Pada cuti sem yang lalu,saya dan keluarga pergi ke Perak untuk melihat Kellie's Castle.Selepas mendengar tentang sejarah castle ini dari internet,saya terus meminta papa untuk bawa kami pergi ke sana.Ini kerana ada kisah yang mengatakan tempat ini agak keras telah membuatkan keinginan saya untuk pergi melihatnya sendiri disebabkan saya sangat berminat dengan kisah2 seram.
Setelah beberapa jam berjalan kami akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju.Di sana saya dapat melihat banyak bilik tidur termasuk bilik2 untuk anak2 si pemilik istana tersebut.Keadaan di dalam bangunan untuk memang agak seram sejuk seperti yang pernah dirasa oleh pelancong2 yang datang ke sini.Di dalam bangunan tersebut,terdapat satu bilik penyimpanan botol2 arak yang dikatakan agak keras jika kita melalui satu lorong di dalamnya.Ada yang kata mereka melihat kereta antik tapi bila mereka berpatah balik melalui lorong itu kereta tersebut tiada.Dalam bangunan ini juga terdapat banyak laluan rahsia yang dibina seperti yang diminta oleh si pemilik castle ini.
Setelah lama melawati tempat itu,kami semua pon mengambil keputusan untuk pulang tapi sebelum itu kami ada juga membeli beberapa cenderahati untuk kawan2 saya.Walaupun saya tak dapat lihat kereta yang dikatakan tapi saya dapat rasa kehadirannya.dan saya berasa puas dapat melawat tempat ini..ini disebabkan minat saya melawat tempat2 yang agak keras seperti ini..saya harap saya dapat lagi pergi melawat ke tempat lain yg sama dikatakan keras..apa2 pun tq kepada mama dan papa sebab tunaikan permintaan anak mama d papa ni..
No comments:
Post a Comment