Thursday, 19 December 2019

SURI RUMAH VS ISTERI BEKERJA

Image result for suri rumah kartun"       VS         Image result for isteri bekerja kartun


Bila cakap topik tentang suri rumah dan isteri yang bekerja memang agak sensitive bagi kedua-dua belah pihak.  Ini kerana topik ni tentang penat seorang isteri. Yang di mana isteri yang menjadi suri rumah berpendapat bahawa penat yang dialami oleh isteri yang bekerja tidak sepenat jikalau nak dibandingkan dengan suri rumah sepenuh masa. Bagi pihak isteri yang bekerja dan dalam masa yang menjalankan tanggungjawab di rumah berpendapat penat kerja di rumah tidak sepenat dengan kerja di tempat kerja.

ok bagi iqa la bila kita fikirkan balik sebenarnya dua-dua menghadapi penat tetapi melalui situasi yang berbeza.Maybe iqa tak kahwin lagi so iqa tidak alami lagi alam rumah tangga tetapi bagi iqa jika kita fikirkan secara perlahan dengan cara positif kita akan faham situasi penat kedua-dua pihak.

Seperti iqa tulis tadi  suri rumah ini berpendapat bahawa penat isteri yang bekerja di luar tidak sepenat isteri yang sepenuh masa di rumah. Ini kerana aktiviti suri rumah bermula di waktu pagi iaitu siapkan sarapan bagi keluarga,menyiapkan barang keperluan anak-anak sebelum pergi ke sekolah,mengurus anak-anak untuk ke sekolah,membersihkan rumah selepas anak-anak pergi sekolah kemudian mereka harus mencuci pakaian dan seterusnya memasak untuk suami dan anak-anak pula. Selalunya tugasan mereka akan berakhir setelah makan malam dan selepas mencuci mangkuk-mangkuk setelah makan.

Begini la bila kita tengok kembali situasi yang di alami oleh suri rumah. Maybe bila kita tengok yes kita pon akan berpendapat bahawa tugasan/aktiviti suri rumah amat la padat. Tetapi bila kita tengok balik dengan teliti sebenar mereka  masih boleh lagi mendapat waktu rehat yang tersendiri. Kenapa iqa cakap suri rumah masih boleh lagi berehat???lebih senang iqa gunakan situasi family iqa sendiri la ye.

Arwah nenek dan arwah tokayah iqa tinggal sekali dengan iqa. Mama iqa merupakan isteri yang bekerjaya jadi arwah nenek yang tolong jaga iqa. Arwah nenek iqa pula merupakan suri rumah sepenuh masa dari zaman nenek muda lagi ini kerana arwah tokayah iqa bekerja sebagai askar hutan. Iqa masih ingat lagi aktiviti nenek bermula dari selepas subuh lagi yang di mana dengan menguruskan keperluan iqa untuk ke tadika. Walaupun tugasan nenek banyak untuk diuruskan tetapi iqa perasan nenek membuat dua kerja dalam satu masa.Contoh sambil nenek memasak nenek akan mengawasi iqa bermain di ruang tamu.Kalau masa iqa kecik arwah nenek cuci pakaian dengan tangan je tapi bila zaman dah canggih jadi nenek guna mesin basuh.Jadi nenek akan memasak sambil basuh pakai.

Bila petang pula nenek akan lipat pakaian di ruang tamu sambil-sambil tengok tv cerita kesukaan dy. Kadang-kadang sambil lipat kain nenek sempat lagi layan kerenah iqa yang selalu ajak nenek bermain bersama dengan permainan yang mama beli.Nenek selalu dapat rehatkan diri apabila setelah semua hal rumah selesai tinggal tunggu untuk masak makan malam je. Korang faham tak apa yang iqa cuba sampaikan melalui kisah arwah nenek iqa yang juga merupakan suri rumah sepenuh masa??? apa yang iqa cuba maksudkan ialah walaupun nenek sibuk menguruskan tugasan di rumah tetapi nenek masih lagi waktu rehat ini kerana nenek menggunakan masanya dengan sebetul-betulnya dan nenek membahagikan tugasan-tugasan yang boleh dilakukan dalam satu masa.Jadi sebenarnya suri rumah mereka agak lebih untung dari segi waktu rehat mereka jika nak dibandingkan dengan isteri yang bekerja di tempat kerja. Suri rumah ada waktu rehat tersendiri jika mereka mampu membahagikan tugasan-tugasan mereka dengan lebih tersusun. 

Jika nak dikatakan tugasan isteri yang bekerja tidak seberat kerja isteri di rumah hmmm lebih baik jangan. Sebab sebenar tugasan/aktivit isteri yang bekerja ni pun bermula dari waktu pagi sampai ke petang iaitu bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Dan waktu rehat mereka juga  tidak la lama mana yang dimana bermula dari pukul 1.00 tengahari sehingga la pukul 2.00 petang. Kalau ada yang nak kata kerja di tempat kerja tidak sepenat kerja di rumah sebenarnya salah sama sekali..ini kerana kerja di tempat kerja bukan sahaja memerlukan tenaga untuk buat kerja tapi "tenaga" otak pun diperlukan untuk bergerak sama. Tidak kira kerja sebagai polis ke bomba ke guru ke akauntan ke atau apa sekali dua tenaga ni(tenaga badan & otak) amat la penting bagi mereka.

Kenapa iqa boleh cakap macam tu???Ini sebab iqa juga berpeluang merasai bagaimana alam pekerjaan sewaktu iqa menjalani latihan sewaktu iqa belajar dahulu di PEJABAT  PENDIDIKAN DAERAH. Dari situ iqa sendiri berasa bagaimana penatnya orang yang bekerja di pejabat ,dalam masa yang sama perlu hadap kerja dari boss atau dari pihak orang bawahan. Terutama sekali kalau kerja yang melibatkan perlu berhubung dengan orang luar lagi la memerlukan extra tenaga ye la lain orang yang mereka berjumpa lain perangai pula kan.Sebagai contoh kerja sebagai seorang guru seperti mama iqa nanak pula mama merupakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolahnya...kerja mama bukan setakat duduk di pejabat hadap kertas-kertas je tapi mama perlu mengajar math bagi kelas-kelas yang bawah mama. Bukan satu kelas tapi beberapa kelas bayangkan nak kena berjalan masuk kelas..kelas pulak bukannya dekat ada yang tingkat atas ada tingkat bawah. Bukan guru je yang perlukan dua tenaga ni tapi apa-apa pekerjaan sekali pun memerlukannya.

Dan siapa kata kalau steri yang bekerja ni bila balik dari kerja dapat rehat dan tidak perlu uruskan hal rumah hmmm sebenarnya tidak sama sekali...mereka balik dari kerja still tak dapat rehat sebab mereka balik kerja sambung pula buat kerja kat rumah ini kerana bagi mereka sesibuk mana pun di pejabat hal rumah tangga jangan sesekali diabaikan. Jadi jangan la set dalam kepala tu yang isteri bekerja ni bila balik kerja boleh relax-relax.Mereka pun penat juga..mereka pun letih juga...mereka pun hari-hari kena buat perkara yang sama.

Jadi bagi iqa tidak berapa ok kalau suri rumah nak kata isteri yang bekerja ni tidak sepenat suri rumah. Sama je penat yang di alami oleh kedua-dua pihak cuma situasi yang berbeza jadi mungkin itu yang membuatkan beberapa orang berfikir yang kerja ini tidak sepenat mana. Isteri yang bekerja ni juga manusia sama seperti suri rumah,mereka pun rasa penat yang sama juga,rasa letih yang sama,ada juga tekanan yang dialami oleh mereka.

So iqa harap lepas ni dah tiada lagi salah faham antara suri rumah dengan isteri yang bekerja..tiada lagi fikiran yang negatif antara satu sama lain. Sebab tidak kira la isteri yang suri rumah ke isteri yang bekerja ke sama-sama memerlukan masa untuk diri mereka sendiri. Kepada para suami juga hargai la jasa,pengorbanan penat lelah si isteri tidak kira la suri rumah sepenuh masa ke atau isteri yang bekerja ke kerana mereka telah banyak habiskan waktu mereka untuk keluarga mereka.

ok la korang sampai sini je la ye topik kita kali ni..kita jumpa lagi dalam topik yang lain nanti ye...tq sebab sudi baca blog iqa ni..Assalamualaikum....bye..

Monday, 2 December 2019

WAYANG

 Image result for MENONTON WAYANG


Assalamualaikum semua…kali ni iqa nak post tentang wayang…Sekarang banyak filem-filem yang best tengah tayang dekat pawagam kan….iqa pasti sapa je yang tak suka tengok wayang kan…kalau time free mesti ramai yang kat pawagam sebab yela tak nak lepaskan peluang untuk tengok filem yang ada pelakon kesukaan mereka. Macam iqa dan mama pun suka tengok wayang tapi lebih kepada cerita hantu. Dan setiap orang pasti mempunyai cerita kesukaan yang tersendiri kan.

Time tengok wayang time tu juga la kita akan nampak pelbagai kerenah penonton yang lain tak kira lelaki ke perempuan ke remaja ke kanak-kanak atau pun orang dewasa. Dan iqa pasti ada je kerenah yang kadang-kadang kita akan rasa marah or macam nak hilang sabra je bila tengok. Iqa dan mama banyak kali juga hadapi keadaan yang agak menguji kesabaran dan iqa rasa penonton lain pon rasa macam yang kita rasa dan rasa terganggu. Ye la kita pergi tengok wayang nak seronok-seronok nak rehat-rehat nanak pula time cuti memang nak hilangkan tekanan la kan dengan aktiviti kesukaan kita. Terutama bagi yang berkeluarga time cuti la mereka nak luangkan msa bsersama.

Kadang-kadang ada yang setengah tu bila baru je masuk dalam pawagam dah bising-bising,bercakap dengan nada yang kuat..ye memang betul wayang belum mula tapi jangan la sampai suara tu kuat sampai orang yang duduk kat barisan depan pun boleh dengar..nak bercakap dengan member ke ahli keluarga ke pakwe ke awek ke boleh je sebenarnya tapi bercakap la dengan nada yang slow yang setakat boleh didengar sesame kita ja sudah la.
Ada pula perangai bila masuk wayang tak reti nak tutup bunyi phone tu. Yang paling teruk tu bila dapat call boleh pulak jawab call dan bersembang dalam pawagam time cita dok tengah tayang..dah la tu otp pulak suara yang kuat sampai ganggu keselesaan orang sebelah..Kalau rasa panggilan tu penting boleh je jawab tapi sila cakap di luar bukan di dalam dan kalau tak penting sila la cancel call dan antar chat bagitau kita tengah tengok wayang dan suruh call nanti-nanti atau chat je tapi pastikan silent la bunyi chat tu juga ye.

Kes ketiga pula pasangan yang bawa anak-anak sekali. Iqa tengok kadang-kadang ada yang bawa anak-anak tapi mereka tak awasi pun anak-anak mereka terutamanya time wayang dah start. Anak-anak tu dibiarkan berjalan turun naik tangga kat dalam tu,ada juga yang biar je anak-anak tu buat bising bercakap dengan kuat.Bukan tak boleh nak bawa anak-anak tengok boleh tapi tolong awasi dan kawal anak-anak anda ye Ada juga yang pasangan yang bawa baby sekali time tengok wayang bila baby tu start nangis bukan salah seorang tu nak bawa keluar sekejap tapi duk try bagi diam baby tu dalam wayang juga. Sebenarnya baby tak suka tempat-tempat yang terlalu ramai orang yang tertutup macam tu tambahan pula tempat tu sejuk aircon kuat dengan bunyi yang kuat jadi ini akan membuatkan baby tak selesa untuk tidur dan xbagus jika terlampau sejuk untuk baby.

Perangai seterusnya pula, pasangan couple…ada yang elok tu takpa la nak tengok wayang sama-sama tapi ni ada yang sesetengah pasangan ni bukan  tengok wayang tapi buat wayang sendiri.Ye betul bagi ampa tempat gelap tak nampak la, pasangan lain pun mesti ada buat la macam-macam la jawapan ampa..ampa sedar atau tidak wayang tu bukan untuk umur-umur yang macam kita ni ja tapi ada juga kanak-kanak yang family mereka bawa sebab ada cerita yang kanak-kanak dibenarkan masuk. Jadi ampa tak terfikir ke kanak-kanak boleh ternampak aksi ampa tu???dah nama pun kanak-kanak ampa rasa mereka akan focus 100%  ke kat cerita tu???Sebab tu juga ada orang kata wayang ni tak elok tempat maksiat la disebabkan apa???disebabkan perbuatan “SWEET” ampa tu la yang ampa anggap biasa tu yang buat orang kata wayang tu tempat tak bagus  padahal tempat tu untuk seronok luangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan.  Ye ada yang kata tak buat apa pon tapi still tak elok dok bercampur dengan bukan yang halal dalam wayang tu tapi jangan la p tambah pula perbuatan yang xsopan tu. Jadi TOLONG la control sedikit perangai ampa tu…kalau gatal sangat kawin lagi senang…tapi jangan pula bila dah kawin ingat boleh buat hal kat wayang ye…bukan takda ye perangai pelik-pelik yang macam tu.. 

Bukan setakat tu je perangai yang ada time wayang…ada lagi ye contoh perangai yang suka tending kerusi. Iqa pernah kena kes macam ni dan iqa pasti korang pun mesti pernah kena kan.Kalau lawak tu maybe la boleh diterima juga alasan tu tapi ni cerita tu takdak lawak pun. Kalau lawak sekali pun jangan la sampai nak kena tendang kerusi tu, kena time ampa tendang kerusi orang tu tengah tengah makan popcorn ???tak ke tercekik kawan tu nanti tak pun kalau kawan tu ada sakit jantung???tak ke terkejut tak pasal-pasal meninggal pulak dalam wayang tu masuk berita pula viral pulak. Jadi tolong la control sikit tabiat tendang-tendang kerusi tu bukan apa takut satgi diri tu yang kena tendang.

Macam-macam perangai kan bila p tengok wayang yang kita akan jumpa time tu tapi tu la bila kita tegur perbuatan mereka tu satu je jawapan mereka akan keluar “ kami pun bayar la untuk cerita ni ingat ampa je ke yang bayar?” bagi iqa dah ampa tau mereka yang lain pun bayar macam ampa bayar untuk cerita tu why ampa tak reti-reti nak hormat keselesaan penonton yang lain???ni bukan soal sapa bayar sapa yang tak bayar tapi ni soal saling menghormati keselesaan sesama penonton.

Selalu sebelum wayang nak start mesti pihak pawagam akan tayang paraturan ketika tengok wayang kan jangan buat bising,jangan tendang kerusi dan yang paling penting jangan merakam ketika menonton tapi iqa tengok still ada lagi yang tak ikut peraturan tu.. ada juga yang buat bising,ada juga yang tendang kerusi ada juga yang merakam walaupun dah diberitahu apa denda yang akan dikenakan bagi yang merakam kan.haihhh …tunjuk p la iklan apa pon tetap akan ada yang langar peraturan tu sedangkan peraturan jalan raya pun tak ikut inikan pula peraturan dalam wayang memang takdak nak jalan la jawabnya.

iqa harap selepas ni yang mana dok suka buat perangai tak hormat keselesaan orang lain tu tolong la berubah ye hormat la sesame pengguna/pelanggan ok..sebab sedangakn kita sendiri mesti ada perkara yang kita tak suka kan jadi begitu juga dengan pengguna/pelanggan yang lain ye..

OK la sampai di sini je tajuk kita pada kali ni ye..jumpa lagi dalam tajuk yang akan dating…tq kerana sudi baca post iqa…Assalamualaikum..bye2


Friday, 8 March 2019

Hati-Hati Dengan Kawan Palsu (Fake Friend)


 Related image
Dunia sekarang banyak sangat "Pelakon"...Apabila terlalu banyaknya "Pelakon" makin banyaklah "Drama"....Kadang-kadang terlampau hebat sangat lakonan itu sampai boleh buatkan kita jadi tidak sedar yang sebenarnya bahaya itu berada dekat dengan kita je...sampai kita tidak sedar yang ada lagi bahaya daripada bisa seekor ular.....

Bahaya yang aku maksudkan itu ialah Kawan Palsu (Fake Friend)...kenapa aku kata bahaya???sebab sekali kita terkena dengan bahaya ini percaya rasa sakit ini lebih sakit daripada terkena  bisa ular. Why aku kata macam itu?? sekurang-kurangnya bisa ular paling teruk pon akan akibatkan mati....kita tidak perlu tanggung rasa sakit bisa lagi...tapi bahaya Kawan Palsu ini...sakit itu sampai bila-bila pon akan terasa di hati...ye la selama ini kita dah percayakan dia bulat-bulat...letak kepercayaan yang terlampau tinggi.

Aku percaya ramai juga kan yang pernah terkena dengan Kawan Palsu (Fake Friend) ini....well aku pon terkena juga...bukan senang untuk cari yang betul-betul berniat baik berkawan dengan kita pada zaman sekarang ini. Sebab itu ada ayat "Rambut sama hitam,tetapi hati lain-lain"..sedangkan sekarang pon rambut dah macam-macam warna ini kan pulak hati. Kawan Palsu zaman sekarang ini lagi banyak dari Kawan Sejati...dan kalau hilang pun Kawan Palsu ini tidak perlu la kita nak berasa kecewa dan sedih sebaliknya kita kena berasa bersyukur yang kita dah tidak kena tipu dengan orang macam mereka ini ...yes pelbagai benda kita dah lalui sepanjang kita berkawan tapi apa gunanya kalau setiap kenangan dengan mereka hanya sebuah lakonan semata-mata nak gunakan kita untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Nak tahu Kawan Palsu ini macam mana???hihihihi....mereka ini macam chipsmore sekejap ada sekejap tidak ada...maksudnya....bila mereka bosan...baru mereka cari kita....bila mereka dah hilang bosan mereka pon turut hilang bersama bosan itu.....ada pula jenis Kawan Palsu ni...mereka berkawan sebab kepentingan diri sendiri je sebenarnya....yang jenis ni sebelum mereka berkawan mereka akan tengok dulu,siasat dulu dua tiga hari tentang orang ini macam mana...nanak pula kalau mereka ni berkawan sebabkan duit....bila mereka terjumpa pulak orang yang senang untuk dijadikan pelabur lagi laju je la mereka akan berkawan dengan seseorang itu,...itu sebab aku kata Kawan Palsu ini lebih bahaya daripada apa pon ..tidak kira la lelaki ke perempuan mesti ada juga yang jenis Kawan Palsu yang macam ini...

Kawan Palsu yang jenis ni selalunya juga la kan..bila time ada masalah baru la akan cari kita...mesej...chat ...mula-mula itu bertanyakan la khabar kita ni macam mana...buat-buat la rindu konon bagai...cuba korang layan dua jam lagi....hihihihi...mesti satgi terkeluar la lakonan hebat dari diorang tu....jujur je la mesti ada juga yang pernah kena macam ni....lakonan paling banyak yang melibatkan duit bukan sikit-sikit...aku ini kadang-kadang rasa macam bank pun ada....bukan tidak boleh tolong kalau ada orang susah...tapi kalau alasan tu boleh diterima akal boleh la juga kita tolong tapi niii....baik kita tolong orang-orang miskin kat tepi jalan or buat sedekah makanan-makanan kat orang susah dekat masjid pon okey sebab terang-terang kita dah nampak kesusahan yang orang miskin ni lalui..Dari bagi duit tu kat Kawan Palsu yang mata duitan ni

Adalah pula Kawan Palsu ni yang jenis depan kita punya la baik...sokong la sependapat la dengan kita kononnya tapi bila dibelakang...perhhhh tu diaaaa mulut dia lagi dahsyat dari penyampai radio...lagi dahsyat dari pengacara Melodi..ni pon Kawan Palsu  juga ni...kadang-kadang yang perangai macam ni pun boleh jadi batu api kalau suatu hari nanti ada pergaduhan...Kawan Palsu ni ada dua muka sebenarnya...depan kita ...dia la kawan yang kononnya faham,kesian kat kita...tapi sebenarnya di belakang kita dia yang paling seronok,dia la yang paling gelak besar di saat kita jatuh,di saat kita kesedihan percaya..

Kawan Palsu (Fake Friend) ni...banyak gunakan kawan-kawan dia untuk kepentingan diri mereka sendiri je....korang ingat mereka akan peduli ke kat kita di saat kita jatuh???di saat kita keseorangan???di saat kita kesedihan??...tidak ...mereka tidak akan pernah peduli pon tentang kawan-kawan or orang lain..sebab mereka cuma pedulikan kepentingan yang mereka dapat dari orang lain...mereka lebih pentingkan diri mereka...kebahagiaan mereka je...hati mereka ni lebih keras daripda batu...

Kadang-kadang...kawan yang "Tikam Belakang" ni pun Kawan Palsu juga...ada setengah kes bila kita harapkan kawan kita or percayakan kawan kita dalam sesuatu perkara tapi yang sedihnya kawan tu tikam belakang kita...secara diam-diam,secara slow-slow....ada lagi kejam yang depan-depan terus dia khianat kepercayaan kita,dia hancurkan harapan kita kat dia selama persahabatan itu terjalin..

Itu lah antara perangai-perangai or niat sebenar Kawan Palsu ni dekat kita....Kadang-kadang ada yang tertanya-tanya macam mana mereka tidak sedar pun siapa sebenarnya kawan mereka tu??sebab manusia ni mudah....mudah tertipu....mata dan hati kita mudah tertipu....tu je jawapan...sehinggakan kita tidak tahu menilai sama ada itu kejujuran atau pun sebuah lakonan...

Bagi aku Kawan Palsu ni seumpama Parasit...sebab apa aku kata macam tu??? Parasit ni mendapatkan manfaat daripada organisma lain yang dia tumpang...sama la macam Kawan Palsu ni dapatkan manfaat daripada orang yang mereka sedangkan berkawan....yela bila kita tengok balik perangai mereka sebenarnya tu tak ke sama dengan Parasit???kalau tidak percaya...nilai...dan aku pasti mesti ada yang kata ye la memang sama dengan Parasit...

Manusia sekarang ni bukan sahaja Munafik tapi ada juga yang Parasit....so bukan setakat dengan manusia Munafik pun kita kena hati-hati tapi dengan manusia Parasit yang macam Kawan Palsu (Fake Friend ) ni pon kita kena berhati-hati...

ok la sampai sini je topik kali ni la bye2....salam

Wednesday, 9 January 2019

LAYANI DENGAN ADIL,MESRA, DAN HORMAT

Image result for cashier and customer service 



Makin bertambah tahun makin banyak perbezaan,peningkatan,penambahan yang dilakukan. Kalau zaman2 dulu ada pasar pagi,kedai runcit tepi2 jalan or kat kampung ada lori2 sayur ikan dok bergerak kan..tapi zaman sekarang pelbagai mall,supermarket,mini mart,kedai2 RM2 la apa la macam2 lagi. Setiap pusat membeli-belah pasti mempunyai sistem mereka yang tersendiri.Dari segi sistem kerja,pekerja mereka,susunan dan aturan barang jualan dan dari segi pembayaran di kaunter.

