Monday, 28 March 2016

Mulut manusia...

     Sekarang ini makin lama makin banyak cerita pasal orang2 yang gaduh just sebab satu mulut dan perangai yang suka sibuk tepi kain orang.Bagi iqa penyakit susah nak dapat ubat yang boleh hilangkannya kecuali kalau diri tu  terkena balik...
      Orang2 yang selalu dikata,dikutuk or difitnah mesti selalu nak try berubah just sebab nak mulut2 tu tutup tapi sebenarnya kita buat p la macam mana pon baik p la macam mana pon,mereka akan cari keburukan kita juga.Kebaikan yang kita buat mereka xkan nampak.dan sebaliknya mengatakan diri mereka tu yang baik,suci dan lebih patut dilabel ahli syurga la kononnya.
       Jika ditanya kenapa mereka cakap pasal kita kat orang mesti satu ayat je yang kononnya nak tegur kesalahan kita.Jika betul kita buat salah memang tak salah ditegur tapi nak tegur pon ada caranya..bukannya membawa mulut itu namanya mengata dan jika apa yang dikatakan tiada bukti itu dah boleh dikategorikan sebagai fitnah..hendaklah kita ingat dosa fitnah lebih besar daripada membunuh..Dalam islam pon ada ajar cara nak ditegur seseorang jika dia membuat salah..
        Kadang2 mereka tak sedar dalam mereka berkata tentang sikap kita yang jahat,sebenarnya mereka itu pon jahat kerana mengata dan membuka aib orang terutamanya sesama islam..mereka berkata perbuatan seseorang itu dosa dan allah tidak menyukainya tapi mereka terlupa sesuatu iaitu perbuatan mereka yang mengata orang dan membuka aib sesama islam pon salah satu perkara yang tidak disukai oleh allah s.w.t.
          Kita hendak orang agama lain hormat dgn agama kita dan kita sakit hati jika ada orang mengata dan menghina agama kita tapi kita xsedar kata2 percakapan kita yang suka memburukkan sesama islam telah memburukkan imej kita sebagai umat islam di pandangan bangsa lain.Mulut itu sendiri membuatkan orang lain fikir seperti agama kita tidak mengajar perkara yang baik dengan perkara yang tidak baik...sehingga kan umatnya mengata sesama sendiri,mngutuk dan fitnah sesama umat islam...
         Jadi jika kita nak bangsa lain hormat dengan agama kita...kita sendiri perlu hormat dengan agama kita juga ...sama2 la kita renungkan...iqa juga ada buat salah...tiada manusia yang tak buat dosa d sempurna..
     
       
 
 

No comments:

Post a Comment