Saturday, 6 August 2016

Peluang kedua?

                                               Image result for Peluang kedua?
  
       Orang kata setiap manusia wajib diberikan peluang kedua....tak kira dalam hubungan ke atau dari segi apa pon...sebab tak salah jika kita berikan peluang kedua untuk diri kita atau pon bagi peluang kepada pihak yang satu lagi...betul ke peluang kedua ni  lebih baik dan terjamin daripada peluang yg pertama?

       Menurut aq la kan...semua tu trletak pada diri kita sendiri.Sebab kalau diri tu tak betul2 brsedia berubah jadi yg lebih baik dari yang sebelum ni pon xdak guna juga meminta diri tu untuk diberikan peluang kedua sbab pasti akan berlaku lagi sekali kesalahan yang sama.Yes memang tidak salah memberikan diri ni peluang kedua sbab diri ni pon ada hak untuk mendapatkan kehidupan yg lebih baik dari sebelum ni.Tetapi lebih elok jika kita pastikan diri kita ni sudah sebetul2nya sudah bersedia dan sudah berubah.

      Dan sebelum kita nak bagi peluang kedua untuk orang lain tidak kira la pada orang yg sama atau pon berbeza la kan...aq rasa lebih baik la kita berfikir lebih lama dan pastikan dahulu orang yg meminta peluang kedua tu adakah dia betul2 sudah berubah dan bersedia?Buatlah pertimbangan dahulu sebelum memberikannya peluang kedua sbab ini pon ada kaitan dengan hati dan perasaan kedua2 belah pihak ye.Memang tak salah memaafkan dan memberikannya peluang lagi sekali tapi kalau time tu pon still kita tengok xdak perubahan pada diri orang tu pasal apa buta2 kita bagi peluang lagi sekali hati ini dlukai?jadi lebih baik kita pastikan dahulu sebelum memberikannya peluang.

       Yes betul kadang2 kita dengar mungkin peluang kedua ni lebih baik dan lebih bagus.Tapi kalau diri tu yg tak berubah pon peluang tu tak ada makna apa2 la nanti..Sia2 saja seperti sebelum ni juga.Jadi lebih baik perbetulkan dulu diri,gunalah beberapa banyak masa sekali pon jika kita nak hasil yg terbaik dalam peluang kedua ni.Bagi aq biar habiskan banyak masa untuk berubah untuk mendapatkan hasil yg terbaik daripada kita habiskan banyak masa tapi still diri ni masih sama seperti yg dulu.

    Ini kerana dalam peluang kedua ni semua orang mengharapkan yg lebih baik dari sebelum ni kan.Jadi tidak ada salah kita guna banyak masa asalkan kita dapat hasil seperti yang kita impikan.peluang kedua ni memang susah untuk kita dapat kerana tidak semua dapat peluang kedua dalam hidup mereka.Jadi yang dapat peluang kedua ni patut bersyukur kerana peluang cam tu selalunya datang sekali dalam hidup.

     Dan jangan la jika kita sudah dapat peluang tu kita sia2kannya.Bagi yang dapat peluang kedua dari seseorang tu kalau peluang tu disia2kan dan gagal gunakannya jangan harap orang tu akan beri lagi satu peluang atau kadang2 peluang yg datang tu or hubungan yg baru tu xkan sama yg dulu.Sama juga bagi yg memberikan diri sendiri peluang..lebih baik gunakan peluang yg diberikan sebetul2nya...Jangan disaat sudah dberikan peluang tu kita leka dan main2 sebab sekali kita terlepas peluang tu jangan harap aty yg dilukai atau hubungan yg rosak tu akan kembali seperti dahulu.

    Jadi sebelum kita meminta peluang kedua lebih kita memberikan masa untuk diri tu agak lebih bersedia dan sudah pastikan diri tu betul2 berubah untuk menerima peluang kedua ini kerana ujian di dalam peluang kedua lebih baik dari yang pertama.Jadi fikir la baik2 kawan2ku..sbab itu bkan untuk orang lain tapi untuk masa depan kita juga...Renung2kan la ye..bye...salam...


No comments:

Post a Comment