Thursday, 9 June 2016

PERSAHABATAN

       Sahabat...hmmm ...bila masuk je bab sahabat nie mula pasti masing2 akan buka cerita pasal sahabat masing2.Cerita macam mana depa kenal la,pasal apa aktiviti depa dua,apa yang depa lalui bersama la itu la ini la.Tapi sebenarnya kita faham tak apa betul2 maksud sahabat ini?Kalau setakat sahabat  semua orang boleh jadi sahabat kita tapi kita pasti ke mereka betul2 sahabat sejati kita?

      Jika kita perasaan  ada satu ayat dalam cerita P.Ramlee iaitu cerita keluarga 69 tentang sahabat or kawan ni .Yang di mana kawan time seronok memang ramai gila tapi bila time susah punya payah la nak ada.Itu ke yang boleh dipanggil sahabat sejati?.

    Maksud sahabat sejati ni bagi iqa la..sahabat yang sentiasa ada di sisi kita selain keluarga kita.Tidak kira time senang atau pun time kita dalam kesusahan dan sentiasa ada dengan kita di saat kita memerlukan kata2 semangat dari mereka.Bukan itu saja sahabat sejati juga  yang sentiasa menegur dan menasihati kita jika kita ada buat kesalahan.

     Sahabat sejati iaitu sesorang yang mampu menerima baik buruknya kita ini.Yang sentiasa menjaga aib kawannya walaupun bergaduh sekali pon.Di samping itu,yang memahami diri kita ni seperti mana keluarga kita faham kita.Di zaman sekarang ni susah nak cari sahabat yang sejati tapi yang semakin ramai sekarang ni berkawan untuk manfaat saja atau pun friend for benefit.Maksudnya seseorang yang berkawan dengan kita bukan atas dasar merka ikhlas dengan kita tapi mungkin atas sesuatu kelebihan yang ada pada kita untuk kepentigan mereka saja.

     Iqa pun ada sahabat sejati..sahabat yang iqa kenal di dalam kelas dan sahabat masa iqa first time masuk kolej dan hostel.Sahabat yang kenal di dalam kelas ialah tasha,ain,nadia,sabrina dan syira.Alhamdulillah mereka berlima sentiasa ada untuk iqa disaat iqa happy dan kesedihan.Mereka la menjadi tempat iqa bercerita tentang segala apa yang iqa rasa dan tidak ada satu perkara pon aku sembunyi dari mereka kerana aku sudah anggap mereka seperti adik beradik kandungku sendiri.Mereka sentiasa memberi nasihat dan teguran kepada aku jika aku ada buat salah.Mereka juga sentias membantu aku di dalam pelajaran apa yang maklumat kami tahu pasti kami kongsi bersama di dalam grup ws.

      Sahabat yang aku kenal semasa aku masuk bilik hostel baru pulak ialah kak efa dan boynya abg edy.Walaupun kami sebenarnya sama umur tapi aku tetap panggil mereka dengan gelaran abg dan kak ini kerana mereka sudah sem4 aku pula sem 3 dan kerana perwatakan aku yang manja dengan orang di samping aku.Mereka berdua juga sama seperti sahabat aku yang lima orang tu.Mereka sentiasa ada disaat aku happy disaat aku kesedihan.Mereka la juga jadi penasihat dalam hubungan aku dengan boy aku dan sentiasa tolong perbetulkan jika kami berdua bergaduh.Depa juga selalu membantu aku di dalam pelajaran yang aku tidak faham dan mereka akan mengajar aku sampai aku faham.

     Sejak aku mengenali mereka semua sedikit demi sedikit segala kesedihan yang aku rasa di KL semakin hilang.Mereka juga menjadi pembakar semangat untukku disaat aku mula merasa down.Sejujurnya aku mula rasa diri aku ni lengkap kerana aku sudah mempunyai abg dan kak walaupon bukan kandung tapi mereka layan aku seperti adik kandung mereka.Lima orang sahabat aku pula merupakan sahabat yang paling baik yang belum pernah aku kenal sebelum ini.Keluarga aku yang sentiasa ada untukku dan sentiasa cuba menunaikan segala permintaanku.Boy yang baik dan penyabar dengan sikap budak2 aku ni.Mereka semua la sahabat sejatiku di dunia dan akhirat..semoga hubungan kami tidak pernah putus sampai jannah ..amin...
 

No comments:

Post a Comment