Thursday, 27 December 2018

Sana Sini Geng Gossip

Image result for gambar orang bergosip



Dalam dunia ni satu benda ja kita p mana pon mesti ada...dan benda tu pon xkira usia...xkira la budak2 ka,zaman sekolah ka,zaman kolej ka U ka atau kerja mesti ada...kita xkan dapat lari. Benda tu ialah GENG GOSSIP..Bila adanya geng gossip ni mesti ada ja gossip or "berita". Dah jadi macam satu kwajipan ja gossip tu dalam diri depa. Senang cita macam dalam movie "Mami Jarum" tu tengok je la macam mana geng2 tu punya gossip dan cara depa punya bergossip.Tapi apa yang menyakitkan hatinya kalau dengan kita sekali kena gossip.

Well macam aku kata tadi kalau mai bab geng gossip ni memang kita tak boleh lari...nak tutup mulut depa???lagi la takkan boleh jadi...pakai p la ceramah pon memang takkan jalan. Aku pasti ada juga diantara kita mesti selalu terkena or terlibat dalam gossip tu kan.Jujur aku pun pernah lalui dan aku faham rasa sakit hati, panas hati, panas telinga tu macam mana..rasa sakit tu Tuhan je la tau dan Aku rasa panas hati tu kalau guna untuk rebus telur memang menjadi telur tu. 

Kadang2 sebenarnya perkara / cerita itu kecil je pon dan tidak la seteruk mana tapi biasa la bila keluar dari mulut orang yang berlainan mesti cerita tu ada saja penambahan ..ada juga sesetengah tu yang benda yang tak ada diada2kan dan benda yang ada tak pula diceritakan. Tu pon boleh jadi penyebab gossip tu panas sampai hati orang tu pon rasa panas je macam bara api. Bagi aku gossip ni seumpama permainan telefon karat yang kita dok main kat sekolah tu..nak tau sebab apa aq kata macamtu???sebab orang yang pertama yang nampak or baca tu dia tau apa benda tu tapi bila pemain kedua ketiga yang sambung sampai kan dah berlainan  dan kita tak kan tahu perkara yang sebenar kalau bukan kita yang baca or nampak..macam tu la juga geng2 gossip ni sebab tak semua yang nampak apa yang jadi sebab yang lain hanya mendengar dari mulut yang lain juga.

Punca lain yang boleh timbul juga gossip ni...kadang2 dari diri si tukang gossip ni juga...maybe bagi dia apa yang dia kata tu betul dan rasa macam niat dia nak bagi or tunjuk kebenaran tapi endingnya dah jadi makin serabut sebab lagi banyak mulut yang heboh kan..tetapi ada juga yang sebenarnya guna satu cerita yang dia sendiri simpan or dapat tu untuk tujuan nak jatuhkan orang yang terlibat dalam gossip tu maybe ada yang dia tak puas hati ke or tak boleh tengok orang tu lebih dari dia ka..itu boleh jadi...ada pula yang sesetengah kaki gossip ni gunkan cerita tu untuk depa api2kan orang2 yang dalam gossip tu pon boleh jadi juga.

Kadang2 yang boleh jadi gossip ni juga sebab mereka suka kaitkan sesuatu sama ada perkara tu sudah lama atau pon di mata depa ja yang nampak benda tu macam ada kaitan sedangkan benda tu tak berkait dan tak masuk akal pon kalau kita tengok slow2 balik gossip tu. Dan bagi depatu benda betul la yang depa sampaikan or yang depa gossipkan...Sampai depa terlupa tentang sesuatu..yang perkara betul tu mengata yang tak betul tu fitnah dan dua2 tu berdosa besar..yela sebab orang yang depa cakap tu saudara seislam dengan depa dan belum pasti lagi orang tu bersalah ke tak..dan kalau betul salah sekali pon itu adalah aib orang tu..

Ada sesetengah orang baru je terkena gossip memang akan cepat marah dan ada lebih teruk sampai p serang bergaduh sakan atau ada pula yang jenis akan balas balik.Bagi aku geng gossip ni tak ada guna kalau kita nak p serang ke ajak bergaduh pon sebab kalau kita p serang ke ajak bergaduh balik2 kita kena balik ...nak tahu apa yang geng gossip ni akan jawab kat kita?? kalau tak betul yang kau nak kena marah2,terasa ni kenapa???kalau tak salah tak yah nak marah bagai..tak pon depa akan kata sapa yang termakan cili dy yang terasa pedasnya.Makin bertambah la rasa sakit hati kita ni balik bila bercakap dengan Geng Gossip ni.

Cara terbaik untuk elak dari rasa sakit hati dengan geng yang macam tu dengan cara biar je yes aku tau makin kita biar makin pulak telinga kita panas dengarkan tapi mulut manusia sampai mana depa larat nak bergossip..lagi satu jenis depa ni selagi tak kena dekat batang hidung  sendiri memang tak akan sedar tak akan bertaubat la macam cerita Mami Jarum tu la endingnya bila dah kena kat diri sendiri tahu pula malu yang sebelum ni yang dy dok bergossip pasal hal orang lain dy ingat depa tu tak terasa malu.

Manusia ni selagi depa sendiri tak rasa depa tak akan faham apa yang orang lain rasa.Tu yang selalu kita dok dengar ayat kau tak dok tempat aku so kau tak akan faham perasaan aku ni. Aku ni memang selalu terkena gossip masa dok belajar kat kl kena gossip,masa dok belajar kt sini dulu pon kena gossip..masa mula2 terkena gossip tu panas la juga hati telinga ni tapi bila lama2 asyik terkena gossip padahal aku tak ada kaitan pon dalam cerita tu aku dah tak rasa apa2 dah sebab aku fikir tak pa Allah ada dan Allah nampak apa yang berlaku so buat apa nak kena peduli mulut orang dan orang yang dok dengar tu aku anggap je orang2 yang bodoh,tak ad kerja tu je simple..

Ada juga yang tanya macam mana aku hadap dengan perkara yang bagi sakit hati or macam mana nak kuat kalau hati selalu disakiti tak kisah sebab ap pon..benda tu senang je..

1.Setiap kali lepas solat baca atau kita dengar la bacaan ayat AI-Quran dan faham la setiap maksud di dalamnya sebab dari situ kita akan dapat kekuatan untuk berdiri tak kisah kita sakit kena gossip ke,kena tipu ke atau apa2 la insyaallah kalau kita amalkannya setiap hari hati kita akan kuat dan tenang.

2.Banyakkan selawat or berzikir..tak kisah la sambil kita bawa keta ke buat keja rumah ke assignment ke ap boleh je sebab ni aku akan buat sambil2 buat keja lain. Insyaallah segala kesedihan,kesakitan atau kemarahan tu akan hilang dan dari situ kita dapat latih hati kita supaya bersabar.

3. Mula keringkan hati tapi jangan pula sampai kita jadi tak berhati perut..cukup je untuk kita kuat menghadapi segala masalah yang datang sebab selagi kita dok layankan perasaan tu  percaya la selagi tu kita terasa sakit..so buat kering je bila berhadapan dengan sikap manusia ni

4. Mula pentingkan hati kita ni dulu ye sebab satgi dalam dok sibuk hal orang hati kita pula akan terasa. tapi jangan pula kita jadi jahat..sebab nanti tak ada beza kita dengan orang2 yang dok buat kita tu.

5.Pekakkan telinga dan set dalam kepala otak kita ni biar la beribu mulut jahat sekali pon nak mengata ke bergossip ke asalkan Allah tahu setiap perbuatan yang kita buat setiap hari.

Lima perkara ni aku amalkan bila setiap kali ada benda yang datang...so maybe yang dok terkena gossip ke fitnah ke kena tipu atau apa pon boleh la amalkannya. Daripada kita dok p bergaduh dengan geng tu tapi tak boleh nak ubah apa2 dan makin sakit hati baik buat benda yang bagi tenangkan hati sekali tu dapat pahala sekali.

Geng Gossip ni  memang kita dah tak boleh buat apa dah...sebaliknya kita just berdoa semoga Allah tunjukkan kebenaran tentang perkara yang libatkan kita dan semoga diberikan kesedaran kepada geng2 yang macam tu...amin...

ok la sampai sini je topik kita kali ni ye....insyaallah nanti kita jumpa lagi dalam post yang baru ye..tq sebab sudi baca post kita yang tak seberapa ni.. bye2...assalamualaikum...






Monday, 19 November 2018

SEBELUM DAN SELEPAS KAHWIN

Image result for perempuan sebelum dan selepas kahwin kartun


Selalu kita tengok orang perempuan ni sebelum kahwin ini kalau bersiap perhhh lawa gila nanak time kapel bukan main lawa kalau boleh nak pakai foundation sampai 10 jenama la..tudung pula setiap kali keluar macam2 style sampai aku rasa pakwe tengok pon pening cam mana awek dy ni pakai...Ada pula yang jenis time sebelum kahwin ja jaga badan berdiet bagai punya beria-ria la tapi bila dah kahwin tak pun...kenapa agaknya ye???


Kadang-kadang aku ada juga dengar or tengok la ada yang diantara mereka berfikiran or beranggapan kalau dah berkahwin dah tak perlu berhias sebab yela dah jadi laki mesti la dia sayang kita dan tak tinggal or xtmbah lagi kalau tak sayang kenapa dia pilih kita betul tak?ada pula yang jenis fikir tak yah nak jaga badan la apa la sebab terkait dengan konsep terima seadanya la..maybe sebab ini kut perempuan ni kalau dah kahwin dah tak peduli.

Bagi aku la sebelum ke selepas kahwin ka kita ini orang perempuan memang nak kena jaga badan berhias bagai..sebab untuk diri kita juga dan bagi yang ada suami tak salah pun kalau kat dalam rumah pun kita nak berhias. Aku kata macam ini sebab selalu aku tengok bila dah kahwin orang perempuan ini dah tak ambil peduli pon pasal penampilan mereka depan suami nanak pula kalau yang dah ada anak...yang baru ada anak satu pun aku tengok dah tak jaga badan apatah lagi kalau yang anak ramai.

Selalunya yang punca isteri-isteri dah tak jaga penampilan sebab sibuk dengan urusan anak-anak so takda masa la nak berhias nak jaga badan bagai. Yes urusan anak-anak memang penting tapi tu bukan alasan untuk kita abaikan perkara yang penting juga.Ambik contoh dari cerita Aksi Si Kucing...perempuan yang telah berkahwin,suri rumah sepenuh masa dan ada anak satu.Apabila ada anak terus abaikan tentang penampilan di depan suami. Disebabkan itu suami dia mengatal dengan perempuan lain.

Isteri ini selalu bila suami dekat or berkawan dengan perempuan lain baru nak cemburu nak merajuk bagai kan.Bagi aku buat apa time tu baru nak persoalkan why suami kita rapat or tertarik dengan perempuan lain.Sebelum kita nak marah suami kita or nak pergi serang perempuan yang dok dekat dengan suami kita tu...apa kata kita dok sat dalam bilik ke or keluar la p mana2 sambil tu fikir apa punca utama dia..sebab selalunya pokok xkn brgyang klu takda angin yang brtiup.Yes memang sepanjang kahwin tu kita dah cukup jaga makan pakai dia..semua lengkap...ini yang selalu para isteri still xfaham tang mana masalah or punca dia.

Maksud aq kat sini yes kita memang jaga makan minum pakai laki kita lengkap elok la semua tapi aq perasan isteri2 ni lupa ssuatu tentang penampilan diri depan suami.Contoh suami balik dari kerja penat2,hadap jem lagi,stress dengan kerja bila balik mereka nak juga pemandangan yg lawa tapi ni sekali buka pintu rumah boleh kena sakit jantung mau taknya muka isteri penuh dengan bedak sejuk,baju pula baju kelawar, rambut sanggul cam orang dok pantang.Jujur kalau aq jadi suami pon aku pon hilang selera tengok ni la juga suami2 dok pasang dua tiga empat ni.

Tak salah pon kan kalau kita berhias2 pakai lawa2 sexy,makeup sikit tapi jangan sampai macam wayang cina yang tu laki pon takut tengok malam2.Lagi pon dalam islam pun memang ada suruh isteri2 berhias untuk suami asalkan tak langgar hkum dan ikut syariah.Baru la encik abang pon tak pandang perempuan lain dah yela isteri kat rumah sikit punya lawa gila.Ni isteri2 tak mau jaga badan penampilan semua mau taknya perempuan lain yang dok mai melekat kat laki kita.So sebelum nak marah perempuan tu tengok dan bandingkan diri kita why suami kita boleh suka kat perempuan tu..kalau perempuan tu body lawa kita pon pasang la body lawa kalau perempuan tu makeup lawa kita pon pakai la makeup..Ni kita dok p serang ingat perempuan tu nak takut baliknya dia kata dalam hati memang patut pon suami dia ni cari aku tengok la pakaian pon dah macam mak cik.

Jadi sebenarnya tak salah pon kalau kita nak berhias dalam rumah...tak yah nak makeup over2 natural dah la..asalkan kita selitkan sikit unsur sexy tu...pasang badan kalau keluar duit sikit pon takpa la demi suami dan demi rumahtangga korang juga...yang si suami pon kalau tengok isteri tak perasan bab tu jangan la terus pasang skandal apa salahnya bawa isteri p shopping belikan baju yang sexy ke baju tidur yang lawa ka takpon bawa p spa bagi lawa cari la spa yang harga pon elok murah..tak salahkan kalau abiskan duit kat isteri tu pon untuk korang juga sedap sikit mata nak tengok setiap malam setiap pagi tu.

So isteri-isteri yg diluar sana tu tolong la ambil berat sikit tentang penampilan diri depan suami.Sebab zaman lani laki tak sama sangat cam zaman mak ayah kita..zaman mereka boleh la dok guna cara jaga makan mnum suami la/ikat perut suami dengan masak sedap2 la baru tak cari lain..sorry tak ada dah macam tu sayang2 oiii...lani dua benda kita kena jaga pertama makan minum semua tu kedua jaga "hubungan" kita dengan suami melalui penampilan diri yang meletop,lawa,sexy tu. Dan kita kena ingat ye perempuan ni bukan muka ja penarik untuk suami tapi sebenarnya satu badan kita ni la penarik lelaki asalkan kita rajin dan pandai jaga..jangan la muka lawa macam artis tapi body kita k.o...kena dua2 ok lawa meletop baru encik abang hari2 sayang..Hari2 meow bukannya hari2 takmauwww.

So aq harap korang faham la dengan apa yang aq cuba sampaikan ni sebab setiap masalah ke apa ke mesti ada puncanya yang tersendiri..kita yang kena cari puncanya bukannya cari salah orang lain..kerana kadang2 punca tu maybe datang dari diri kita ni juga cuma kita ni manusia tak sempurna tapi kita mampu selesaikan masalah kita dengan cara yg betul.

ok la sampai sini je tajuk kali ini...tq kerana sudi membaca post ni..bye2 ...assalamualaikum..

Thursday, 8 November 2018

AWASI ANAK-ANAK ANDA

Image result for anak anak dan ibu bapa

Selalu kita dengar orang2 yang ada anak ni cakap anak-anak ni anugerah dari Tuhan untuk kita jadi kita kena jaga dan didik mereka betul2. Ada juga yang cakap anak-anak ini harta mereka dan nyawa mereka.Tapi kenapa aku tengok sekarang macam beza sungguh dengan apa yang mereka cakap dekat kawan2 or orang lain yang belum ada anak ni...Maksud aku tengok sekarang makin banyak ibubapa yang kurang peka terhadap anak-anak mereka terutamanya keselamatan anak-anak tersebut. Why aku kata macam tu?

Kes 1
Sebab sekarang aku tengok banyak ibu bapa yang macam ambik mudah dalam soal jaga anak-anak. Seperti contoh, di kawasan perumahan yang taman2 ni..waktu petang mesti ada anak-anak keluar bermain di taman tak kesah keluar bermain bola ka,main basikal ke ap kalau kita perasan tak banyak yang ditemani dengan ibu bapa atau pon orang lebih dewasa.Hanya beberapa saja yang datang dengan ibubapa yang selebihnya anak-anak datang seorang diri atau bersama rakan2 ke abang mereka yang sama umur dengan mereka.Ada yang setengah tu baru darjah satu dan bawa adik kecik mereka yang baru tadika keluar bermain bersama..

