Monday, 6 June 2016
LAGU GAMBARAN HATI
Setiap orang yang bercinta pasti mempunyai lagu yang melambangkn kisah cinta mereka kan?tidak kiralah remaja,dewasa atau pun orang yang lebih tua ini pasti jika ingin menunjukkan bagaimana perasaan mereka pada pasangan masing2 mesti melafazkan melalui lagu2 yang mereka dengar yang mereka rasa lagu itu sesuai dengan kisah perhubungan mereka.Ada juga yang sampai menulis lagu sendiri untuk pasangannya.
Sebenarnya lagu itu merupakan satu cara yang paling dekat untuk seseorang itu meluahkan isi hatinya pada orang yang mereka cintai.Lagu dijadikan sebagai gambaran hati dan perasaan mereka melalui setiap baris lirik lagu dan dari setiap maksud ayat lagu itu.Mungkin bagi mereka ianya lebih senang untuk dilafazkan daripada melafazkannya terus kepada orang itu.Bukan itu saja bila dilafazkan melalui lagu ianya mampu membuatkan orang yang mendengar akan sentiasa ingat tentang perasaan pasangan itu dan memori mereka bersama.
Bagi iqa meluahkan perasaan melalui lagu cara yang paling terbaik sebab bagi iqa ianya betul2 daripada hati orang yang mencintai kita terutamanya apabila mereka buat sendiri lagu itu kerena sewaktu mereka menulis mereka banyak mengikut apa yang telah mereka lalui bersama dan apa yang dirasai oleh mereka pada masa itu terhadap pasangan mereka tu.Mungkin ramai tidak perasan apabila kita mendengar sesuatu lagu terutamanya lagu sedih pasti dengan tak sedar air mata kita pasti mengalir keluarkan sedangkan kita just mendengar bukan melihat kisah disebalik lagu tu .Ini kerana lagu tu merupakan gambaran hati si penulis dan si penyanyinya.
Mungkin bagi sesetangah orang akan kata malu jika nak luahkan melalui lagu tapi sebenarnya lagu lagu tulah yang mampu membuatkan seseorang tu faham perasaan dan hati kita kepadanya.Sejujurnya iqa dengan pasangan iqa pon mempunyai lagu tema percintaan kami iaitu memori berkasih mungkin orang lain kata apa yang samanya,macam tak kena je dengan lagu..tapi sebenarnya lagu itu memang sama apa yang kami dua rasa.Setiap lirik tu memang sama dengan iqa rasa apa bila tengah berjauhan..merajuk... dan waktu kami meluangkan masa bersama.
Lagu juga boleh dikatakan lukisan hati cuma bezanya lirik mengambarkan perasaan tapi lukisan plak melalui apa yang dilukiskan oleh pelukis itu tapi kedua2nya hampir sama hanya kita yang perlu memahaminya dengan sedalam2nya sehingga ke hati kita yang paling kecil skali.Jika kita teliti balik mana2 negara pon pasti lagu yang dijadikan pilihan bagi setiap pasangan yang sedangkan hangat bercinta.Dalam cerita2 dulu dan sampai sekarang pon disbalik cerita drama tu pasti terselitnya lagu kan?
Kalau lukisan bila lama2 disimpan pasti akan buruk juga kan pasti akan pudar kan?dan kalau trkoyak or trbakar pasti akan ilang bentuk maknanya kan?tapi lagu hmmm mungkin kertas lirik lagu boleh rosak tapi lirik yang sudah tersimpan di dalam otak tidak mungkin boleh ilang,kabur atau koyak seperti lukisan atau benda lain kan...memori pon akan tidak pernah ilang atau pon pudar kerana lirik lagu itulah gambaran hati,perasaan dan memori sesbuah hubungan itu.setakat itu lah untuk kali ini ye...bye12
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment