Wednesday, 14 September 2016
cerita kartun kesukaan
Semakin lama semakin banyak cerita2 kartun ditayangkan di tv.Macam2 rupa dan kisah la yg ditunjukkan di dalam kisah2 itu.Bukan itu ja,ada kartun jepun la,korea la,indonesia la,cina la korea la yg kini menjadi kesukaan kanak2 masa kini.Aq juga suka tengok kartun detective conan,chibi maruko chan dan shin chan.
Setiap kartun ada nilai yg tersendiri yg hendak ditunjukkan kepada penonton.Setiap kartun mempunyai kisah yg tersendiri.Bukan itu saja kadang2 ada kebaikan yg ditunjukkan yg boleh dijadikan teladan untuk kanak2 dan ada juga yg boleh memberi info2 yg berguna untuk pengetahuan kanak2.Contoh Upin&Ipin,di dalam kisah itu bukan sahaja menunjukkan kisah adik-beradik kembar yg banyak ragamnya malah ianya juga mempamerkan kisah kehidupan di kampung.Dalam cerita tu juga banyak menunjukkan nilai2 murni contohnya semasa bulan puasa dalam tu menunjukkan sikap jangan membazir,sabar dan solat .Secara tidak langsung kanak2 akan mula rasa untuk cuba berpuasa,solat terawih la dan lain2 lagi.
Di samping itu ada juga cerita kartun yg kadang2 boleh meransang pemikiran kanak2 untuk berfikir contoh cerita detective conan yg aq suka ni.Cerita ni mengisahkan kisah seorang budak lelaki sekolah menengah yg terkenal dalam menyelesaikan kes2 penyiasiatan seperti kematian dan dia telah bertukar menjadi kanak2 semula yg dikenali sbagai Conan.Aq sure la bila kanak2 tengok cerita ni pasti ada yg terikut2 dgn sikap Conan dan mula bayangkan mereka sperti Conan kan.Kehandalan conan dalam menyelesaikan ssebuah kes pembunuhan pasti kanak3 cuba mengikutnya.Kanak2 pasti akan turut berfikir bagaimana pembunuh melakukan pembunuhan?siapa pelakunya kan?hihihihihi aq pon cam tu masa aq kecik dan kadang2 sampai terbawa2 wlaupun umur aq dah 19.Mama aq juga suka menontonnya dan pasti kami dua akan hadap tv klu hari tu ada cerita conan.Malah aq sampai beli bukunya dan xpernah trlepas satu episod pon.
Cerita2 kartun ni juga kadang2 juga menunjukkan sikap kanak2 yg kadang2 memang sering dilakukan.Contohnya seperti Shin Chan,kenakalannya dan kisah kekeluargaannya.Shin Chan kanak2 yg kadang2nya nakalnya yg melampau dan xberapa nakal.Tapi bila kita tengok memang pasti kita akan kata kau ni macam shin chan la.Ini kerana cerita ni menunjukkan perangai nakal kanak2 yg sering mereka buat.Ada saja perangai nakal yg dilakukan sampai membuat mamanya pasti naik darah.Tapi ada juga perkara yg positif yg ditunjukkan melalui cerita ni dan pengetahuan kepada kanak2 contoh semasa latihan gempa bumi,latihan kebakaran la...dari situ dapat melatih kanak2 dari awal lagi.Ada saja sikapnya yg lucu ditunjukkan oleh shin chan yg pastinya menghiburkn kanak2 bila menontonnya.
Selain daripada cerita shin chan ada juga satu cerita jepun iaitu chibi maruko chan.Cerita maruko ini juga menunjukkan tentang kenakalan seorang perempuan.Di samping ada juga pengajaran yg ditunjukkan di dalam cerita itu.Di sebalik kenakal budak itu, cerita ini juga dapat memberi ilmu pengetahuan baru untuk adik2 kita ni seperti tentang hari halloween,sambutan perayaan negara luar dan budayanya,tentang kumbang2 dan lain2.Malah ianya juga mengajar kanak2 tentang nilai persahabatan,kehidupan yg susah,kehidupan zaman dulu2 masa penjajahan dan banyak lagi nilai2 yg cuba disampaikan melalui watak dan kisah dalam cerita ini.
Jika kita lihat semula melalui cerita2 kartun ni ada nilai2 positif yg boleh kanak2 ikut dan ilmu pengetahuan untuk mereka.Mereka dapat melihat bezanya cara kehidupan luar negara dengan negara Malaysia,dapat belajar ssuatu pengalaman dan perkataan yg baru.Cerita2 seperti ini juga dapat meransang minda kanak terutamanya cara pemikiran mereka tentang sesuatu perkara.Mungkin bagi orang dewasa ianya hanyalah kartun tapi jika kita tengok betul2 dan faham pasti kita sedar ada juga perkara yg positif yg dapat dicontohi oleh kanak2.Yes memang kadang2 bila mereka tengok mesti mereka xkan buat benda lain tapi kita still boleh tegur tentang itu tapi jangan sampai melampau2 tegurannya.
Bagi aq la xsalah untuk bagi anak2 kita tengok kartun terutamanya kartun negara luar.Tapi mesti la ada hadnya dan di samping tu minta mereka buat perkara lain sama jangan la sampai biar xbuat keja skolah itu da lain dah.Kita sebagai orang dewasa kena la pandai2 control tentang ni.Ajar kanak2 ni untuk bahagikan masa untuk tengok kartun dan masa untuk belajar.Aq masa kecik2 dlu buat kerja skolah depan tv sambil tengok cerita2 ksukaan aq dan masa ulang kaji pon sama.Malah sambil aq ulgkaji untuk exam pon aq still lyan lgu2 or tv tapi xpernah la ggu pelajaran aq sampai sekarang pon cam tu ja..hihihihihi.
Jadi pada pendapat aq xsalah jika anak2 kita suka tengok kartun sbab ada juga nilai2 positif yg cuba disampaikan cuma kita kenalah juga perhatikan mereka jangan la nak biarkan saja cam tu pula bila dengar atau tengok benda tu boleh ajar anak2 tu..just jangan sampai depa lupa tentang pelajaran dan perkara yg lain sama.oK la sampai di sini saja la post aq kali ni ye..jumpa nanti dalam next post..bye23...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment