Assalamualaikum
semua…kali ni iqa nak post tentang wayang…Sekarang banyak filem-filem yang best
tengah tayang dekat pawagam kan….iqa pasti sapa je yang tak suka tengok wayang
kan…kalau time free mesti ramai yang kat pawagam sebab yela tak nak lepaskan
peluang untuk tengok filem yang ada pelakon kesukaan mereka. Macam iqa dan mama
pun suka tengok wayang tapi lebih kepada cerita hantu. Dan setiap orang pasti
mempunyai cerita kesukaan yang tersendiri kan.
Time tengok
wayang time tu juga la kita akan nampak pelbagai kerenah penonton yang lain tak
kira lelaki ke perempuan ke remaja ke kanak-kanak atau pun orang dewasa. Dan
iqa pasti ada je kerenah yang kadang-kadang kita akan rasa marah or macam nak
hilang sabra je bila tengok. Iqa dan mama banyak kali juga hadapi keadaan yang
agak menguji kesabaran dan iqa rasa penonton lain pon rasa macam yang kita rasa
dan rasa terganggu. Ye la kita pergi tengok wayang nak seronok-seronok nak
rehat-rehat nanak pula time cuti memang nak hilangkan tekanan la kan dengan aktiviti
kesukaan kita. Terutama bagi yang berkeluarga time cuti la mereka nak luangkan
msa bsersama.
Kadang-kadang
ada yang setengah tu bila baru je masuk dalam pawagam dah bising-bising,bercakap
dengan nada yang kuat..ye memang betul wayang belum mula tapi jangan la sampai
suara tu kuat sampai orang yang duduk kat barisan depan pun boleh dengar..nak
bercakap dengan member ke ahli keluarga ke pakwe ke awek ke boleh je sebenarnya
tapi bercakap la dengan nada yang slow yang setakat boleh didengar sesame kita
ja sudah la.
Ada pula perangai
bila masuk wayang tak reti nak tutup bunyi phone tu. Yang paling teruk tu bila
dapat call boleh pulak jawab call dan bersembang dalam pawagam time cita dok
tengah tayang..dah la tu otp pulak suara yang kuat sampai ganggu keselesaan orang
sebelah..Kalau rasa panggilan tu penting boleh je jawab tapi sila cakap di luar
bukan di dalam dan kalau tak penting sila la cancel call dan antar chat bagitau
kita tengah tengok wayang dan suruh call nanti-nanti atau chat je tapi pastikan
silent la bunyi chat tu juga ye.
Kes ketiga pula
pasangan yang bawa anak-anak sekali. Iqa tengok kadang-kadang ada yang bawa
anak-anak tapi mereka tak awasi pun anak-anak mereka terutamanya time wayang
dah start. Anak-anak tu dibiarkan berjalan turun naik tangga kat dalam tu,ada
juga yang biar je anak-anak tu buat bising bercakap dengan kuat.Bukan tak boleh
nak bawa anak-anak tengok boleh tapi tolong awasi dan kawal anak-anak anda ye Ada
juga yang pasangan yang bawa baby sekali time tengok wayang bila baby tu start
nangis bukan salah seorang tu nak bawa keluar sekejap tapi duk try bagi diam
baby tu dalam wayang juga. Sebenarnya baby tak suka tempat-tempat yang terlalu
ramai orang yang tertutup macam tu tambahan pula tempat tu sejuk aircon kuat
dengan bunyi yang kuat jadi ini akan membuatkan baby tak selesa untuk tidur dan
xbagus jika terlampau sejuk untuk baby.
Perangai seterusnya
pula, pasangan couple…ada yang elok tu takpa la nak tengok wayang sama-sama tapi
ni ada yang sesetengah pasangan ni bukan
tengok wayang tapi buat wayang sendiri.Ye betul bagi ampa tempat gelap
tak nampak la, pasangan lain pun mesti ada buat la macam-macam la jawapan ampa..ampa
sedar atau tidak wayang tu bukan untuk umur-umur yang macam kita ni ja tapi ada
juga kanak-kanak yang family mereka bawa sebab ada cerita yang kanak-kanak
dibenarkan masuk. Jadi ampa tak terfikir ke kanak-kanak boleh ternampak aksi
ampa tu???dah nama pun kanak-kanak ampa rasa mereka akan focus 100% ke kat cerita tu???Sebab tu juga ada orang
kata wayang ni tak elok tempat maksiat la disebabkan apa???disebabkan perbuatan
“SWEET” ampa tu la yang ampa anggap biasa tu yang buat orang kata wayang tu
tempat tak bagus padahal tempat tu untuk
seronok luangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan. Ye ada yang kata tak buat apa pon tapi still
tak elok dok bercampur dengan bukan yang halal dalam wayang tu tapi jangan la p
tambah pula perbuatan yang xsopan tu. Jadi TOLONG la control sedikit perangai
ampa tu…kalau gatal sangat kawin lagi senang…tapi jangan pula bila dah kawin
ingat boleh buat hal kat wayang ye…bukan takda ye perangai pelik-pelik yang macam
tu..
Bukan setakat tu
je perangai yang ada time wayang…ada lagi ye contoh perangai yang suka tending kerusi.
Iqa pernah kena kes macam ni dan iqa pasti korang pun mesti pernah kena kan.Kalau
lawak tu maybe la boleh diterima juga alasan tu tapi ni cerita tu takdak lawak
pun. Kalau lawak sekali pun jangan la sampai nak kena tendang kerusi tu, kena
time ampa tendang kerusi orang tu tengah tengah makan popcorn ???tak ke
tercekik kawan tu nanti tak pun kalau kawan tu ada sakit jantung???tak ke
terkejut tak pasal-pasal meninggal pulak dalam wayang tu masuk berita pula viral
pulak. Jadi tolong la control sikit tabiat tendang-tendang kerusi tu bukan apa
takut satgi diri tu yang kena tendang.
Macam-macam
perangai kan bila p tengok wayang yang kita akan jumpa time tu tapi tu la bila
kita tegur perbuatan mereka tu satu je jawapan mereka akan keluar “ kami pun
bayar la untuk cerita ni ingat ampa je ke yang bayar?” bagi iqa dah ampa tau mereka
yang lain pun bayar macam ampa bayar untuk cerita tu why ampa tak reti-reti nak
hormat keselesaan penonton yang lain???ni bukan soal sapa bayar sapa yang tak
bayar tapi ni soal saling menghormati keselesaan sesama penonton.
Selalu sebelum wayang
nak start mesti pihak pawagam akan tayang paraturan ketika tengok wayang kan jangan
buat bising,jangan tendang kerusi dan yang paling penting jangan merakam ketika
menonton tapi iqa tengok still ada lagi yang tak ikut peraturan tu.. ada juga yang
buat bising,ada juga yang tendang kerusi ada juga yang merakam walaupun dah diberitahu
apa denda yang akan dikenakan bagi yang merakam kan.haihhh …tunjuk p la iklan
apa pon tetap akan ada yang langar peraturan tu sedangkan peraturan jalan raya
pun tak ikut inikan pula peraturan dalam wayang memang takdak nak jalan la
jawabnya.
iqa harap
selepas ni yang mana dok suka buat perangai tak hormat keselesaan orang lain tu
tolong la berubah ye hormat la sesame pengguna/pelanggan ok..sebab sedangakn
kita sendiri mesti ada perkara yang kita tak suka kan jadi begitu juga dengan
pengguna/pelanggan yang lain ye..
OK la sampai di
sini je tajuk kita pada kali ni ye..jumpa lagi dalam tajuk yang akan dating…tq
kerana sudi baca post iqa…Assalamualaikum..bye2
No comments:
Post a Comment