Setiap pusat membeli-belah mempunyai sistem pembayaran yang berbeza ada yang lebih suka membuka kaunter tanpa limitkan had barang yang boleh dibayar dan ada juga sesetengah tempat suka membuka dua kaunter iaitu kaunter untuk barang2 yang banyak satu lagi kaunter untuk 5-10 barang ke bawah sahaja. Tapi sekarang makin banyak market yang membuka dua bahagian iaitu kaunter untuk barang yang banyak dan kaunter yang hanya 5-10 barang sahaja.Tujuan mereka membuka dua bahagian ini untuk kemudahan para pelanggan sebenarnya..sebab bagi pelanggan yang hanya beli dua tiga barang tidak perlu beratur lama di belakang pembeli2 yang membeli barang yang banyak apabila wujudnya sistem kaunter yang baru ini.

Tetapi masih ramai juga pelanggan yang masih tidak tahu menghormati atau tidak mahu mengikut sistem tersebut.Ada juga yang membuat cara kotor supaya dapat beratur di kaunter yang hanya 5 barang saja hanya kerana tidak mahu beratur lama2 sehingga tidak fikir tentang orang lain yang turut lama beratur di kaunter tersebut.Bukan itu sahaja masalah yang sering berlaku di kaunter.Ada juga kesalahan yang datangnya dari pekerja mereka yang dibahagian kaunter tersebut .Nak tahu kenapa aku kata ada juga kesalahan dari pekerja ni??

Sebenarnya baru2 ini aku dan mama pergi kedai RM2 yang selalu juga kami pergi dekat paya nahu tu. Kedai tu mempunyai tiga kaunter untuk barang2 yang banyak dan satu sahaja kaunter untuk 5 barang.Aku dan mama berada di kaunter 5 barang sahaja. Tiba2 terjadinya satu kejadian yang aku dan mama rasa memang tak patut,tak adil dan tidak sopan.Yang di mana ada seorang makcik ini bersama dengan anak lelakinya yang masih kecil ni beratur di depan kami selang dua pelanggan dari kami tetapi barang2 yang ingin dibayarnya sudah melebihi dari 5 barang..nak tahu makcik ni buat apa?? mak cik tersebut bahagikan barang2 kepada lima jadi dekat dia 5 barang dan dekat anaknya 5 barang tapi pembayaran still menggunakan duit makcik tu juga..jadi anda rasa adil ke tidak bagi pelanggan yang lain??

Perbuatan makcik tersebut ditegur oleh pakcik yang berada di belakangnya...Pakcik tersebut berkata "boleh ye macam tu kalau boleh macam tu tolong bayar untuk saya sama". Yang paling aku rasa geram apabila budak perempuan yang kira barang tersebut boleh menjawab "tak pa la pakcik kiran halal la" dalam hati aku ni Ya Allah sabar ja la...sampai ada satu part yang mama aku buka mulut juga...yang di mana selepas pakcik tu bayar di depan kami ada dua pelanggan warga asing mereka dua hanya terlebih satu barang je bukannya 10 barang macam makcik tadi tapi budak perempuan tu bercakap dalam nada yang kasar dan suruh mereka pergi ke kaunter yang lain "tak boleh pergi beratur kaunter lain". Mama aku dengan tegasnya berkata "tak pa la dik ..kira ja mereka mereka". Budak perempuan tu menjawab balik "tapi mereka dah lebih barang" dengan muka yang agak kurang ajar terhadap mama. Mama aku menjawab balik "tak pa la tadi kat makcik tu boleh je bagi dia bayar 10 barang sedangkan depa dua ni terlebih barang satu je bukan banyak macam tadi tu..mana boleh macam tu tak adil la bagi pelanggan yang lain ni" balas mama tegas dalam nada yang tengah tahan sabar.

Selepas bayar semasa kami berjalan menuju ke kereta, mama explain kat aku why mama angin sangat kat budak tu..budak kaunter dah buat dua kesalaha. Yang pertama budak tu tak berlaku adil dengan pelanggan yang lain tadi dan yang kedua sebab cara budak tu bercakap dengan pelanggan warga asing tersebut. Menurut mama budak tu tak sepatutnya bercakap kasar dengan dua warga asing tu mentang2 la mereka pakai tak berapa smart la dan mentang2 mereka tu bukan warga sini si budak perempuan tu boleh je nak cakap kasar2.Betul juga tu apa yang mama kata.. yela walaupun mereka bukan warga sini tapi mereka datang ke kedai tu sebagai pelanggan jadi kena la ingat dan kena la hormati mereka.Maybe dua wagrga asing tu tak faham dengan sistem pembayaran sini maybe kat negara depa tak buat macam ni...ala sedangkan warga sini yang macam makcik tadi pun dah faham bahasa melayu tapi tak reti2 nak ikut peraturan tadi....macam mana pula??

Sebenarnya dari kisah kejadian tadi tu aku just nak kata walaupun pelanggan yang datang kat kita yang bukan warga sini kita wajib hormati dan jaga air muka mereka.Tak kisah la dari bangla ke siam ke filipina ka apa ka kita kena bercakap dengan elok dengan mereka,berlaku adil dengan mereka kerena mereka datang sebagai pelanggan dan pelanggan kan membawa rezeki kepada kita. Jika mereka ada buat salah sekali pun kita kena la tegur dalam nada yang sopan jangan kerana mereka warga asing kita nak bersikap kurang ajar dengan mereka. Macam kes tadi tu...mereka terlebih satu ja barang tapi perempuan kat kaunter dah cakap kasar dengan mereka.Merek buat salah dari segi situ ja lain la kalau mereka tu mencuri ke or raba awak kat kaunter tu tak pa la memang patut kena marah ke apa. Macam aku kata tadi entah mereka tak faham dengan sistem pembayaran kat sini ke or kat negara mereka tak ada buat macam ni  ke..

Tu bagi yang pekerja di kaunter la...yang kita pon sebagai pelanggan yang lain ni jangan dok buat perangai yang tak berapa elok dan tak adil yang macam makcik dalam cerita tu tadi tu. Sungguh pon diri tu nak cepat or tak suka beratur kena la juga ikut peraturan yang telah ditetapkan.Orang lain pun tak suka kena berdiri lama2 juga tapi dah nak buat macam mana dah nak beli barang sangat kan so kena la sabar.Yes pelanggan sentiasa betul tapi kita sesama  pelanggan kena la saling menghormati,fikir juga tentang pelanggan yang lain  tu adil ke tak jika kita buat cara yang macam ni.Jangan la kita nak lepaskan diri dari kena beratur lama2 sampai kita tak fikir tentang orang lain pula..jangan nak pentingkan diri sangat.Cuba kalau kita yang kena tahu pula nak marah2 habis yang kita buat kat orang lain boleh pula tapi kalau kena kat batang hidung sendiri baru tahu nak mengamuk ye.

Jadi ingat la ye...bagi yang bekerja macam tempat2 membeli-belah ni tak kisah la kat kaunter ke,susun barang ke apa ke...tolong la layani pelanggan anda dengan adil,mesra dan hormat walaupun pelanggan itu bukan warga Malaysia ye..Kerana walaupun mereka bukan warga Malaysia tetapi mereka masih manusia yang mempunyai hati dan perasaaan dan paling penting mereka datang sebagai pelanggan so kita layani mereka sama rata seperti mana kita layan pelanggan yang lain juga ye.

ok la sampai di sini saja ye topik kita pada kali ini....hope lepas ni jangan la ada lagi kejadian2 seperti kisah tu terjadi lagi..tak baik kan..so jumpa lagi dalam topik yang akan datang nanti..tq kerana sudi baca post saya ni..bye2 ...Assalamualaikum..