Thursday, 31 March 2016

3 jenis cemburu yang digalakkan dalam islam (cerita fatimah puteri nabi)

     Terdapat tiga jenis cemburu yang digalakkan dalam islam:
 
Cemburu yang pertama:
      yakni cemburu kepada orang yang soleh kerana kesolehannya,kemudian menyebabkan diri kita menjadi semakin bersemangat bagi menjadi lebih soleh daripadanya..

Cemburu yang kedua ialah......
      Cemburu kepada orang yang alim kerana kealimannya,lantas membuat kita lebih alim daripada dirinya.Oleh keran faedah ilmu yang ada padanya itu dapat dimanfaatkan oleh ummah pada setiap zaman selepasnya.Apatah lagi,apabila mati seorang anak adam,hanya 3 perkara yang masih membuahkan pahala iaitu doa anak yang soleh dan solehah,ilmu yang bermanfaat serta sedekah jariah yang kekal.

Cemburu yang ketiga ialah....
       Cemburu kepada orang kaya yang mukmin, dan kerana kekayaannya itulah dia menjadi seorang yang pemurah dan sentiasa bersedekah di jalan Allah.Orang yang semacam itu wajar kita cemburui, dan menjadi dorongan kepada mereka yang mahu menjadi sepertinya.

Monday, 28 March 2016

Inilah kehidupan di dunia yang sebenarnya

       Tentu kadang2 terbit  persoalan tentang kehidupan di dunia ni kan..dan masa itu m pelbagai memori yang dulu akan kembali teringat.Pada masa itu kita mula berbicara sendiri mengapa aku kena lalui seperti ini?mengapa aku tak boleh dapat kehidupan seperti orang lain yang bahagia?Mesti kita ada bertanyakan aku ini tak layak ke mendapat kebahagian seperti orang lain?
        Bagi aku,dunia ini umpama sebuah permainan.Sebelum kita menang di dalam permainan itu,kita kena melalui banyak cabaran dan halangan sama la juga dengan kehidupan kita ini di dunia ini.Sebelum kita mendapat kebahagian yang kita inginkan,kita perlu menempuhi pelbagai keperitan.Memang kadang2 halangan yang datang itu kita rasa berat sangat untuk kita hadapi dan di luar kemampuan kita.Tetapi aku percaya Allah s.w.t.  takkan uji umatnya di luar kemampuan mereka.
         Kehidupan di dunia juga kadang2 membuatkan kita keliru dengan diri kita,keliru dengan perasaan kita dan lain2.Tapi itulah kehidupan yang sebenarnya.,Kita sendiri takkan faham adakah di dalam dunia ini wujud ke keadilan?wujud ke kebahagia seperti yang tertulis di dalam novel?.Semua manusia inginkan kesenangn dan kebahagian tapi sebenarnya bukan mudah untuk kita milikinya ini sebab dunia penuh dengan halangan,sandiwara.
        Sandiwara dunia yang manusia sendiri cipta untuk memuhi kepuasan dan kepentingan diri masing2 sehingga manusia menjadi lupa tugas mereka dihidupkan di muka bumi ini.Disebabkan sandiwara ini jugalah,kita mudah terpedaya dengan apa yang ada di depan mata.Itu sebab orang tua2 selalu berpesan kepada kita jangan mudah tertipu dengan pandangan mata kerana belum tentu apa yang kita lihat itu benar..Ayat itu lebih dituju kepada cara kita lihat sikap seseorang yang di sekeliling kita.Ini sebab belum tentu itulah sikap sebenar mereka,belum tentu apa yang diluahkanoleh mereka adalah benar2...
         Di dalam dunia ini lebih banyak kebohongan daripada kejujuran...ini kerana sikap manusia yang hanya inginkan untuk penuhi kepentingan mereka sendiri tanpa berfikir padahnya.Tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain..mereka lebih suka korban perasaan hati orang lain asalkan mereka dapat apa yang mereka nak.

Mulut manusia...

     Sekarang ini makin lama makin banyak cerita pasal orang2 yang gaduh just sebab satu mulut dan perangai yang suka sibuk tepi kain orang.Bagi iqa penyakit susah nak dapat ubat yang boleh hilangkannya kecuali kalau diri tu  terkena balik...
      Orang2 yang selalu dikata,dikutuk or difitnah mesti selalu nak try berubah just sebab nak mulut2 tu tutup tapi sebenarnya kita buat p la macam mana pon baik p la macam mana pon,mereka akan cari keburukan kita juga.Kebaikan yang kita buat mereka xkan nampak.dan sebaliknya mengatakan diri mereka tu yang baik,suci dan lebih patut dilabel ahli syurga la kononnya.
       Jika ditanya kenapa mereka cakap pasal kita kat orang mesti satu ayat je yang kononnya nak tegur kesalahan kita.Jika betul kita buat salah memang tak salah ditegur tapi nak tegur pon ada caranya..bukannya membawa mulut itu namanya mengata dan jika apa yang dikatakan tiada bukti itu dah boleh dikategorikan sebagai fitnah..hendaklah kita ingat dosa fitnah lebih besar daripada membunuh..Dalam islam pon ada ajar cara nak ditegur seseorang jika dia membuat salah..
        Kadang2 mereka tak sedar dalam mereka berkata tentang sikap kita yang jahat,sebenarnya mereka itu pon jahat kerana mengata dan membuka aib orang terutamanya sesama islam..mereka berkata perbuatan seseorang itu dosa dan allah tidak menyukainya tapi mereka terlupa sesuatu iaitu perbuatan mereka yang mengata orang dan membuka aib sesama islam pon salah satu perkara yang tidak disukai oleh allah s.w.t.
          Kita hendak orang agama lain hormat dgn agama kita dan kita sakit hati jika ada orang mengata dan menghina agama kita tapi kita xsedar kata2 percakapan kita yang suka memburukkan sesama islam telah memburukkan imej kita sebagai umat islam di pandangan bangsa lain.Mulut itu sendiri membuatkan orang lain fikir seperti agama kita tidak mengajar perkara yang baik dengan perkara yang tidak baik...sehingga kan umatnya mengata sesama sendiri,mngutuk dan fitnah sesama umat islam...
         Jadi jika kita nak bangsa lain hormat dengan agama kita...kita sendiri perlu hormat dengan agama kita juga ...sama2 la kita renungkan...iqa juga ada buat salah...tiada manusia yang tak buat dosa d sempurna..
     
       
 
 

PERCUTIAN BERSAMA KELUARGA MELAWAT KELLI'S CASTLE


       Pada cuti sem yang lalu,saya dan keluarga pergi ke Perak untuk melihat Kellie's Castle.Selepas mendengar tentang sejarah castle ini dari internet,saya terus meminta papa untuk bawa kami pergi ke sana.Ini kerana ada kisah yang mengatakan tempat ini agak keras telah membuatkan keinginan saya untuk pergi melihatnya sendiri disebabkan saya sangat berminat dengan kisah2 seram.
      Setelah beberapa jam berjalan kami akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju.Di sana saya dapat melihat banyak bilik tidur termasuk bilik2 untuk anak2 si pemilik istana tersebut.Keadaan di dalam bangunan untuk memang agak seram sejuk seperti yang pernah dirasa oleh pelancong2 yang datang ke sini.Di dalam bangunan tersebut,terdapat satu bilik penyimpanan botol2 arak yang dikatakan agak keras jika kita melalui satu lorong di dalamnya.Ada yang kata mereka melihat kereta  antik tapi bila mereka berpatah balik melalui lorong itu kereta tersebut tiada.Dalam bangunan ini juga terdapat banyak laluan rahsia yang dibina seperti yang diminta oleh si pemilik castle ini.
    
Setelah lama melawati tempat itu,kami semua pon  mengambil keputusan untuk pulang tapi sebelum itu kami ada juga membeli beberapa cenderahati untuk kawan2 saya.Walaupun saya tak dapat lihat kereta yang dikatakan tapi saya dapat rasa kehadirannya.dan saya berasa puas dapat melawat tempat ini..ini disebabkan minat saya melawat tempat2 yang agak keras seperti ini..saya harap saya dapat lagi pergi melawat ke tempat lain yg sama dikatakan keras..apa2 pun tq kepada mama dan papa sebab tunaikan permintaan anak mama d papa ni..


