Monday, 20 June 2016

Dunia keluargaku






     Setiap keluarga juga pasti mempunyai haiwan kesukaan masing2 kan?Ada keluarga yg suka semua jenis haiwan dan ada juga yang jenis suka haiwan2 yang kecil2.Jika kita sedar sekarang pon kerajaan kita telah menubuhkan pusat2 perlindungan haiwan dan juga ketatkan undang2 yang berkaitan dengan haiwan.Ini kerana pada zaman sekarang macam2 kes yang melibatkan haiwan seperti kucing dan anjing contoh haiwan2 tersebut dibuang la,didera la apa la ini kerana sikap manusia yang langsung tidak ada sikap perikemanusiaan langsung.

     Ini la dunia keluarga aku..iaitu kucing2 yg comel.Tapi bagi aku dan keluarga mereka bukan la asing dalam keluarga aku.Mama dan papa aku juga sudah anggap haiwan2 ini semua juga anak2 mereka.Aku juga membahasakan diri aku ini kakak dan memanggilnya adik2.Macam mana family aku boleh menjadi pencinta haiwan terutamanya kucing?Jom aku share story ini..

     Sebenarnya arwah tok ayah aku iaitu ayah kepada mamaku.Dia sangat sayangkan haiwan nanak2 kucing.Jika dia terjumpa je kucing2 yang cedera pasti dia akan bawa balik dan ubatkan bila dah sihat dia akan ambik dan bela je terus.Bila dia nak keluar ke mana2 pasti akan bawa makanan untuk diberikan kepada kucing2 jalanan dan liar.Seingat aku...aku ni lahir2 lagi dah di kelilingi kucing2 kalau tak silap aku rumah kampung aku dah terlebihnya kucing2 dalam lebih kurang beratus2 ekor kucing la.Tapi sayang masa kami pindah duduk flat kami terpaksa tinggalkan kucing2 tu yla faham2 sahaja la flat mana nak bleh bela sgt sebab terlampau ramai sgt kucing2.

    Walaupon dah tinggalkan kucing2 tu tapi arwah tok ayah still pergi tengok dan berikan makanan kepada kucing2 tersebut.Tapi sayang seribu kali sayang,satu hari seperti biasa arwah tok pergi untuk bagi makan tapi alangkah terkejutnya semua kucing kami mati sbab termakan racun maklum la x semua yg suka kucing kan.....Aku sangat rapat dengan arwah tok malah aq manja gila dengan arwah tok.Tapi Allah lebih sayangkan tok dan selepas kematian tok,mama aku belikan aku adik  iaitu nurul ayu.Aku namakannya nuru sbab nama aku nurul dan ayu pula sebab perangainya yg lemah lembut dan penyayang sgt.Masa tu aku baru darjah satu jadi ayu la kembarku tapi sayang masa aku belajar di KL dulu ayu dah pon pergi tunggu aku di sana.Sedih sgt yla ayu la tempat aku luahkan isi aty aku dan dia slalu tidur dgn aku.

    Sejak kematian ayu semakin banyak pula kucing2 yang mama aku bawa balik untuk dibela.Kini family aku sedang cuba biasakan diri dengan sugar glider dan hamster yg jenis baka besar.Sugar glider mama aku belikan untukku kerana aku asyik nakkannya dan yang hamster pula Mummy Tan aku iaitu mummy angkat aku yg belikan masa dia tengah bercuti di Australia.Ini kerana dia tau yang aku minat dengan semua jenis haiwan dan arnab yang bernama Panda juga dari dia.Arnab yang kembar tu pula hadiah daripada kawan mama.Kucing yang bernama ku puteh dan oyen tu pula kucing liar tapi dah kami anggap macam keluarga kami juga.

     Jiran2 di kawasan rumahku ini juga merupakan pencinta kucing seperti mama aku.Mama aku siap buat grup ws untuk sembang kucing dgn jiran2 kat sini dan aku juga ikut serta dalam grup ni.Dalam grup ini ada saja info yang dikongsi bersama tentang kucing2 dan cara penjagaannya.Macam2 la dalam grup ni dan mereka juga akan berkongsi tentang telatah2 kucing masing2.Bukan itu saja dalam grup ni juga ada cikgu2 sekolah mama yg dulu turut join dan mereka semua ni sporting dan xkisah sapa2 nak join grup ni pon boleh je .Kalau sapa2 dari pembaca blog aku yg berminat dan nak dapatkan tip2 atau apa saja tentang kucing boleh je bagitau kt tempat komen tu ye..kalau ada yg x kisah blh bagi no fon kat situ ye...

Ok la setakat ni je yg aku dapat kongsikan serba sedikit pasal life aku dan keluarga aku ni...jumpa dlam next post aku nnti ye...bye2

    

Sunday, 12 June 2016

ZAMAN PERSEKOLAHAN

                                                    
     Semua orang pasti mempunyai kenangan masa di zaman persekolah kan?tidak kira la sekolah rendah ke sekolah menengah ke bila di kita teringatkan balik mesti ada yang manis ada yang pahit kan?Bila kita semakin meningkat dewasa pasti kita akan mula rindu pada zaman persekolahan dulu kan.Begitu juga la dengan aku bila aku tengah meningkat dewasa ni bila diingatkan kembali masa sekolah dulu punya la rindu rasa macam nak masuk balik sekolah macam dulu2 balik...

     Kalau diimbaskan balik la kelakar la juga kan..ye la masa mula2 nak masuk sekolah tu mesti kita takut2 kan?nanak bila kena berjauh dengan mak ke ayah ke nenek ke yla sebelum tu kan asyik berkepit je dengan mereka tiba2 kena berjauhan.Kita punya menangis macam nak kena berpisah lama2 padahal sat je pun dalam pkul 1 atau 12 balik la tapi disebabkan takut dan xnak kena tinggal.

    Tapi bila dah lama2 kita seronok pula yla dapat kawan ramai nanak dapat bermain2 kan.Nanak kalau sekolah rendah time tu la kita baru nak kenal macam2 benda yang ada dalam dunia ni jadi kita kadang2 kita sampai x sabar2 nak p sekolah esok kan?yla sebab macam2 aktiviti kat sekolah tu dan boleh bermain dengan kawan2 bila time rehatkan.Aku ingat lagi aku baru darjah 1 dah mula pandai bab couple2 ni sampai la aku tercouple serius dengan first boy aku ni kira sebelum2 tu main2 la time sayang hubungan kami xlama sebab bila seorang mamat sarawak iban  ni iaitu kwan dy juga ..dy lepaskan aku sebab dia tahu budak iban tu sukakn aku.Sejak itu aku teruskan hubungan dengan si brownie tu hubungan kami kira lama juga la selama 6 tahun tapi sebelum kami masuk form 5 kami putus...

   Bila kita dah masuk sekolah menengah pula kita dah mula rasa kurang berminat nak p sekolah sebab kita dah mula rasa diri kita dah dewasa.Dalam hati tu dah mula rasa nak bekerja la siap ada yang nak kawen la..issshh23..Kita dah mula bosan nak belajar nak masuk kelas mula ada saja subjek yang kita ponteng kan yla masuk dalam tandas tunggu sampai habis waktu subjek yang kita xsuka kan.Padahal dulu masa sekolah rendah kita la yang beria2 nak p sekolah awal yla seronok nak kenal benda yang baru.

   Dulu masa sekolah rendah dalam kelas tu,kita punya la aktif ada saja yang nak kita tanya kat cikgu sampai cikgu selalu kata mulut kamu tu x penat ke asyik bercakap je dari tadi..hihihi...tapi bila masuk sekolah menengah hmmm semuanya pakat2 buat hal masing2 ada yang baca majalah la,dengar lagu kat fon,ada yang tidur,bersembang dan ada juga yang cuba nak kenakan cikgu nanak kalau cikgu baru or pelatih sebab nak bagi cikgu tu takut masuk dalam kelas..

     Bukan itu je,masa sekolah rendah dulu rajin je kita buat homework dan bawa je buku teks tu tapi bila masuk je sekolah menengah mula homework tu xsiap la,buku tertinggal la,dan ada juga siap tinggalkan buku2 tu dalam laci meja je dalam beg tu just ada bkas pencil je dan kalau ada yang nak lepak lpas sekolah tu dalam beg mesti ada baju hihihihi...aku pon macam tu la juga ...tapi walaupon aku ada la juga berangan ke tidur ke kedudukan aku dalam sentiasa 3 dan xpernah merosot pon..sebab bagi aku jahat2 tapi bab ilmu jangan kita lupakan terus..geng2 aku dah faham sangat dan depa la yang tolong cver supaya nama aku xtersenarai dalam geng masalah disiplin hihihi...sbab sekolah kami sekolah untuk pompuan je..dan nanak pula sekolah under my mama comfirm3 la aku kena talam dua muka kejap..

    Pakaian time sekolah rendah dengan sekolah menengah mesti la berbeza kalau bagi budak laki masa sekolah rendah punya la baik ..rambut pendek,baju msuk dalam seluar,xlanggar peraturan tapi bila dah masuk sekolah menengah tu hmmmm macam2 fesyen rambut yg mereka buat,baju dah macam gengster,langgar peraturan dan siap ada geng2 pula tu...kalau perempuan plk..hmm dulu sekolah rendah tudung punya la panjng, stoking pnjng,kain labuh tapi bila dah jadi kakak2 tu mula la tudung pon pendek,kain pon dah x labuh,bercinta la, beromen la,bergaduh sbab pakwe la, dan bila habis je time sekolah tudung pon ilang entah ke mano...rambut tu mula la macam3 warna..hihihihi tuan yang sedang bercakap ni pon apa kurangnya time sekolah menengah tu telinga kiri kanan aku tindik penuh plak tu yla pakai tudung kat sekolah mana cikgu nampak..geng2 aku pon try la style tindik aku tu..tudung geng kami xyah nak tanya la depan belakang pendek sampai nampak leher,rambut kami2 pula macam2 warna..aku ingat lgi rambut aku time tu macam perang2 terang pula tu...habis je waktu sekolah lepak rumah kawan la,kat mall la,p rumah pakwe la..tu la kerja geng kami..

    Tapi tu semua dulu lani bila dah masing2 besar ada yang dah keja,sambung belajar la dah kawin la..kalau dulu masa sekolah dalam hati punya dok berdoa bagi habis cepat sekolah sebab dah bosan la,peraturan ketat sangat la...tapi bila dah besar dalam hati tu mesti berkata2 ya allah rindunya time sekolah dlu,kan best kalau dapat pusing balik masa, kan best kalau dapat masuk sekolah balik....adooiiii itu la realitinya...hihihi...termasuk juga la aku..rindu time sekolah dulu2...ok la setakat ni la dulu nanti kita sambung ye tapi topik yang lain la plak ye...bye2

     

Saturday, 11 June 2016

FIKIRAN MANUSIA SEKARANG

                                                          

     Lain manusia lain pula fikiran,lain tempat lain juga cara fikiran sesebuah penduduk itu kan?Ada tempat yang penduduk yang fikiran mereka diluar daripada kotak dan sporting trhadap perkara yang dilihatnya.Contohnya di luar negara,penduduk mereka mempunyai fikiran yang sangat terbuka dan sikap yang sporting.Mungkin di fikiran kita mungkin sebab negara luar beragama lain daripada di negara kita.

    Di Malaysia pula,cara fikiran dan penerimaan sesuatu perkara agak berbeza dengan negara lain.Secara jujurnya apa yang aku dengar kebanyakkan la banyak pemikiran  orang kita cetek or lebih kepada x open minded.Sebenarnya xsalah jika kita mempunyai sikap seperti itu asalkan selagi kita masih ingat yang di atas sana tu sudah.Ini tidak orang kita bila tengok sesuatu perkara tu pasti mereka akan buat kesimpulan yang buruk2 pasal orang tu memang betul kena ada negatif jga xleh la selalu positif je tapi yang aku tengok lebih banyak negatif la ni.Contoh jika kita sesetengah pasangan tu terlebih over ke dok melawak2 la sampai tampar2 tu mesti otak kita fikir issh gediknya,maksiat la apa la..yes memang bersentuhan dengan bkn sah dengan kita tu haram kan tapi kena ingat jga dosa kita fikir buruk2 pasal org tu nanak sampai menghebohkn2nya kpda orang tu lebih brdosa d berat daripada penzina jika xcaya blh bca post iqa yg lps.

    Kalau pasal tengok gejala2 yang makin banyak di sini sekarang seperti les,gay,bapok la,GRO la apa mesti lagi banyak tanggapan yang teruk2 kat mereka.YES ,kerja atau perkara yang dilakukan oleh mereka tu memang berdosa besar tapi itu antara mereka dengan pencipta mereka bukan dengan kita.Apa hak kita nak menghina,nak kutuk or nak menghukum mereka nanak dengan buat xtau kt mereka?kita kena ingat kita ni pon manusia juga pasti ada dosa kita buat dan kita pon xsempurna sedangkan nabi pon ada buat salah juga.Patutnya kalau dah rasa diri tu baik..kita ni kena la beri nasihat kepada mereka dan bantu mereka bukannya makin menghina terhadap mereka.Kadang2 orang yang baik di dunia belum tentu tempatnya syurga dan yang jahil belum tentu tempatnya nereka.

     Bukan itu saja,lani aku tengok bila sesuatu perkara baru masuk ke atau baru dikenal di sini yang nampak cam xok la xkena dengan kita pasti kita labelkannya macam2.nanak bab viral pasal makanan ni xhalal la kosmetik ni xbgus la apa la...mula yang dah bca tu pon ikut sama brckp..ikut tuduh..Aku nak tanya korang ada bukti ke orng tu ada letak bukti ke orang tu tengok sendiri dengan mata kepala sendiri dah ke?kalau betul tengok sendiri boleh tnjuk gambr tempat proses tu?Cuba bayangkan kalau benda tu xbtul la kan tu xdikira kita dah trikut mnfitnah orang ke?brcakap tanpa bukti yang kukuh tu dah kira fitnah..fitnah dosanya lebih berat daripada membunuh.Bagi aku lebih baik kita diam kalau takut betul kita xyah guna dah tapi ni belum tentu betul ke korang dah p sebarkannya kalau perkara tu betul xpa ni kalau bukan cam na xpasal2 dosa balik yg kita dapat nanti.

     Orang kita pun lani kalau ada tengok orang tu terima ujian yang berat ke or pelik pasti dah mula berfikir dia ni mesti banyak buat dosa sebelum ni tu yang macam2 benda jadi kt dia tu.Itu je ke yang korang boleh fikir?dah xdak benda lain dah ke nak fikir slain tu?nanak kalau ujian tu dterima oleh orang yang sudah tiada .Cuba la sesaat ke sekejap ke korang berfikir benda yang elok2.Kadang2 sampai x hormat ahli keluarga si mati dan jenazah.Kalau korang setakat mai melawat untuk mengata better xyah datang daripada buat dosa.Kalau betul si mati pernah buat salah tu antara dia dengan tuhan yang kita ni yang masih hidup patutnya ambik perkara yang kita lihat sebagai iktibar untuk diri kita bukan lpas balik tengok jenazah tu korang p buka aibnya kat orang lain.

   Bila aku fikir balik memang betul kata orang.Kadang otak orang melayu terlampau cetek memang kita ni islam tapi jangan sampai kita sendiri terbuat dosa balik sudah la.Ni la yang salah atau dosa yang kita sendiri tak sedar sama ada kita ada buat ke tak.Kita ni manusia ada akal untuk berfikir jadi gunakan akal tu fikir secara logik dan dalam masa yang still tidak lari dari agama ye.Jangan sampai dikatakn binatang lebih pandai daripada manusia pula nanti...renung2kan la ye...bye ....

Thursday, 9 June 2016

PERSAHABATAN

       Sahabat...hmmm ...bila masuk je bab sahabat nie mula pasti masing2 akan buka cerita pasal sahabat masing2.Cerita macam mana depa kenal la,pasal apa aktiviti depa dua,apa yang depa lalui bersama la itu la ini la.Tapi sebenarnya kita faham tak apa betul2 maksud sahabat ini?Kalau setakat sahabat  semua orang boleh jadi sahabat kita tapi kita pasti ke mereka betul2 sahabat sejati kita?

      Jika kita perasaan  ada satu ayat dalam cerita P.Ramlee iaitu cerita keluarga 69 tentang sahabat or kawan ni .Yang di mana kawan time seronok memang ramai gila tapi bila time susah punya payah la nak ada.Itu ke yang boleh dipanggil sahabat sejati?.

    Maksud sahabat sejati ni bagi iqa la..sahabat yang sentiasa ada di sisi kita selain keluarga kita.Tidak kira time senang atau pun time kita dalam kesusahan dan sentiasa ada dengan kita di saat kita memerlukan kata2 semangat dari mereka.Bukan itu saja sahabat sejati juga  yang sentiasa menegur dan menasihati kita jika kita ada buat kesalahan.

     Sahabat sejati iaitu sesorang yang mampu menerima baik buruknya kita ini.Yang sentiasa menjaga aib kawannya walaupun bergaduh sekali pon.Di samping itu,yang memahami diri kita ni seperti mana keluarga kita faham kita.Di zaman sekarang ni susah nak cari sahabat yang sejati tapi yang semakin ramai sekarang ni berkawan untuk manfaat saja atau pun friend for benefit.Maksudnya seseorang yang berkawan dengan kita bukan atas dasar merka ikhlas dengan kita tapi mungkin atas sesuatu kelebihan yang ada pada kita untuk kepentigan mereka saja.

     Iqa pun ada sahabat sejati..sahabat yang iqa kenal di dalam kelas dan sahabat masa iqa first time masuk kolej dan hostel.Sahabat yang kenal di dalam kelas ialah tasha,ain,nadia,sabrina dan syira.Alhamdulillah mereka berlima sentiasa ada untuk iqa disaat iqa happy dan kesedihan.Mereka la menjadi tempat iqa bercerita tentang segala apa yang iqa rasa dan tidak ada satu perkara pon aku sembunyi dari mereka kerana aku sudah anggap mereka seperti adik beradik kandungku sendiri.Mereka sentiasa memberi nasihat dan teguran kepada aku jika aku ada buat salah.Mereka juga sentias membantu aku di dalam pelajaran apa yang maklumat kami tahu pasti kami kongsi bersama di dalam grup ws.

      Sahabat yang aku kenal semasa aku masuk bilik hostel baru pulak ialah kak efa dan boynya abg edy.Walaupun kami sebenarnya sama umur tapi aku tetap panggil mereka dengan gelaran abg dan kak ini kerana mereka sudah sem4 aku pula sem 3 dan kerana perwatakan aku yang manja dengan orang di samping aku.Mereka berdua juga sama seperti sahabat aku yang lima orang tu.Mereka sentiasa ada disaat aku happy disaat aku kesedihan.Mereka la juga jadi penasihat dalam hubungan aku dengan boy aku dan sentiasa tolong perbetulkan jika kami berdua bergaduh.Depa juga selalu membantu aku di dalam pelajaran yang aku tidak faham dan mereka akan mengajar aku sampai aku faham.

     Sejak aku mengenali mereka semua sedikit demi sedikit segala kesedihan yang aku rasa di KL semakin hilang.Mereka juga menjadi pembakar semangat untukku disaat aku mula merasa down.Sejujurnya aku mula rasa diri aku ni lengkap kerana aku sudah mempunyai abg dan kak walaupon bukan kandung tapi mereka layan aku seperti adik kandung mereka.Lima orang sahabat aku pula merupakan sahabat yang paling baik yang belum pernah aku kenal sebelum ini.Keluarga aku yang sentiasa ada untukku dan sentiasa cuba menunaikan segala permintaanku.Boy yang baik dan penyabar dengan sikap budak2 aku ni.Mereka semua la sahabat sejatiku di dunia dan akhirat..semoga hubungan kami tidak pernah putus sampai jannah ..amin...
 
tiqah comel hacked by tasha comel ;p

Monday, 6 June 2016

LAGU GAMBARAN HATI

                                                          
       Setiap orang yang bercinta pasti mempunyai lagu yang melambangkn kisah cinta mereka kan?tidak kiralah remaja,dewasa atau pun orang yang lebih tua ini pasti jika ingin menunjukkan bagaimana perasaan mereka pada pasangan masing2 mesti melafazkan melalui lagu2 yang mereka dengar yang mereka rasa lagu itu sesuai dengan kisah perhubungan mereka.Ada juga yang sampai menulis lagu sendiri untuk pasangannya.

     Sebenarnya lagu itu merupakan satu cara yang paling dekat untuk seseorang itu meluahkan isi hatinya pada orang yang mereka cintai.Lagu dijadikan sebagai gambaran hati dan perasaan mereka melalui setiap baris lirik lagu dan dari setiap maksud ayat lagu itu.Mungkin bagi mereka ianya lebih senang untuk dilafazkan daripada melafazkannya terus kepada orang itu.Bukan itu saja bila dilafazkan melalui lagu ianya mampu membuatkan orang yang mendengar akan sentiasa ingat tentang perasaan pasangan itu dan memori mereka bersama.

     Bagi iqa meluahkan perasaan melalui lagu cara yang paling terbaik sebab bagi iqa ianya betul2 daripada hati orang yang mencintai kita terutamanya apabila mereka buat sendiri lagu itu kerena sewaktu mereka menulis mereka banyak mengikut apa yang telah mereka lalui bersama dan apa yang dirasai oleh mereka pada masa itu terhadap pasangan mereka tu.Mungkin ramai tidak perasan apabila kita mendengar sesuatu lagu terutamanya lagu sedih pasti dengan tak sedar air mata kita pasti mengalir keluarkan sedangkan kita just mendengar bukan melihat kisah disebalik lagu tu .Ini kerana lagu tu merupakan gambaran hati si penulis dan si penyanyinya.

    Mungkin bagi sesetangah orang akan kata malu jika nak luahkan melalui lagu tapi sebenarnya lagu lagu tulah yang mampu membuatkan seseorang tu faham perasaan dan hati kita kepadanya.Sejujurnya iqa dengan pasangan iqa pon mempunyai lagu tema percintaan kami iaitu memori berkasih mungkin orang lain kata apa yang samanya,macam tak kena je dengan lagu..tapi sebenarnya lagu itu memang sama apa yang kami dua rasa.Setiap lirik tu memang sama dengan iqa rasa apa bila tengah berjauhan..merajuk... dan waktu kami meluangkan masa bersama.

    Lagu juga boleh dikatakan lukisan hati cuma bezanya lirik mengambarkan perasaan tapi lukisan plak melalui apa yang dilukiskan oleh pelukis itu tapi kedua2nya hampir sama hanya kita yang perlu memahaminya dengan sedalam2nya sehingga ke hati kita yang paling kecil skali.Jika kita teliti balik mana2 negara pon pasti lagu yang dijadikan pilihan bagi setiap pasangan yang sedangkan hangat bercinta.Dalam cerita2 dulu dan sampai sekarang pon disbalik cerita drama tu pasti terselitnya lagu kan?

    Kalau lukisan bila lama2 disimpan pasti akan buruk juga kan pasti akan pudar kan?dan kalau trkoyak or trbakar pasti akan ilang bentuk maknanya kan?tapi lagu hmmm mungkin kertas lirik lagu boleh rosak tapi lirik yang sudah tersimpan di dalam otak tidak mungkin boleh ilang,kabur atau koyak seperti lukisan atau benda lain kan...memori pon akan tidak pernah ilang atau pon pudar kerana lirik lagu itulah gambaran hati,perasaan dan memori sesbuah hubungan itu.setakat itu lah untuk kali ini ye...bye12