VS
Bila cakap topik tentang suri rumah dan isteri yang bekerja memang agak sensitive bagi kedua-dua belah pihak. Ini kerana topik ni tentang penat seorang isteri. Yang di mana isteri yang menjadi suri rumah berpendapat bahawa penat yang dialami oleh isteri yang bekerja tidak sepenat jikalau nak dibandingkan dengan suri rumah sepenuh masa. Bagi pihak isteri yang bekerja dan dalam masa yang menjalankan tanggungjawab di rumah berpendapat penat kerja di rumah tidak sepenat dengan kerja di tempat kerja.
ok bagi iqa la bila kita fikirkan balik sebenarnya dua-dua menghadapi penat tetapi melalui situasi yang berbeza.Maybe iqa tak kahwin lagi so iqa tidak alami lagi alam rumah tangga tetapi bagi iqa jika kita fikirkan secara perlahan dengan cara positif kita akan faham situasi penat kedua-dua pihak.
Seperti iqa tulis tadi suri rumah ini berpendapat bahawa penat isteri yang bekerja di luar tidak sepenat isteri yang sepenuh masa di rumah. Ini kerana aktiviti suri rumah bermula di waktu pagi iaitu siapkan sarapan bagi keluarga,menyiapkan barang keperluan anak-anak sebelum pergi ke sekolah,mengurus anak-anak untuk ke sekolah,membersihkan rumah selepas anak-anak pergi sekolah kemudian mereka harus mencuci pakaian dan seterusnya memasak untuk suami dan anak-anak pula. Selalunya tugasan mereka akan berakhir setelah makan malam dan selepas mencuci mangkuk-mangkuk setelah makan.
Begini la bila kita tengok kembali situasi yang di alami oleh suri rumah. Maybe bila kita tengok yes kita pon akan berpendapat bahawa tugasan/aktiviti suri rumah amat la padat. Tetapi bila kita tengok balik dengan teliti sebenar mereka masih boleh lagi mendapat waktu rehat yang tersendiri. Kenapa iqa cakap suri rumah masih boleh lagi berehat???lebih senang iqa gunakan situasi family iqa sendiri la ye.
Arwah nenek dan arwah tokayah iqa tinggal sekali dengan iqa. Mama iqa merupakan isteri yang bekerjaya jadi arwah nenek yang tolong jaga iqa. Arwah nenek iqa pula merupakan suri rumah sepenuh masa dari zaman nenek muda lagi ini kerana arwah tokayah iqa bekerja sebagai askar hutan. Iqa masih ingat lagi aktiviti nenek bermula dari selepas subuh lagi yang di mana dengan menguruskan keperluan iqa untuk ke tadika. Walaupun tugasan nenek banyak untuk diuruskan tetapi iqa perasan nenek membuat dua kerja dalam satu masa.Contoh sambil nenek memasak nenek akan mengawasi iqa bermain di ruang tamu.Kalau masa iqa kecik arwah nenek cuci pakaian dengan tangan je tapi bila zaman dah canggih jadi nenek guna mesin basuh.Jadi nenek akan memasak sambil basuh pakai.
Bila petang pula nenek akan lipat pakaian di ruang tamu sambil-sambil tengok tv cerita kesukaan dy. Kadang-kadang sambil lipat kain nenek sempat lagi layan kerenah iqa yang selalu ajak nenek bermain bersama dengan permainan yang mama beli.Nenek selalu dapat rehatkan diri apabila setelah semua hal rumah selesai tinggal tunggu untuk masak makan malam je. Korang faham tak apa yang iqa cuba sampaikan melalui kisah arwah nenek iqa yang juga merupakan suri rumah sepenuh masa??? apa yang iqa cuba maksudkan ialah walaupun nenek sibuk menguruskan tugasan di rumah tetapi nenek masih lagi waktu rehat ini kerana nenek menggunakan masanya dengan sebetul-betulnya dan nenek membahagikan tugasan-tugasan yang boleh dilakukan dalam satu masa.Jadi sebenarnya suri rumah mereka agak lebih untung dari segi waktu rehat mereka jika nak dibandingkan dengan isteri yang bekerja di tempat kerja. Suri rumah ada waktu rehat tersendiri jika mereka mampu membahagikan tugasan-tugasan mereka dengan lebih tersusun.
Jika nak dikatakan tugasan isteri yang bekerja tidak seberat kerja isteri di rumah hmmm lebih baik jangan. Sebab sebenar tugasan/aktivit isteri yang bekerja ni pun bermula dari waktu pagi sampai ke petang iaitu bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Dan waktu rehat mereka juga tidak la lama mana yang dimana bermula dari pukul 1.00 tengahari sehingga la pukul 2.00 petang. Kalau ada yang nak kata kerja di tempat kerja tidak sepenat kerja di rumah sebenarnya salah sama sekali..ini kerana kerja di tempat kerja bukan sahaja memerlukan tenaga untuk buat kerja tapi "tenaga" otak pun diperlukan untuk bergerak sama. Tidak kira kerja sebagai polis ke bomba ke guru ke akauntan ke atau apa sekali dua tenaga ni(tenaga badan & otak) amat la penting bagi mereka.
Kenapa iqa boleh cakap macam tu???Ini sebab iqa juga berpeluang merasai bagaimana alam pekerjaan sewaktu iqa menjalani latihan sewaktu iqa belajar dahulu di PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH. Dari situ iqa sendiri berasa bagaimana penatnya orang yang bekerja di pejabat ,dalam masa yang sama perlu hadap kerja dari boss atau dari pihak orang bawahan. Terutama sekali kalau kerja yang melibatkan perlu berhubung dengan orang luar lagi la memerlukan extra tenaga ye la lain orang yang mereka berjumpa lain perangai pula kan.Sebagai contoh kerja sebagai seorang guru seperti mama iqa nanak pula mama merupakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolahnya...kerja mama bukan setakat duduk di pejabat hadap kertas-kertas je tapi mama perlu mengajar math bagi kelas-kelas yang bawah mama. Bukan satu kelas tapi beberapa kelas bayangkan nak kena berjalan masuk kelas..kelas pulak bukannya dekat ada yang tingkat atas ada tingkat bawah. Bukan guru je yang perlukan dua tenaga ni tapi apa-apa pekerjaan sekali pun memerlukannya.
Dan siapa kata kalau steri yang bekerja ni bila balik dari kerja dapat rehat dan tidak perlu uruskan hal rumah hmmm sebenarnya tidak sama sekali...mereka balik dari kerja still tak dapat rehat sebab mereka balik kerja sambung pula buat kerja kat rumah ini kerana bagi mereka sesibuk mana pun di pejabat hal rumah tangga jangan sesekali diabaikan. Jadi jangan la set dalam kepala tu yang isteri bekerja ni bila balik kerja boleh relax-relax.Mereka pun penat juga..mereka pun letih juga...mereka pun hari-hari kena buat perkara yang sama.
Jadi bagi iqa tidak berapa ok kalau suri rumah nak kata isteri yang bekerja ni tidak sepenat suri rumah. Sama je penat yang di alami oleh kedua-dua pihak cuma situasi yang berbeza jadi mungkin itu yang membuatkan beberapa orang berfikir yang kerja ini tidak sepenat mana. Isteri yang bekerja ni juga manusia sama seperti suri rumah,mereka pun rasa penat yang sama juga,rasa letih yang sama,ada juga tekanan yang dialami oleh mereka.
So iqa harap lepas ni dah tiada lagi salah faham antara suri rumah dengan isteri yang bekerja..tiada lagi fikiran yang negatif antara satu sama lain. Sebab tidak kira la isteri yang suri rumah ke isteri yang bekerja ke sama-sama memerlukan masa untuk diri mereka sendiri. Kepada para suami juga hargai la jasa,pengorbanan penat lelah si isteri tidak kira la suri rumah sepenuh masa ke atau isteri yang bekerja ke kerana mereka telah banyak habiskan waktu mereka untuk keluarga mereka.
ok la korang sampai sini je la ye topik kita kali ni..kita jumpa lagi dalam topik yang lain nanti ye...tq sebab sudi baca blog iqa ni..Assalamualaikum....bye..
No comments:
Post a Comment