Setiap keluarga juga pasti mempunyai haiwan kesukaan masing2 kan?Ada keluarga yg suka semua jenis haiwan dan ada juga yang jenis suka haiwan2 yang kecil2.Jika kita sedar sekarang pon kerajaan kita telah menubuhkan pusat2 perlindungan haiwan dan juga ketatkan undang2 yang berkaitan dengan haiwan.Ini kerana pada zaman sekarang macam2 kes yang melibatkan haiwan seperti kucing dan anjing contoh haiwan2 tersebut dibuang la,didera la apa la ini kerana sikap manusia yang langsung tidak ada sikap perikemanusiaan langsung.
Ini la dunia keluarga aku..iaitu kucing2 yg comel.Tapi bagi aku dan keluarga mereka bukan la asing dalam keluarga aku.Mama dan papa aku juga sudah anggap haiwan2 ini semua juga anak2 mereka.Aku juga membahasakan diri aku ini kakak dan memanggilnya adik2.Macam mana family aku boleh menjadi pencinta haiwan terutamanya kucing?Jom aku share story ini..
Sebenarnya arwah tok ayah aku iaitu ayah kepada mamaku.Dia sangat sayangkan haiwan nanak2 kucing.Jika dia terjumpa je kucing2 yang cedera pasti dia akan bawa balik dan ubatkan bila dah sihat dia akan ambik dan bela je terus.Bila dia nak keluar ke mana2 pasti akan bawa makanan untuk diberikan kepada kucing2 jalanan dan liar.Seingat aku...aku ni lahir2 lagi dah di kelilingi kucing2 kalau tak silap aku rumah kampung aku dah terlebihnya kucing2 dalam lebih kurang beratus2 ekor kucing la.Tapi sayang masa kami pindah duduk flat kami terpaksa tinggalkan kucing2 tu yla faham2 sahaja la flat mana nak bleh bela sgt sebab terlampau ramai sgt kucing2.
Walaupon dah tinggalkan kucing2 tu tapi arwah tok ayah still pergi tengok dan berikan makanan kepada kucing2 tersebut.Tapi sayang seribu kali sayang,satu hari seperti biasa arwah tok pergi untuk bagi makan tapi alangkah terkejutnya semua kucing kami mati sbab termakan racun maklum la x semua yg suka kucing kan.....Aku sangat rapat dengan arwah tok malah aq manja gila dengan arwah tok.Tapi Allah lebih sayangkan tok dan selepas kematian tok,mama aku belikan aku adik iaitu nurul ayu.Aku namakannya nuru sbab nama aku nurul dan ayu pula sebab perangainya yg lemah lembut dan penyayang sgt.Masa tu aku baru darjah satu jadi ayu la kembarku tapi sayang masa aku belajar di KL dulu ayu dah pon pergi tunggu aku di sana.Sedih sgt yla ayu la tempat aku luahkan isi aty aku dan dia slalu tidur dgn aku.
Sejak kematian ayu semakin banyak pula kucing2 yang mama aku bawa balik untuk dibela.Kini family aku sedang cuba biasakan diri dengan sugar glider dan hamster yg jenis baka besar.Sugar glider mama aku belikan untukku kerana aku asyik nakkannya dan yang hamster pula Mummy Tan aku iaitu mummy angkat aku yg belikan masa dia tengah bercuti di Australia.Ini kerana dia tau yang aku minat dengan semua jenis haiwan dan arnab yang bernama Panda juga dari dia.Arnab yang kembar tu pula hadiah daripada kawan mama.Kucing yang bernama ku puteh dan oyen tu pula kucing liar tapi dah kami anggap macam keluarga kami juga.
Jiran2 di kawasan rumahku ini juga merupakan pencinta kucing seperti mama aku.Mama aku siap buat grup ws untuk sembang kucing dgn jiran2 kat sini dan aku juga ikut serta dalam grup ni.Dalam grup ini ada saja info yang dikongsi bersama tentang kucing2 dan cara penjagaannya.Macam2 la dalam grup ni dan mereka juga akan berkongsi tentang telatah2 kucing masing2.Bukan itu saja dalam grup ni juga ada cikgu2 sekolah mama yg dulu turut join dan mereka semua ni sporting dan xkisah sapa2 nak join grup ni pon boleh je .Kalau sapa2 dari pembaca blog aku yg berminat dan nak dapatkan tip2 atau apa saja tentang kucing boleh je bagitau kt tempat komen tu ye..kalau ada yg x kisah blh bagi no fon kat situ ye...
Ok la setakat ni je yg aku dapat kongsikan serba sedikit pasal life aku dan keluarga aku ni...jumpa dlam next post aku nnti ye...bye2
No comments:
Post a Comment