Maybe mereka rasa anak-anak mereka keluar ada teman xkisah la kawan ke adik kecik mereka ke ap asalkan berteman..bagi aku itu tetap bahaya kerana teman yang ikut mereka tu pon masih kecil dan sangat la bahaya bagi mereka.Mungkin ada juga yang jenis nak ajar anak berani keluar bermain sendiri yes nak ajar boleh memang tiada masalah tapi bagi aku tengok la dulu budak tu umur berapa sedangkan orang dewasa pon ada yang kena culik bagai apalagi budak2 yang baru nak kenal dunia.Aku tak faham sama ada mereka ini sedar atau pon x yang dunia sekarang makin banyak jenayah dan zaman ni bukan macam zaman2 atok2 nenek 2 yang kereta motor tak banyak tapi basikal yang banyak.

Nama pon kawasan perumahan,kawasan taman mesti la banyak kereta motor yang lalu nanak waktu petang orang dok balik keja tak pon orang yang keluar nak p keja malam. Yes orang yang bawa motor kereta ni kena bawa slow bila di kawasan taman sebab budak2 dok bermain tapi yang ibu bapa pon kalau dah tahu banyak kereta motor lalu awasi la anak-anak yang dok bermain tu.Bukan apa sebab kalau la tiba2 anak-anak tu kena langgar baru nak riuh setaman,nak saman bagai orang yang langgar tu..yes memang salah tapi punca yang utama yang boleh kena langgar tu sebab tiada pengawasan ibu bapa atau orang dewasa.Sama la juga yang satgi kalau anak tu kena culik baru nak p bernanggis kat balai polis sampai polis sakit telinga dengar.Mula la kata penculik,pembunuh or perogol tak ada hati perut la apa sebab buat kat anak mereka macam2 padahal mereka pon tak awasi anak-anak mereka keluar bermain.Time tu kalau rasa nak menyesal pon dah tak ada guna sebab kalau kita jaga elok2 memang tak kan jadi benda buruk.

Perbuatan tu sebenarnya seumpama macam kita beri laluan kepada si penculik tersebut macam pintu la..kalau kita tak buka pintu luas2 ada ke orang luar boleh masuk??tak boleh kan??Ada yang setengah tu yang dok lepas anak-anak main kat luar tu sebab nak rehat,nak masak la apa la kan..tu sebab biar ja anak-anak merata.Bagi aku kalau tak nak anak-anak kacau beli mainan banyak2 kalau mahal tu p beli kat kedai 2 ringgit tu murah2 ...beli banyak2 longgok la depan ruang tamu bagi anak-anak main puas2 or bagi p la anak2 tengok cerita kartun..download or record banyak2 pon tak pa sebab satgi depa letih depa tidur la sendiri..nak lagi bagus bagi anak2 tengok kartun yang ada pelajaran or beli buku cerita senang tak ada la mereka main kosong.Kalau rasa tak larat nak kemas ajar la budak-budak tu kemas dah kalau biar anak-anak keluar suka hati tu sebab konon nak ajar berdikari lebih baik ibu bapa ajar anak-anak belajar kemas sendiri barang permainan or bacaan mereka.

Kes ke-2..
yang jenis ibu bapa yang dok suruh or biar anak-anak keluar p kedai beli barang. Kalau anak-anak tu sekolah menengah tak pa la ni yang kecik2 baru darjah berapa..ni pon alasan konon nak ajar anak-anak berdikari la beli barang sendiri la pandai bayar sendiri la apa la....perkara macam ni selalu kita dapat tengok kat kawasan perumahan kita ni..ni semua pun nak bagi anak kena culik la tu..macam kes dulu la...ada juga yang biar anak-anak p pasar malam seorang diri la.Kalau aku aku rela p keluar beli bawa anak-anak walaupon penat baru balik keja tapi rela lagi dari anak kena culik ke kena langgar kereta ka apa.Sebab satgi kalau nak menyesal pon memang tak ada guna sebab bukan boleh patah balik betulkan keadaan or dapat balik anak-anak tu.

Kes ke-3
 ibu bapa bagi je anak-anak keluar naik motor or bawa kereta tanpa lesen dah la tu anak-anak pula kecik lagi.Yang ni aku selalu tengok dekat kawasan rumah aku,anak-anak dok bawa motor petang2 keluar p pasar malam la dengan kawan la...maklum la faham2 budak-budak kalau dah dapat motor bawa macam mana..dah serupa litar sepang jalan tu dibuatnya.Kalau jadi apa2 mesti salahkan orang yang langgar la saman lagi,dakwa lgi..padahal punca utama tu dari mana ye???bagi keluar naik motor tanpa lesen ada pula yang baru sekolah rendah yang bawa lepas bila kena nak salah orang lain.Cuba fikir balik kalau ibu bapa bertegas dan peka rasa2nya akan jadi ke benda buruk???

Kes ke-4.
.kes ni ada kaitan dengan kes ke-3..sebab yela yang anak-anak laki ni bila dah boleh bawa motor suka hati ni la yang dok jadi macam2..merempit la dok bawa anak-anak dara orang p merata la..bagi si laki rasa cam hebat la dapat bawa awek p merata yang si awek pula rasa cam bangga la pakwe bawa naik motor kena pula dapat pakwe yang motor besar lagi sedap la..tu yang banyak project merata tu dan tu la juga punca buang bayi pon meningkat.Ini kalau dari awal lagi ibu bapa ambik berat dan jaga anak-anak,didik dengan cara yang betul insyaallah anak-anak tu selamat,jadi anak-anak yang baik dan ibu bapa pon tak sakit kepala tak kena darah tinggi hari2.

Kes ke-5..
jenis ibu bapa yang nak bawa anak-anak p jalan2,shopping konon happy family la,nak spend masa dengan anak-anak la...tapi endingnya bila sampai kat satu tempat tu or mall tu anak-anak jadi macam anak ayam,kambing ye la merata dok berlari yang si abang ke kiri yang si kakak ke kanan yang si adik dok ke depan.Perkara ni aku selalu tengok kat mall or mana2 tempat untuk bercuti.Ini pun merupakan punca anak-anak hilang la.Kalau kat mall ibu bapa sibuk dok tengok barang masing2 sampai biar ja anak-anak berlari merata sama la juga kalau p bercuti yang ibubapa sibuk nak bergambar berdua untuk letak dalam fb ke ig dengan caption percutiaan or honeymoon lagi..yang si anak-anak tu entah ke mana.Bila dah nama pun cuti or hujung minggu mesti la ramai ibu bapa bawa keluarga jalan2 dan penculik pon dah ready dalam kereta sebab tau sangat dah time cuti mesti banyak budak-budak.

Aku rasa lani pon banyak dah berita2 pasal anak-anak zaman ini..kadang2 aku rasa macam betul la kata dalam cerita mami jarum..tau beranak ja jaga tak tau esok ni kalau jadi apa2 baru nak teriak..kadang2 ada juga yang jenis bila orang tegur kata balik ingat xreti jaga anak ke??kalau reti rasanya anak-anak tak ada kena langgar la itu ini la. Kes yang xtau jaga la lani banyak kes yang libatkan anak-anak zaman ni.Tau la nak buat anak tu senang tapi time beranak tu yang susah nyawa sendiri jadi taruhan juga tapi bila anak-anak tu dok besar awat aku tengok macam2 ja perangai la macam2 jadi...ap yang korang fikir ye??kalau anak hilang or dah mati takpa ada lagi awat korang ingat malam ni proses esok tu dah keluar anak tu???aku yang belum kahwin pon tau bukan senang..

Ada setengah pasangan tu dah bertahun2 kahwin dan usaha tapi still tak ada anak lagi ada pula yang ada anak sorang ja tapi tu pon mereka punya jaga kalah anak raja ni yang anak ramai dok buat macam tak peduli ja dok biar ja anak-anak tu p merata la apa la..syukur dan jaga la...ada orang teringin nak ada anak tapi x ada rezeki lagi just dapat tumpang2 dukung or jaga anak-anak saudara ja..yang mana ada rezeki anak ramai or ada anak walaupon sorang tu tolong jaga elok2 kalau betul macam yang ampa dok kata anak-anak ni anugerah tuhan,nyawa dan harta paling penting dalam hidup tu jadi tolong jaga betul2..sebab anak-anak tu tuhan yang bagi tuhan nak tarik tu bila2 masa ja..hargai dan sayang la anak-anak korang tu ye..

so aku rasa sampai sini je la ye aq potpetpotpet ni.....jumpa lagi lagi dalam post yang akan datang insyaallah...bye2

SEKIAN TERIMA KASIH



HARGAILAH MEREKA

Image result for JPAM   Image result for askar wataniah  Image result for TUDM Image result for TLDM  Image result for BOMBA     Image result for polis malaysia Image result for atm malaysia

Baru2 ini heboh tentang satu filem yang mendapat sambutan sangat hebat...iaitu filem Paskal..bagi aku filem ini dicipta bagi memperlihatkan kepada orang awam tentang kehidupan sebagai seorang anggota Paskal,tentang bagaimana pekerjaan sebagai anggota Paskal..selama ini orang awam hanya tau komen tentang pekerjaan mereka tak kisah la TUDM ke,TLDM ke,Polis ke, bomba ke atau apa pon..orang awam hanya tahu tentang luaran dengan mendengar nama mereka tapi bukan tentang pengorbanan..

Adal pula sesetngah tu tau nak komen ja bila mereka gagal...ada pula orang yang jenis suka nak kata sistem pertahanan dan keselamatan negara ni lemah la bagai sampai bandingkan negara sendiri dengan negara  lain...bukan tu je ada pula yang jenis hina gaji seorang askar la,tentera la,polis la bomba la apa la...jujur aq ada terasa juga bila dengar  maybe sebab arwah tok ayah aq seorang askar..tapi alhamdulillah dengan gaji askar yang orang dok hina tu la dapat tanggung mama,arwah pak long,kakak mama dan arwah nenek..dengan gaji tu la mama dapat p sekolah,masuk maktab guru di Sarawak dan jadi pegawai di PKG.

Bagi aku pengorbanan mereka sangat besar dan aku rasa kita pon pasti tak mampu buat macam mana mereka buat...kita hanya tau mereka berkorban nyawa untuk negara dan rakyat tapi sebenarnya banyak pengorbanan yang telah mereka berikan kepada kita semua.Pengorbanan yang belum tentu kita sendiri sanggup buat...sedangkan kita nak buat sesuatu benda yang kecil pon kita dah berkira.

Pengorbanan pertama yang mereka berikan ialah masa peribadi mereka...ye la orang time hujung minggu dapat lepak la date la bagai..tapi mereka ada yang hari cuti pon ada yang kerja la, operasi la ap la... tapi demi tugas mereka dahulukan dulu kerja dari masa rehat mereka.korang ingat keja macam mereka ini senang dapat cuti ke macam keja kita ni???kita ni sakit perut sikit pon ambik mc berhari2...kadang kalau rasa tak larat sikit call pejabat kata xsihat bagai la macam2 alasan tapi mereka tak boleh senang2 nak buat macam kita. time keja tak boleh nak main2..kita ni time keja pon fon kat tangan berfb la,berinsta la,bertwitt la,br wc la. tu pon kita dok kata depa ni makan gaji buta la ,xreti buat keja la

Pengorbanan mereka yang kedua ...mereka terpaksa tinggal keluarga mereka di kampung terutamanya bagi yang belum berkahwin..mereka terpaksa tinggalkan mak ayah depa yela maybe sebab kem or tempat bertugas mereka jauh tapi demi negara dan rakyat..mereka p juga...kalau bagi yang ada adik beradik ramai tu maybe tak la rasa susah hati sangat nak pergi tapi bagi yang anak tunggal ni??mereka susah hati tau...dan bagi yang ada anak isteri pon..mereka pun terpaksa tinggal nanak kalau isteri tu kerja dan tak dapat ikut suami dan kalau mereka pon tak dapat tukar dok dekat dengan keluarga mereka...korang rasa mereka tak sayang ke tak rindu ke kat keluarga mereka..risau dan takut tu tuhan je tau macam mana depa rasa...tapi mereka mampu berdoa ja la supaya keluarga mereka selamat dari jauh..yela mereka tinggalkan bukan untuk suka2 tapi untuk keselamatan negara dan rakyat...nanak pula untuk cari nafkah.

Pengorbanan ketiga cuti..korang ingat kerja macam depa senang dapat cuti balik kampung ka????ada pula yang xdapat nak cuti balik raya....time raya pon depa kena bertugas..tak macam kita...time raya dapat balik kampung,time raya tu dapat bersalam,peluk mak ayah kita,isteri dan anak2...tapi mereka ni yang xdapat balik raya just dapat call or chat je dengan keluarga untuk ucap selamat hari raya...tu pon kita nak kata mereka buat keja main2 la ap la...sedangkan mereka rela abaikan cuti sendiri...ada yang setengah tu tengah bercuty dengan keluarga pon kena panggil balik dengan ketua sebab ada operasi penting...tak fikir ke apa yang family depa rasa??? yang kita ni just kadang2 pakwe xjadi jumpa pon dah nak nangis sakan..

Pengorbanan mereka yang paling terbesar sekali tu nyawa mereka..korang ingat setiap operasi or tugas tu xbahaya ka?tak libatkan nyawa ka???semua tugas dan operasi pasti ada risiko tinggi yang mereka harus hadapi..ambik contoh macam anggota bomba yang terkorban baru2 ini..demi menyelamatkn mangsa dari lemas akhirnya mereka yang terkorban...kesedihan kita terhadap kehilangan mereka tak sebesar rasa sakit dan sedih yang dihadapi oleh ahli keluarga anggota tersebut....macam ni la ya sebelum nak komen bukan2 tu apa kata korang fikir dan tempat diri tu kat tempat keluarga yang hilang ahli keluarga demi selamatkan nyawa orang lain..korang mampu ke bila hilang ahli keluarga?hilang anak?hilang orang kita sayang orang kita cinta?? kalau aq..aq pon xmampu weyhhh...aq baru rasa kehilangan arwah tok dan nenek pon dah nangis ni kan pula hilang orang yang berjauhan dengan kita lama semata-mata demi tugas

Bagi aq la mak ayah,isteri dan anak2 mereka memang hebat la sebab boleh terima kehilangan suami or anak mereka sebab mereka tau demi selamatkan orang , demi negara..tapi itu la itu pon masih ramai mulut2 longkang yang kat luar sana yang masih tak bersyukur masih lagi nak kata anggota2,tentara,askar,polis or bomba ni macam2 sedangkan mereka ni dah buat sebaik mungkin untuk selamatkan rakyat,pertahankan negara ni..

Macam ni la aq rasa bagi yang dok perasan bagus dok komen itu ini yang dok perasan jadi pakar sangat la kan...apa kata korang sendiri join bidang cam ni masuk la askar ka polis ke bomba ka apa ka try p la yang mana pon..time tu baru sendiri rasa senang ke susah tugas mereka ini semua..sebab manusia ni selagi tak kena or tak rasa sendiri selagi tu la sesedap mulut longkang la nak kata pertahann askar ni xkuat la,perthanan tentera ni tak hebat macam negara lain la apa la..

lagi satu korang ingat latihan depa ini sesenang yang macam kita dok tengok dalam tv ka????ka ampa rasa latihan depa sesenang macam kat PLKN tu....sedangkan masuk kena panggil untuk PLKN pon ada yang dah cabut lari...ap yang kita hadap kat PLKN tu xsama dengan apa yang mereka kena tau..ketua depa lagi garang dari jurulatih PLKN tu.. aq rasa la yang mana mulut longkang ni kalau masuk belum tentu boleh tahan silap2 masa dok latihan boleh stop sebab dah tak larat or satgi tengah malam lari panjat pagar kes tak nak buat latihan la...

Kalau rasa diri tu hebat dari tentera or askar or polis yang dok ada ni apa kata masuk la bidang ni daripada dok kat rumah isap rkok then tau nak komen tentang keja orang ja...betul tak ???serius la tak faham manusia yang macam ni tak faham tentang keadaan orang lain tapi kalau bab nak komen tentang kerja orang no1 betul la mulut tu...

Bagi aq lantak p la sistem pertahan negara lain macam mana pon sebab bagi aq tentera2,askar2,polis2 or bomba2 yang negara Malaysia ni dah cukup hebat...memang terbaik..sebab kalau wira2 d wirawati2 negara kita tak hebat negara kita tak aman macam sekarang ini ada je la lanun dari luar dok masuk la,jenayah merata la.....tanpa mereka negara kita tak akan seaman macam ni la...please la hormat dan kenang jasa baik mereka semua kepada negara kita.

Akhir sekali..Kepada wira dan wirawati Malaysia tahniah dan syabas kepada anda semua diatas usaha dan perkhidmatan anda selama ini..Jutaan terima kasih terhadap pengorbanan dan jasa baik anda semua selama ini kepada negara ini...tidak lupa juga kepada wira2 dan wirawati2 yang telah tiada walaubagaimana pun jasa baik mereka tetap akan kami kenang sampai bila2...

SEKIAN TERIMA KASIH