Wednesday, 26 October 2016
cita-cita
Setiap orang di dalam dunia pasti mempunyai cita-cita yg tersendiri dari sejak kecik kan. Ada yg nak jadi cikgu,doktor, peguam,polis dan macam2 la jawapan mereka bila ditanya.Bila kita tnya why nak jadi polis ke doktor ke ap ke mesti ada yg jawab sbab nak ikut jejak langkah ayah la,ibu la,kakak la dan ada sebab yg kata tengok macam seronok keja tu.
Macam aku pula..mula2 aq brcita2 nak jadi pramugari sebab aq suka tengok akak2 yg keja kt airport cantik2,body cun.Sejak tu aq punya la jaga badan,cukup tension bila tengok berat badan naik.Tapi bila lama2 aq tengok dan aq mula sedar kerjaya pramugari yg bestnya ialah p merata tempat.Tempat2 pulak semua cntik2 nanak pulak aq memang minat melancong.Sbab aq suka tengok keindahan alam dan budaya2 dari negara orang lain.
Tetapi sejak aq mula masuk sekolah menengah pula, aq mula tambah lagi satu cita2 aq...hihihi..model..sebab kt tv or internet aq sering layan channel yg pasal model2 luar negara.Lagi la aq jaga body aq,lagi la makin gly selfie dan berposing sakan aq.Naik form 2 aq jadi gila menari pulak klu msa sekolah rendah dlu aq masuk tarian tradisional dan tadika plak nasyid.Form 2 aq brcita2 nak jadi penari yg trkenal sbab yla dh gly kpop.Pernah satu ari aq try hafal semau lagu kpop yg tgh meletop time tu dri pagi smpai ptg dari ptg sambung plk smpai ke malam.
Dan apabila aq masuk form 5 aq jadi gly motor dan keta plk mula la cita2 nak jadi racer terkenal la.Aq mula dok layan psl motor d keta kt tv ke,internet..tapi still la aq jaga badan lagi.Tapi bila abs je sklh,mama d papa aq antr msuk klej sains kesihatan nasional kt kl.ambik kos paramedik.Mula2 ok latapi sebenarnya jadi paramedik bukan cita2 aq sangat..tapi sayangnya bila aq dah mula sesuaikn diri dgn kos tu baru aq sedar something yg aq sebenarnya penakut tgk darah.Pernah aq tlg member aq luka berdarah teruk sminggu juga la aq demam gara2 tgk darah punya banyak.Time tu dah nk masuk sem praktikal dh pon..tapi apa boleh buat aq trpaksa stop kos tu dan boleh la brcita2 nk jadi paramedik.
Bila masuk kolej kt kedah ni ambik pulak kos setiausaha...aq jadi suka pulak nanak2 bljar pasal pengurusan pjabt.wowowo...Sebenarnya mama aq pun pernah bkerja di pejabat sbagai pengawai teknologi pendidikan pulau pinang.Dan rezeki dpt kwin dgn papa tiri aq yg bos ats dari mama...ktua pnolong pngarah plak tu...lagi la aq brminat dan suka nanak bila ada buat lawatan ke pjbt papa aq untuk fnl projct aq msa sem 2 dlu. huhuhu so lani cita2 aq nak jadi macam mama dan papa tiri aq...
Seronok juga keja pejabat nanak keja cam mama.. best gly wlupon susah tapi keja apa lagi yg senang dalam dunia ni? yg ada satu je keja tidur tpi bukan dapat untung pon dapat tahi mata ada la..hahahaha...sebenarnya kisah la kita ni bercita2 nak jadi apa pon suatu hari nanti asalkn kerjaya tu yg halal dan memberi masa depan yg cerah untuk kita dan keluarga kita.Semua kerjaya dalam dunia bukan senang tapi yg boleh menjadikannya senang ada la diri kita dan yg paling penting ikhlas,jujur dan amanah sewaktu kita berkerja..tu yg paling penting.
Thursday, 20 October 2016
Remaja
Semua orang mempunyai zaman remaja mereka yang tersendiri.Ada antara mereka yang mempunyai zaman remaja yang best,manis dan ingin kembali ke kepada masa dulu tetapi tidak semua yg memiliki masa remaja yang seronok mesti ada yang pernah lalui zaman remaja yg xbest dan teruk.
