Thursday, 19 December 2019

SURI RUMAH VS ISTERI BEKERJA

Image result for suri rumah kartun"       VS         Image result for isteri bekerja kartun


Bila cakap topik tentang suri rumah dan isteri yang bekerja memang agak sensitive bagi kedua-dua belah pihak.  Ini kerana topik ni tentang penat seorang isteri. Yang di mana isteri yang menjadi suri rumah berpendapat bahawa penat yang dialami oleh isteri yang bekerja tidak sepenat jikalau nak dibandingkan dengan suri rumah sepenuh masa. Bagi pihak isteri yang bekerja dan dalam masa yang menjalankan tanggungjawab di rumah berpendapat penat kerja di rumah tidak sepenat dengan kerja di tempat kerja.

ok bagi iqa la bila kita fikirkan balik sebenarnya dua-dua menghadapi penat tetapi melalui situasi yang berbeza.Maybe iqa tak kahwin lagi so iqa tidak alami lagi alam rumah tangga tetapi bagi iqa jika kita fikirkan secara perlahan dengan cara positif kita akan faham situasi penat kedua-dua pihak.

Seperti iqa tulis tadi  suri rumah ini berpendapat bahawa penat isteri yang bekerja di luar tidak sepenat isteri yang sepenuh masa di rumah. Ini kerana aktiviti suri rumah bermula di waktu pagi iaitu siapkan sarapan bagi keluarga,menyiapkan barang keperluan anak-anak sebelum pergi ke sekolah,mengurus anak-anak untuk ke sekolah,membersihkan rumah selepas anak-anak pergi sekolah kemudian mereka harus mencuci pakaian dan seterusnya memasak untuk suami dan anak-anak pula. Selalunya tugasan mereka akan berakhir setelah makan malam dan selepas mencuci mangkuk-mangkuk setelah makan.

Begini la bila kita tengok kembali situasi yang di alami oleh suri rumah. Maybe bila kita tengok yes kita pon akan berpendapat bahawa tugasan/aktiviti suri rumah amat la padat. Tetapi bila kita tengok balik dengan teliti sebenar mereka  masih boleh lagi mendapat waktu rehat yang tersendiri. Kenapa iqa cakap suri rumah masih boleh lagi berehat???lebih senang iqa gunakan situasi family iqa sendiri la ye.

Arwah nenek dan arwah tokayah iqa tinggal sekali dengan iqa. Mama iqa merupakan isteri yang bekerjaya jadi arwah nenek yang tolong jaga iqa. Arwah nenek iqa pula merupakan suri rumah sepenuh masa dari zaman nenek muda lagi ini kerana arwah tokayah iqa bekerja sebagai askar hutan. Iqa masih ingat lagi aktiviti nenek bermula dari selepas subuh lagi yang di mana dengan menguruskan keperluan iqa untuk ke tadika. Walaupun tugasan nenek banyak untuk diuruskan tetapi iqa perasan nenek membuat dua kerja dalam satu masa.Contoh sambil nenek memasak nenek akan mengawasi iqa bermain di ruang tamu.Kalau masa iqa kecik arwah nenek cuci pakaian dengan tangan je tapi bila zaman dah canggih jadi nenek guna mesin basuh.Jadi nenek akan memasak sambil basuh pakai.

Bila petang pula nenek akan lipat pakaian di ruang tamu sambil-sambil tengok tv cerita kesukaan dy. Kadang-kadang sambil lipat kain nenek sempat lagi layan kerenah iqa yang selalu ajak nenek bermain bersama dengan permainan yang mama beli.Nenek selalu dapat rehatkan diri apabila setelah semua hal rumah selesai tinggal tunggu untuk masak makan malam je. Korang faham tak apa yang iqa cuba sampaikan melalui kisah arwah nenek iqa yang juga merupakan suri rumah sepenuh masa??? apa yang iqa cuba maksudkan ialah walaupun nenek sibuk menguruskan tugasan di rumah tetapi nenek masih lagi waktu rehat ini kerana nenek menggunakan masanya dengan sebetul-betulnya dan nenek membahagikan tugasan-tugasan yang boleh dilakukan dalam satu masa.Jadi sebenarnya suri rumah mereka agak lebih untung dari segi waktu rehat mereka jika nak dibandingkan dengan isteri yang bekerja di tempat kerja. Suri rumah ada waktu rehat tersendiri jika mereka mampu membahagikan tugasan-tugasan mereka dengan lebih tersusun. 

Jika nak dikatakan tugasan isteri yang bekerja tidak seberat kerja isteri di rumah hmmm lebih baik jangan. Sebab sebenar tugasan/aktivit isteri yang bekerja ni pun bermula dari waktu pagi sampai ke petang iaitu bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Dan waktu rehat mereka juga  tidak la lama mana yang dimana bermula dari pukul 1.00 tengahari sehingga la pukul 2.00 petang. Kalau ada yang nak kata kerja di tempat kerja tidak sepenat kerja di rumah sebenarnya salah sama sekali..ini kerana kerja di tempat kerja bukan sahaja memerlukan tenaga untuk buat kerja tapi "tenaga" otak pun diperlukan untuk bergerak sama. Tidak kira kerja sebagai polis ke bomba ke guru ke akauntan ke atau apa sekali dua tenaga ni(tenaga badan & otak) amat la penting bagi mereka.

Kenapa iqa boleh cakap macam tu???Ini sebab iqa juga berpeluang merasai bagaimana alam pekerjaan sewaktu iqa menjalani latihan sewaktu iqa belajar dahulu di PEJABAT  PENDIDIKAN DAERAH. Dari situ iqa sendiri berasa bagaimana penatnya orang yang bekerja di pejabat ,dalam masa yang sama perlu hadap kerja dari boss atau dari pihak orang bawahan. Terutama sekali kalau kerja yang melibatkan perlu berhubung dengan orang luar lagi la memerlukan extra tenaga ye la lain orang yang mereka berjumpa lain perangai pula kan.Sebagai contoh kerja sebagai seorang guru seperti mama iqa nanak pula mama merupakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolahnya...kerja mama bukan setakat duduk di pejabat hadap kertas-kertas je tapi mama perlu mengajar math bagi kelas-kelas yang bawah mama. Bukan satu kelas tapi beberapa kelas bayangkan nak kena berjalan masuk kelas..kelas pulak bukannya dekat ada yang tingkat atas ada tingkat bawah. Bukan guru je yang perlukan dua tenaga ni tapi apa-apa pekerjaan sekali pun memerlukannya.

Dan siapa kata kalau steri yang bekerja ni bila balik dari kerja dapat rehat dan tidak perlu uruskan hal rumah hmmm sebenarnya tidak sama sekali...mereka balik dari kerja still tak dapat rehat sebab mereka balik kerja sambung pula buat kerja kat rumah ini kerana bagi mereka sesibuk mana pun di pejabat hal rumah tangga jangan sesekali diabaikan. Jadi jangan la set dalam kepala tu yang isteri bekerja ni bila balik kerja boleh relax-relax.Mereka pun penat juga..mereka pun letih juga...mereka pun hari-hari kena buat perkara yang sama.

Jadi bagi iqa tidak berapa ok kalau suri rumah nak kata isteri yang bekerja ni tidak sepenat suri rumah. Sama je penat yang di alami oleh kedua-dua pihak cuma situasi yang berbeza jadi mungkin itu yang membuatkan beberapa orang berfikir yang kerja ini tidak sepenat mana. Isteri yang bekerja ni juga manusia sama seperti suri rumah,mereka pun rasa penat yang sama juga,rasa letih yang sama,ada juga tekanan yang dialami oleh mereka.

So iqa harap lepas ni dah tiada lagi salah faham antara suri rumah dengan isteri yang bekerja..tiada lagi fikiran yang negatif antara satu sama lain. Sebab tidak kira la isteri yang suri rumah ke isteri yang bekerja ke sama-sama memerlukan masa untuk diri mereka sendiri. Kepada para suami juga hargai la jasa,pengorbanan penat lelah si isteri tidak kira la suri rumah sepenuh masa ke atau isteri yang bekerja ke kerana mereka telah banyak habiskan waktu mereka untuk keluarga mereka.

ok la korang sampai sini je la ye topik kita kali ni..kita jumpa lagi dalam topik yang lain nanti ye...tq sebab sudi baca blog iqa ni..Assalamualaikum....bye..

Monday, 2 December 2019

WAYANG

 Image result for MENONTON WAYANG


Assalamualaikum semua…kali ni iqa nak post tentang wayang…Sekarang banyak filem-filem yang best tengah tayang dekat pawagam kan….iqa pasti sapa je yang tak suka tengok wayang kan…kalau time free mesti ramai yang kat pawagam sebab yela tak nak lepaskan peluang untuk tengok filem yang ada pelakon kesukaan mereka. Macam iqa dan mama pun suka tengok wayang tapi lebih kepada cerita hantu. Dan setiap orang pasti mempunyai cerita kesukaan yang tersendiri kan.

Time tengok wayang time tu juga la kita akan nampak pelbagai kerenah penonton yang lain tak kira lelaki ke perempuan ke remaja ke kanak-kanak atau pun orang dewasa. Dan iqa pasti ada je kerenah yang kadang-kadang kita akan rasa marah or macam nak hilang sabra je bila tengok. Iqa dan mama banyak kali juga hadapi keadaan yang agak menguji kesabaran dan iqa rasa penonton lain pon rasa macam yang kita rasa dan rasa terganggu. Ye la kita pergi tengok wayang nak seronok-seronok nak rehat-rehat nanak pula time cuti memang nak hilangkan tekanan la kan dengan aktiviti kesukaan kita. Terutama bagi yang berkeluarga time cuti la mereka nak luangkan msa bsersama.

Kadang-kadang ada yang setengah tu bila baru je masuk dalam pawagam dah bising-bising,bercakap dengan nada yang kuat..ye memang betul wayang belum mula tapi jangan la sampai suara tu kuat sampai orang yang duduk kat barisan depan pun boleh dengar..nak bercakap dengan member ke ahli keluarga ke pakwe ke awek ke boleh je sebenarnya tapi bercakap la dengan nada yang slow yang setakat boleh didengar sesame kita ja sudah la.
Ada pula perangai bila masuk wayang tak reti nak tutup bunyi phone tu. Yang paling teruk tu bila dapat call boleh pulak jawab call dan bersembang dalam pawagam time cita dok tengah tayang..dah la tu otp pulak suara yang kuat sampai ganggu keselesaan orang sebelah..Kalau rasa panggilan tu penting boleh je jawab tapi sila cakap di luar bukan di dalam dan kalau tak penting sila la cancel call dan antar chat bagitau kita tengah tengok wayang dan suruh call nanti-nanti atau chat je tapi pastikan silent la bunyi chat tu juga ye.

Kes ketiga pula pasangan yang bawa anak-anak sekali. Iqa tengok kadang-kadang ada yang bawa anak-anak tapi mereka tak awasi pun anak-anak mereka terutamanya time wayang dah start. Anak-anak tu dibiarkan berjalan turun naik tangga kat dalam tu,ada juga yang biar je anak-anak tu buat bising bercakap dengan kuat.Bukan tak boleh nak bawa anak-anak tengok boleh tapi tolong awasi dan kawal anak-anak anda ye Ada juga yang pasangan yang bawa baby sekali time tengok wayang bila baby tu start nangis bukan salah seorang tu nak bawa keluar sekejap tapi duk try bagi diam baby tu dalam wayang juga. Sebenarnya baby tak suka tempat-tempat yang terlalu ramai orang yang tertutup macam tu tambahan pula tempat tu sejuk aircon kuat dengan bunyi yang kuat jadi ini akan membuatkan baby tak selesa untuk tidur dan xbagus jika terlampau sejuk untuk baby.

Perangai seterusnya pula, pasangan couple…ada yang elok tu takpa la nak tengok wayang sama-sama tapi ni ada yang sesetengah pasangan ni bukan  tengok wayang tapi buat wayang sendiri.Ye betul bagi ampa tempat gelap tak nampak la, pasangan lain pun mesti ada buat la macam-macam la jawapan ampa..ampa sedar atau tidak wayang tu bukan untuk umur-umur yang macam kita ni ja tapi ada juga kanak-kanak yang family mereka bawa sebab ada cerita yang kanak-kanak dibenarkan masuk. Jadi ampa tak terfikir ke kanak-kanak boleh ternampak aksi ampa tu???dah nama pun kanak-kanak ampa rasa mereka akan focus 100%  ke kat cerita tu???Sebab tu juga ada orang kata wayang ni tak elok tempat maksiat la disebabkan apa???disebabkan perbuatan “SWEET” ampa tu la yang ampa anggap biasa tu yang buat orang kata wayang tu tempat tak bagus  padahal tempat tu untuk seronok luangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan.  Ye ada yang kata tak buat apa pon tapi still tak elok dok bercampur dengan bukan yang halal dalam wayang tu tapi jangan la p tambah pula perbuatan yang xsopan tu. Jadi TOLONG la control sedikit perangai ampa tu…kalau gatal sangat kawin lagi senang…tapi jangan pula bila dah kawin ingat boleh buat hal kat wayang ye…bukan takda ye perangai pelik-pelik yang macam tu.. 

Bukan setakat tu je perangai yang ada time wayang…ada lagi ye contoh perangai yang suka tending kerusi. Iqa pernah kena kes macam ni dan iqa pasti korang pun mesti pernah kena kan.Kalau lawak tu maybe la boleh diterima juga alasan tu tapi ni cerita tu takdak lawak pun. Kalau lawak sekali pun jangan la sampai nak kena tendang kerusi tu, kena time ampa tendang kerusi orang tu tengah tengah makan popcorn ???tak ke tercekik kawan tu nanti tak pun kalau kawan tu ada sakit jantung???tak ke terkejut tak pasal-pasal meninggal pulak dalam wayang tu masuk berita pula viral pulak. Jadi tolong la control sikit tabiat tendang-tendang kerusi tu bukan apa takut satgi diri tu yang kena tendang.

Macam-macam perangai kan bila p tengok wayang yang kita akan jumpa time tu tapi tu la bila kita tegur perbuatan mereka tu satu je jawapan mereka akan keluar “ kami pun bayar la untuk cerita ni ingat ampa je ke yang bayar?” bagi iqa dah ampa tau mereka yang lain pun bayar macam ampa bayar untuk cerita tu why ampa tak reti-reti nak hormat keselesaan penonton yang lain???ni bukan soal sapa bayar sapa yang tak bayar tapi ni soal saling menghormati keselesaan sesama penonton.

Selalu sebelum wayang nak start mesti pihak pawagam akan tayang paraturan ketika tengok wayang kan jangan buat bising,jangan tendang kerusi dan yang paling penting jangan merakam ketika menonton tapi iqa tengok still ada lagi yang tak ikut peraturan tu.. ada juga yang buat bising,ada juga yang tendang kerusi ada juga yang merakam walaupun dah diberitahu apa denda yang akan dikenakan bagi yang merakam kan.haihhh …tunjuk p la iklan apa pon tetap akan ada yang langar peraturan tu sedangkan peraturan jalan raya pun tak ikut inikan pula peraturan dalam wayang memang takdak nak jalan la jawabnya.

iqa harap selepas ni yang mana dok suka buat perangai tak hormat keselesaan orang lain tu tolong la berubah ye hormat la sesame pengguna/pelanggan ok..sebab sedangakn kita sendiri mesti ada perkara yang kita tak suka kan jadi begitu juga dengan pengguna/pelanggan yang lain ye..

OK la sampai di sini je tajuk kita pada kali ni ye..jumpa lagi dalam tajuk yang akan dating…tq kerana sudi baca post iqa…Assalamualaikum..bye2