Thursday, 20 October 2016
Remaja
Semua orang mempunyai zaman remaja mereka yang tersendiri.Ada antara mereka yang mempunyai zaman remaja yang best,manis dan ingin kembali ke kepada masa dulu tetapi tidak semua yg memiliki masa remaja yang seronok mesti ada yang pernah lalui zaman remaja yg xbest dan teruk.
Sebenarnya itu bergantung kepada indivdu tersebut bagaimana untuk mereka mencorak kepada zaman remaja mereka.Pada sekarang banyak kes tentang remaja bermasalah.Kes lari rumah la, buang bayi la,kahwin lari la dan macam2 lgi la.Bukan kesemua remaja pada masa kini bermasalah.Jika kita lihat atau kaji semula kebanyakkn punca mereka jadi sebgitu kerana kurang kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa.
Memang apabila masuk dunia remaja itu adalah proses untuk mereka menjadi orang dewasa dan matang tetapi mereka masih memerlukan kasih sayang dan perhatian.Tidak bermakna apabila sudah besar ibu bapa boleh biarkan mereka camtu dan biarkan mereka sendiri membuat keputusan.Sedangkan orang dewasa pon yg sudah kahwin ingikn kasih sayang dan perhatian inikan pula remaja yg sedang belajar erti kehidupan.
Punca yg kedua pula,isu tentang didikan agama.Isu ini juga merupakan salah satu jawapan yg keluar daripda mulut para remaja jika ditanya kepada mereka.Terutamanya jika remaja itu daripada keluarga yg kaya dan mewah.Ibu bapa yg sibuk bekerja dengan alasan cari rezeki untuk kesenangan keluarga juga sehingga lupa akan tanggungjawab mereka yg utama iaitu memberikan didikan agama kepada anak2 mereka.Inilah yg membuatkan anak2 tidak tahu bezakan akan haram halal,dosa dan pahala sebab tiada orang tua di sisi mereka untuk tegur apa yg betul dan patut buat oleh anak2.
Selain itu,salah satu punca remaja bermasalah juga disebabkan terlampau diberikan kebebasan oleh keluarga.Ini kerana ibu bapa terlalu percayakan anak2 mereka.Tidak salah untuk letak kepercayaan kepada mereka tetapi perlu ada had.Ada juga alasan yg kononnya masa muda ni la mereka perlu enjoy dan gunakan masa yg ada memang tidak salah untuk berikan masa untuk mereka enjoy life depa tapi kenalah ada pengawasan juga daripada orang yg lebih brpengalaman juga.
Bukan itu sahaja,sikap ibu bapa yg terlampau manjakn anak2 juga boleh memberikan kesan yg negatif kepada mereka.Terutamanya bila mereka salah pon ibu bapa bela dan tidak bertegas kepada mereka.Mereka buat salah pon ibu bapa iyakan je la ini la yg boleh jadi penyebab anak2 mengambil kesempatan atas peluang tu.Ini kerena setiap kali mereka buat salah ibu bapa berada di pihak mereka dan ikutkan segala kehendak anak2.
Di samping itu masalah keluarga juga merupakan salah satu penyebab anak2 menjadi remaja bermasalah.Contoh penceraian ibu bapa dan lain2.Ini kerana masalah ini boleh memberikan tekanan kepada anak2.Ada juga masalah keluarga yg serius sehingga menyebabkan hal anak2 terabai dan tidak teratur.Inilah sebab anak2 tidak balik rumah,ikut kawan,salah pilih kawan dan lain2.
Jika kita fikirkan balik la...remaja boleh jadi bermasalah pon disebabkan tekanan yg diterima daripada orang dewasa.Mereka tidak minta untuk jadi teruk sampai macam tu ini just sebab mereka tiada tempat untuk bercerita dan tempat untuk minta nasihat.Mereka rasa mereka keseorangan dan tiada siapa yg peduli tentang mereka lagi.Tetapi kita ni yg melihat hanya tahu menghukum bila mereka berbuat salah.Padahal mereka xnak pon jadi orang jahat atau budak nakal.Semua orang pon klu boleh xnak hidup dalam masalah inikan pula yg baru nak mula kenal erti kehidupan terutamanya remja zaman sekarang.
Jadi bagi aku sudah2 la kita hukum mereka yesss betul mereka dah buat salah tapi patutnya sebagai orang yg lebih dewasa dan berpengalaman perlu bimbing mereka dan bantu mereka untuk berubah bukan biarkan mereka dan terus menerus kata mereka nakal la apa la.....please la....benda ni semakin menjadi2 pon disebabkan kita juga sebenarnya.k la setakat ni je yg dapat aq tulis...bye salam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment