara untuk menjaga badan sebab ianya pun macam senaman juga membakar lemak2 yang ada di dalam badan.Dari menari juga mengajar aku supaya lebih focus kalau tak focus alamatnya memang rosaklah tarian dan silap2 boleh jatuh dibuatnya.

     Menulis pula aku mula berminat semasa aku mula membaca novel2 dan cerita2 pendek di internet.Itu sebab aku buat blog ni..hihihihi...kebanyakkan yanga aku tulis ini memang dari diri aku sendiri.Yang pasal cinta2 tu ada yang juga yang datang dari kehidupan aku juga.Senang cerita apa saja yang ada dalam blog aku ni semuanya dari kehidupan aku sendiri.Menulis juga merupakan salah satu cara bagi aku melepaskan segala apa yang aku rasa  selama ini.Sama juga dengan menari aku dapat lepaskan tension aku yang adakalanya aku tak boleh nak share dengan orang lain.Bagi aku menulis dapat membantu memperbaiki tahap penulisan bahasa melayu aku ini.Di samping itu dapat membantu aku memperbaiki tahap menaipku ini sebab sekarang aku tengah belajar dalam kos setiausaha.Untuk menjadi setiausaha kenalah cekap menaip dengan cepat .

    Minat ini sebenarnya ada kebaikannya juga kawan2ku....Mungkin ada yang kata kadang2 minat yang kita pilih tu tak kenalah dengan kita la apalah tapi asalkan minat yang kita pilih tu mendatangkan manfaat kepada kita apa salahnya kan?Sapa tahu dari minat ianya boleh mendatangkan keuntungan dan kejayaan kepada kita suatu hari nanti kan?Cuma kita kena pandai menggunakannya dengan sebaik mungkin.Janganlah sampai terlalu leka dengan minat tu sampai benda lain yang sama pentingnya kita abaikan terutamanya bagi yang masih belajar.Jangan disebabkan dengan minat tu pelajaran kita terganggu pulak.Bagi yang berkerja pula tidak salah kalau kita ada minat dalam sesuatu perkara yang lain tapi jangan sampai waktu kerja terganggu sebab sekarang banyak kes cam tu terjadi.
 
    Oklah pembaca setakat ini saja yang iqa dapat kongsikan dengan anda semua tentang minat..Hope korang suka baca blog iqa ye....bye...







Friday, 6 May 2016

Magis cinta?


             Betul ke ada magis cinta?kata orang magis cinta tu hebat juga powernya......lebih hebat lagi daripada ubat2 yg ada dalam dunia ni..betul ke cinta tu boleh ubah segala2nya?boleh ubah seseorang tu tanpa mereka sedar?

         Pada akulah betul...memang betul cinta tu ada magisnya....kadang2 sampai kita sendiri takkan sedar yg ada perkara yg dah berubah dalam diri kita ni.Cinta tu mampu membuatkan benci tu tinggal seinci..yelah pada mula2nya kita bukan main benci la dengan seseorang ni kalau berjumpa je mesti ada je benda yang nak dgaduhkannya.Bila ada orang tanya suka ke kat dy tu dah hari2 asyik brgaduh je?mesti mulut kita tu mesti jawab tolong...mana ada suka kt dia benci ada lah kt si dia tu..
Tapi ramai yg tak sedar sebenarnya dari benci tu la tempat terbitnya rasa sayang kt orang tu...cam orang tua2 dulu kata mula2 benci lama2 sayang...cinta tu mampu mengubah perasaan benci tu menjadi sayang...sedangkan dulu punya la tak suka tapi bila adanya magis cinta tu di dalam hati orang tu benci ke mana yg ada pada hati cuma cinta dan nama si dia seorang saja..

       Magis cinta juga mampu membuatkan sebuah hubungan persahabatan yg biasa menjadi sebuah hubungan yg istimewa yg tanpa kita sendiri mengetahuinya.Yg di mana sebuah hubungan persahabatn yg dulunya terbina semasa sem 1 tiba2 perasaan sahabat berubah menjadi lebih kepada itu...sedangkan aku tak pernah pon bercakap dgn si dia walaupun sesaat...kami bermula bercakap semasa teman sahabat kami yg meminta si dia tolong untk final projct sem 1 kami..tu pon kami brcakap hanya perkara yg penting saja.Semakin lama perasaan tu muncul bila hadirnya perasaaan cemburu di dalam hati.Kami mula bercakap ttg diri masing2 sjak masuk sem 2..dan tanpa sedar malam pertama brmulanya sem itu kami brgelar kapel tu pon atas bantuan sahabatnya dan aweknya yg merupakan roommateku...Betapa dahsyatnya magis cinta ...yg dulunya dalam hati hanya anggapnya sebagai kawan tapi apabila diri ini trkena dgn magis cinta tanpa kami sedar yg rasa sayang d cinta sudah mula wujud di dalam hati masing2.

      Bukan itu saja,magis cinta ini juga boleh mengubah perangai dan sikap seseorang tu tanpa orang tu pun tahu..yg dimana si gadis ini berasa sangat benci dgn kaum lelaki dan berasa marah dgn perangai lelaki.Malah si gadis ni brsikap sgt sombong dan yakin bahawa tak akan ada seorang laki pon dapat masuk ke dalam hatinyua dan dapat mengajarnya erti takut akan kehilangan seseorang dari hatinya itu...tetapi apabila hadirnya sentuhan magis cinta itu telah mengubah dirinya....dan sedar akan sikapnya sebelum ini.Bahawa sebenarnya si gadis ni juga memerlukan teman hidupnya dan memerlukan kasih sayang dan perhatiaan dari yg trcinta.

       Itulah  magisnya cinta...hanya dgn sekali saja sentuhan tu datang dalam hati seperti anginlah kita tak boleh melihat kedatangannya tapi kita boleh merasakannya....dan hanya dengan satu saja sentuhan cinta itu...boleh mengubah benda yg nampak mustahil dan tak logik boleh menjadi logik...itulah juga salah satu kekuasaan Allah s.w.t...cinta tu suci...bukan la perkara yg salah tapi manusia yg menjadikannya kotor..kotor kerana dipenuhi hawa nafsu...

      Setakat ini saja la tentang magisnya cinta....kerana jika nk tulis pasal magisnya cinta tu rasanya sampai bila pun takkan habis sbab magisnya trlampau banyak untuk diceritakan...ok bye2 pembaca2 semua ...

Thursday, 5 May 2016

Cinta seperti games

     Cinta ....memang tak sahlah kalau tak dengar perkataan susah dari mulut pasangan.iyelah mesti ada saja yang akqn mengadu kata isshhh susah la kapel n,isshh susahnya nak faham dy ni,beratnya ujian dalam kapel ni dan macam2 lah lagi rungutan yg keluar dari mulut orang tgh bercinta.

     Bagi aku cinta ni tak ubah macam games..nak tahu kenapa aku samakan cinta ni dengan games bukan dengan benda lain?kalau kita perhati elok cinta or lebih senang kapel ni....starting dy  mula2 memang sweet bukan sikit sweet banyak..kalau dmata orang macam serasi la sefahaman la tapi bila dah lama2 tu fuhh tuan punya je lah yg tahu rasa ujiannya macam mana.

       Mana taknya masa mula kita tak terasa apa2 pon dan tak nampak pon ujian yg tgh tunggu kita tu..tapi dah masa 3 ,4 atau 5 bulan kita akan mula rasa dan sedar yang semakin banyak halangannya...macam games la level 1 dan 2  gagah la lagi nak lepas tapi bila semakin naik level semakin banyak penjahat la apa la yg try halang kita daripada sampai ke final..cam tu juga dengan hubungan semakin lama kita dengan pasangan semakin banyaklah dugaan yang datang semua tu punca nak mengoyangkn hubungan tu supaya hancur berderai..

       Kalau dalaam alam bercinta tu halangan tu selalunya banyak datang daripada pelbagai faktor...yg pertama mulut orang disekeliling kita.Contoh pasangan kolej pantang kalau pasangan tu jenis sweet sikit mulalah otak2 yg lain fikir pasangan ni over la,suka menunjukla,xreti jaga adab la dan yg mesti ada yg fikir kalau dh start pgga2 tangan tu mesti jadi melarat..pelik betulkan depa seolah2 boleh nampak hati dan iman seseorang tu kalau pgga sikit ingat xreti jaga batas?korang ingat korang tuhan ka?

    Faktor yg kedua ialah mesti nak ada orang ketiga...aku tak faham betullah macam tak orang lain mesti hak orang tu juga korang nak balas..why?diri tu dah tak laku sangat ke?faktor ni memang macam satu tradisi bagi setiap pasangan yg kapel.Nanak bila pasangan tu tengah ada problem mesti akan ada ruang untk si orang ketiga tu masuk...mulalah ada saja plan yg nak djalankan semata2 nak balas pasangan orang tu..tak takut kalau suatu ari allah bagi ada orang lain plak balas hak kau?

     Kadang2 kawan2 pon boleh jadi salah tu halangan dalam perhubungan tu....ehhh jangan salah faham maksud kawan yg pertama jenis kawan makan kawan kedua kawan jenis tak suka tgk kawan dy tu bahagia(dengki)...bagi aku halangan ni lebih bahaya sebab kadang2 kita lalai sampai tak sedar yg sebenarnya kawan tu just nak buat hubungan kita tu rosak.Semua gara2 kita terlampau terhutang budi atas pertolongan yg diberikan sebelum ni sehinggakan ianya membutakan mata hati kita untuk menilai perbuatan atau percakapan kawan tu..dan sehingga kita yg selagi namanya manusia belum tentu hatinya bersih walaupun selama mana kita kenal dengan kawan kita ni sedangkan rambut pon blh berubah warna inikan pula hati...

    Halangan yg seterusnya ialah dari diri kita sendiri...kenapa aku kata diri pun boleh jadi halangan?yelah kalau diri kita ni tak kuat dari pelbagai segi pun bahaya juga..contah dari segi kesabaran dalam menghadapi ujian kalau time kapel pun kita tak boleh handle pelbagai problem cam mana nanti nak handle problem time brtunang d time dah kawin sbab lain level lain cabarannya.Jadi kenalah banyakkan bersabar kerana kesabaran kunci segala kemenangan.

     Bukan tu saja dalam kita perlu perbaiki tahap kepercayaan trhadap pasangan kita memang ada orang kata tak boleh trlampau fikir negatif msti ada psitif jga kan?ye memang betul tu tapi tidak salah juga kalau kita fikirkn sedikit negatif tapi jangan la sampai merugikan diri gara2 dah terlebih ngatif daripada positif.Di samping tu juga kita kena salah memahami sebab kalau kita tak faham pasangan kita tu macam mana kita nak try jadi yg trbaik untuk dy betul tak?sedangkan nak brlawan dengan musuh kita kena faham dulu musuh kita ni macam ni  kalau kita tak boleh faham macam mana nak tahu kelemahan diri dia?

      Jadi itulah sebab aku kata cinta ni tak ubah seperti games..kalau kita tak pandai macam mana kita nak menang?kalau kita tak kuat dari segi pertahanan macam kita nak berjaya harungi halangan tu?Jadi untuk menang cinta tu kita kena menjadi yg bijak bukan saja bijak dalam hal yg lain tapi bijak pertahankan cinta kita kalau betul kita sayangkan pasangan kita...