Sebenarnya itu bergantung kepada indivdu tersebut bagaimana untuk mereka mencorak kepada zaman remaja mereka.Pada sekarang banyak kes tentang remaja bermasalah.Kes lari rumah la, buang bayi la,kahwin lari la dan macam2 lgi la.Bukan kesemua remaja pada masa kini bermasalah.Jika kita lihat atau kaji semula kebanyakkn punca mereka jadi sebgitu kerana kurang kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa.
Memang apabila masuk dunia remaja itu adalah proses untuk mereka menjadi orang dewasa dan matang tetapi mereka masih memerlukan kasih sayang dan perhatian.Tidak bermakna apabila sudah besar ibu bapa boleh biarkan mereka camtu dan biarkan mereka sendiri membuat keputusan.Sedangkan orang dewasa pon yg sudah kahwin ingikn kasih sayang dan perhatian inikan pula remaja yg sedang belajar erti kehidupan.
Punca yg kedua pula,isu tentang didikan agama.Isu ini juga merupakan salah satu jawapan yg keluar daripda mulut para remaja jika ditanya kepada mereka.Terutamanya jika remaja itu daripada keluarga yg kaya dan mewah.Ibu bapa yg sibuk bekerja dengan alasan cari rezeki untuk kesenangan keluarga juga sehingga lupa akan tanggungjawab mereka yg utama iaitu memberikan didikan agama kepada anak2 mereka.Inilah yg membuatkan anak2 tidak tahu bezakan akan haram halal,dosa dan pahala sebab tiada orang tua di sisi mereka untuk tegur apa yg betul dan patut buat oleh anak2.
Selain itu,salah satu punca remaja bermasalah juga disebabkan terlampau diberikan kebebasan oleh keluarga.Ini kerana ibu bapa terlalu percayakan anak2 mereka.Tidak salah untuk letak kepercayaan kepada mereka tetapi perlu ada had.Ada juga alasan yg kononnya masa muda ni la mereka perlu enjoy dan gunakan masa yg ada memang tidak salah untuk berikan masa untuk mereka enjoy life depa tapi kenalah ada pengawasan juga daripada orang yg lebih brpengalaman juga.
Bukan itu sahaja,sikap ibu bapa yg terlampau manjakn anak2 juga boleh memberikan kesan yg negatif kepada mereka.Terutamanya bila mereka salah pon ibu bapa bela dan tidak bertegas kepada mereka.Mereka buat salah pon ibu bapa iyakan je la ini la yg boleh jadi penyebab anak2 mengambil kesempatan atas peluang tu.Ini kerena setiap kali mereka buat salah ibu bapa berada di pihak mereka dan ikutkan segala kehendak anak2.
Di samping itu masalah keluarga juga merupakan salah satu penyebab anak2 menjadi remaja bermasalah.Contoh penceraian ibu bapa dan lain2.Ini kerana masalah ini boleh memberikan tekanan kepada anak2.Ada juga masalah keluarga yg serius sehingga menyebabkan hal anak2 terabai dan tidak teratur.Inilah sebab anak2 tidak balik rumah,ikut kawan,salah pilih kawan dan lain2.
Jika kita fikirkan balik la...remaja boleh jadi bermasalah pon disebabkan tekanan yg diterima daripada orang dewasa.Mereka tidak minta untuk jadi teruk sampai macam tu ini just sebab mereka tiada tempat untuk bercerita dan tempat untuk minta nasihat.Mereka rasa mereka keseorangan dan tiada siapa yg peduli tentang mereka lagi.Tetapi kita ni yg melihat hanya tahu menghukum bila mereka berbuat salah.Padahal mereka xnak pon jadi orang jahat atau budak nakal.Semua orang pon klu boleh xnak hidup dalam masalah inikan pula yg baru nak mula kenal erti kehidupan terutamanya remja zaman sekarang.
Jadi bagi aku sudah2 la kita hukum mereka yesss betul mereka dah buat salah tapi patutnya sebagai orang yg lebih dewasa dan berpengalaman perlu bimbing mereka dan bantu mereka untuk berubah bukan biarkan mereka dan terus menerus kata mereka nakal la apa la.....please la....benda ni semakin menjadi2 pon disebabkan kita juga sebenarnya.k la setakat ni je yg dapat aq tulis...bye salam...
Subscribe to:
Posts (Atom)