Monday, 7 March 2016

Tentang saya

       Nama saya nurul atiqah bt abdullah.Saya anak tunggal dalam keluarga saya..keluarga saya boleh dikatakan dalam keadaan sederhana je.Umur saya sekarang 19 tahun dan kini saya tengah belajar di kolej cosmopoint sungai petani,kedah.Saya mengambil kos setiausaha dan kini sudah pon masuk sem 2 dan tak lama lgi sem 3 pula.
        Papa tiri bekerja sebagai ketua penolong pengarah,bahagian teknologi pendidikan.Manakala mama pula guru Hem di sekolah Bagan Ajam .Dulu mama boleh dikatakan sama dengan papa tiri tapi selepas tu mama ambik keputusan untuk jadi cikgu di sekolah rendah.Saya juga mempunyai nenek iaitu mak kepada mama saya dan nenek tinggal bersama kami.Sewaktu kecik nenek yang menjaga saya bila mama saya pergi kerja.
      Saya tak ada adik beradik jadi mama belikan kucing2,sugar glider dan arnab untuk jadi teman saya.Boleh dikatakan saya sewaktu kecik tidak mempunyai teman sepermainan jadi mama dan papa sediakan pelbagai kemudahan di dalam bilik seperti komputer,buku-buku novel,buku-buku ilmu,permainan dan macam2. sehingga la sekarang mereka akan sediakan macam2 supaya anak mereka tidak berasa bosan.Ini sebab mama dan papa takut nak bagi saya keluar bermain sgt sebab saya sorang je anak mereka.Kalau saya nak keluar p mana2 pon dengan kawan2 mama atau papa yang hantarkan.
       Ramai yang kata untung la anak tunggal,untung la papa keja macam tu,untung hidup senang tak payah nak susah hati tapi bagi saya tu harta bukan saya punya tapi tu harta family saya.Tapi walau macam mana pon saya rasa bersyukur dilahirkan dalam keluarga ini.Sebab mama,papa dan nenek sangat sayangkan saya dan sanggup buat apa saja untuk permata mereka ini.

Wednesday, 2 March 2016

PEREMPUAN

       PEREMPUAN merupakan insan yang sangat unik dan istimewa. Mungkin orang kata perempuan ni lemah sebab cepat nangis dan kuat merengek kat kawan or teman lelaki.Sebenarnya  perempuan tu bukan lemah tapi air mata tulah kekuatannya. Sebab tulah satu2nya cara mereka luahkan apa yang mereka rasa di dalam hati.

        Memang orang perempuan ni susah nak difahami tapi ada caranya nak ambik hati perempuan tu.Ada yang kata perempuan ni lebih sukar daripada permainan games misteri sebab mereka banyak berubah perangai dan  sering merajuk sehingga teman lelaki tidak tahu punca merajuk tu.Sebenarnya mereka merajuk kerana inginkan perhatian mungkin bagi lelaki mereka dah bagi perhatian sepenuhnya.

        Sebab seseorang perempuan ni banyak buat perangai untuk menguji tahap mana kesabaran si teman lelakinya sanggup melayani perangai si perempuan ini.Ini satu saja ayat yang selalu keluar dari si mulut lelaki iaitu dia boleh tahan dan tak kisah macam mana pon perangai teman wanitanya tu.So si lelaki sebelum merungut kepada si awek kenapa sering buat perangai tu semua sebab mereka just nak uji korang je dah korang sendiri cakap korang boleh tahankan.Si lelaki yang berjanji pasal hal tu sedangkan si wanita tu cuma bertanyakan boleh ke u tahan dengan perangai i ni?so harap bersabar la ye

         Mungkin di mata lelaki ni wanita ni kadang2 bahaya sebab makin ramai pisau cukur la,playgirl la apa la...tetapi ada sebab mereka jadi seperti itu.Jika rasa perempuan tu jahat kerana sakitkan hati lelaki  macam itulah juga si wanita tu rasa tentang lelaki.Jangan salahkan mereka bila mereka berubah menjadi kejam terhadap lelaki.Mereka sendiri tak pernah minta untuk menjadi racun bagi hidup orang yang mereka sayang or yang pernah mereka sayang.Ni semua kesakitan yang telah lama mereka simpan di dalam hati kerana takut jika diluahkan mereka ditinggalkan oleh orang yang mereka sayangi.Tetapi oleh sebab pengorbanan mereka tak dihargai sebab tu mereka berubah.

      Perempuan jugalah merupakan permata di muka bumi kerana allah s.w.t telah menciptakan mereka  dengan cukup sempurna untuk menemani kaum adam.Oleh sebab itu hargailah mereka sebab selain lelaki yang banyak sabar dengan mereka tapi di samping itu juga perempuan lebih banyak menahan sabar dalam tugas menemani si kaum adam..