tv or realiti
Tak kisah la drama melayu ke korea ke english ke jepun ke kalau drama tu pasal kisah cinta romantik la bagai mesti kita ni dah mula nak kata syoknya kalau dapat macam ni la nanak cam ni la.Otak kita mesti fikir pasal ni pnya kan?Tapi bila mai bab realiti ni mula macam ala bosannya,ala kan best macam dalam tv tu.Tv ke atau realiti ye ?
Kisah cinta dalam tv kalau kita tengok balik la kan punya la senangnya brjumpa dgn jodoh la ,betapa bertuahnya dapat jadi isteri orang kaya la ,romantiknya dapat suami macam tu la.Macam2 la tapi kalau mai kat dunia realiti rasa macam nak nangis pula bila dalam hubungan tu.Mau xnya kalau dalam tv kita tengok ya allah senangnya dy control pasangan dy.Sweetnya mamat tu la ap la macam kapel or kawin ni indah bagai.
Macam dalam tv tu hero dy sikit punya romantik dan sweet la.Best je bila tengok hubungan depa kalau gaduh mesti last skli ending dy pnya romantik tapi bila kita tengok dalam dunia sebenar ya allah macam nak pecah kepala bila tengok perangai pasangan tu.Macam2 pergaduhan la kena hadap tapi last sekali nak kena telan juga wlupon xsuka memang jangan harap la nak macam dalam drama.Pasal cari jodoh bila dalam tv macam senang pula dapat jumpa dengan pasangan hidup tapi kalau dunia betul jangan harap la sampai ad yg mnta tolong family carikan dan ad yg terlebih teruk p jumpa bomoh la dan mandi bunga la sebab nak buat benda kotor kononnya.
Dalam hubungan suami isteri tu bila drama tu dia punya la sabarnya encik suami tu layan kerenah si isteri tu tapi kan bila mai dalam dunia betul jangan harap la kita baru buat salah sikit je tapi tu dia pergaduhan macam perang dunia kedua mula macam2 jadi dan punya la ambik masa nak berbaik tapi drama suami pujuk sikit ke romantik ke ap ke sat je baik siap blh p bercty lagi.Kalau minta nk p holiday luar negara dlm dunia sebenar silap2 kena dengar ceramah 23 ari 22 malam la jawab.Dalam drama tu nampak macam senang je nak bersama pasangan tu atau senang je hadapi masalah.Bila dunia betul jangan harap la nak selesai masalah cepat kdg2 bertahun la nak ok dan sefahaman.
Dugaan cinta dalam dunia tv ni punya la jauh benor dgn dugaan dunia sebenar ni.dalam tv ad org ketiga la mai tlg bagai tapi kalau dunia sendiri memang x la silap2 mai org ketiga ni bukan nak tlg bagi selesai masalah tapi lagi bertambah masalah dalam hubungan tu.Pasangan dalam tv tu kalau cemburu pon still boleh bawa berbincang sayangnya dunia nyata no...bincang p la macam mana pon jangan harap dy nak percaya dok jeles dengan tuduhan tu la.
Pasal bab duit pula lagi la dalam drama tu macam senang je nak buat duit.Shopping p la banyak mana pon bini org kaya tu duit still xabis tapi bab duit dlm dunia nyata ni begitu kejam padahal bukan belanja banyak pon.Contoh cam arini baru beli barang rumah ke ap esok ni p bank cek duit bila tengok rasa macam nak pengsan pon ad yla baru semalam dapat duit tapi arini dah nak abis.Betapa begitu realitinya dunia ni sehinggakan ada yg nak bunuh diri pon ada.Memang berbeza dalam tv yg kita dok tengok ari2.
Memang kalau kita tengok dalam tv bab kehidupan ni macam senang je kan tapi bila kita bangun dan sedar je bahawa bukan senang nak dapat kehidupan sperti yg kita inginkan.Sebenarnya dunia realiti ni la sebenar dunia kehidupan yg sebenarnya yg kita nak hadapi tu wlupon hati xsuka tapi tu la kenyataan yg kita kena terima.Memang pahit dan sakit sangat tapi itu la dunia kita .Memang semua manusia dlm dunia klu boleh nak macam dlm tv tu tapi nak buat macam mana klu dah tu takdir yg allah dah aturkan untuk setiap hambaNya.
Tak ada yg mudah dalam dunia nyata ni kalau betul kita nak ssuatu kita sendiri kena usaha dapatkannya.Memang sakit dahulu yg kita dapat untuk dapatkan benda yg kita nak bukan macam dlm tv tu sambil usaha nak dptkan ap yg kita nak tu ada je moment sweet yg kita lalui.Dunia tv hanya la dunia hiburan tapi samping tu kita boleh la jadikannya sebgai iktibar dan sebagai panduan untuk hidup.Macam org tua2 kata yg mana yg elok tu kita ambik yg mana xelok jdikann sempadan.Tu la tujuan dunia tv dcipta bukan untuk pengaruhi kita spaya xdpt bezakn dunia sebenar dgn dunia rekaan semata2.
Ok la korang sampai disini je la iqa dpt tulis mklum la iqa d famly dlm mood holiday ni...bercty di perlis.Saja nak rehatkn minda sbab beberapa ari je lagi nak buka sem baru so nak appy puas2..ok la jumpa lagi kwn2..bye. salam..
No comments:
Post a Comment