Saturday, 7 May 2016

Minat

 










        
   Setiap orang di dalam dunia ni mempunyai minat yg tersendiri.Ada yg orang yang minatnya bermula dari kecil dan ada yang bermula berminat apabila telah mencubanya sendiri.Ada juga yang berminat selepas diperkenalkan oleh orang yang sekelilingnya.Melalui minat ini juga dapat mengasah bakat seseorang itu supaya menjadi yang lebih mahir dalam perkara yang diminatinya.
  
    Aku juga mempunyai minat yang tersendiri iaitu menari dan menulis.Aku mula minat dalam menari sewaktu tadika yang di mana tadika kami membuat persembahan tarian tradisional di dalam pertandingan menari antara tadika yang lain.Dari situ aku mula menari dari tarian tradisional sampailah modern terutamanya Kpop.Sewaktu aku di sekolah menengah aku lagi semakin ligat dalam tarian setiap kali ada lagu terbaru kpop aku mesti mencubanya.Kadang2 dari petang sampailah ke malam sebab jenis aku selagi apa yang aku nak tak dapat selagi tu aku akan cuba bagi dapat.Family aku tidak pernah halang minat aku asalkan aku tahu menjaga batasku ketika menari.

   Apabila aku masuk ke alam kolej aku kurangkan sedikit aktiviti menari tapi tak pernah hilang minatku itu.Sekarang aku akan menari bila di hujung minggu dan cuti sem sahaja kerana takut jadi kekok pula sebab stop menari.Lagi pun,aku sekarang dah berpunya so dari segi menari memang kena kawal sikit sebab takut ada tarian tak ok maklum la si dia ni ala2 ustaz sikit..hihihi..tapi dia bagi je aku buat benda yang aku minat..cuma tahu jaga diri dah la...Bagi aku menari pun adalah salah satu cara untuk menjaga badan sebab ianya pun macam senaman juga membakar lemak2 yang ada di dalam badan.Dari menari juga mengajar aku supaya lebih focus kalau tak focus alamatnya memang rosaklah tarian dan silap2 boleh jatuh dibuatnya.

     Menulis pula aku mula berminat semasa aku mula membaca novel2 dan cerita2 pendek di internet.Itu sebab aku buat blog ni..hihihihi...kebanyakkan yanga aku tulis ini memang dari diri aku sendiri.Yang pasal cinta2 tu ada yang juga yang datang dari kehidupan aku juga.Senang cerita apa saja yang ada dalam blog aku ni semuanya dari kehidupan aku sendiri.Menulis juga merupakan salah satu cara bagi aku melepaskan segala apa yang aku rasa  selama ini.Sama juga dengan menari aku dapat lepaskan tension aku yang adakalanya aku tak boleh nak share dengan orang lain.Bagi aku menulis dapat membantu memperbaiki tahap penulisan bahasa melayu aku ini.Di samping itu dapat membantu aku memperbaiki tahap menaipku ini sebab sekarang aku tengah belajar dalam kos setiausaha.Untuk menjadi setiausaha kenalah cekap menaip dengan cepat .

    Minat ini sebenarnya ada kebaikannya juga kawan2ku....Mungkin ada yang kata kadang2 minat yang kita pilih tu tak kenalah dengan kita la apalah tapi asalkan minat yang kita pilih tu mendatangkan manfaat kepada kita apa salahnya kan?Sapa tahu dari minat ianya boleh mendatangkan keuntungan dan kejayaan kepada kita suatu hari nanti kan?Cuma kita kena pandai menggunakannya dengan sebaik mungkin.Janganlah sampai terlalu leka dengan minat tu sampai benda lain yang sama pentingnya kita abaikan terutamanya bagi yang masih belajar.Jangan disebabkan dengan minat tu pelajaran kita terganggu pulak.Bagi yang berkerja pula tidak salah kalau kita ada minat dalam sesuatu perkara yang lain tapi jangan sampai waktu kerja terganggu sebab sekarang banyak kes cam tu terjadi.
 
    Oklah pembaca setakat ini saja yang iqa dapat kongsikan dengan anda semua tentang minat..Hope korang suka baca blog iqa ye....bye...







No comments:

Post a Comment