Thursday, 8 November 2018

HARGAILAH MEREKA

Image result for JPAM   Image result for askar wataniah  Image result for TUDM Image result for TLDM  Image result for BOMBA     Image result for polis malaysia Image result for atm malaysia

Baru2 ini heboh tentang satu filem yang mendapat sambutan sangat hebat...iaitu filem Paskal..bagi aku filem ini dicipta bagi memperlihatkan kepada orang awam tentang kehidupan sebagai seorang anggota Paskal,tentang bagaimana pekerjaan sebagai anggota Paskal..selama ini orang awam hanya tau komen tentang pekerjaan mereka tak kisah la TUDM ke,TLDM ke,Polis ke, bomba ke atau apa pon..orang awam hanya tahu tentang luaran dengan mendengar nama mereka tapi bukan tentang pengorbanan..

Adal pula sesetngah tu tau nak komen ja bila mereka gagal...ada pula orang yang jenis suka nak kata sistem pertahanan dan keselamatan negara ni lemah la bagai sampai bandingkan negara sendiri dengan negara  lain...bukan tu je ada pula yang jenis hina gaji seorang askar la,tentera la,polis la bomba la apa la...jujur aq ada terasa juga bila dengar  maybe sebab arwah tok ayah aq seorang askar..tapi alhamdulillah dengan gaji askar yang orang dok hina tu la dapat tanggung mama,arwah pak long,kakak mama dan arwah nenek..dengan gaji tu la mama dapat p sekolah,masuk maktab guru di Sarawak dan jadi pegawai di PKG.

Bagi aku pengorbanan mereka sangat besar dan aku rasa kita pon pasti tak mampu buat macam mana mereka buat...kita hanya tau mereka berkorban nyawa untuk negara dan rakyat tapi sebenarnya banyak pengorbanan yang telah mereka berikan kepada kita semua.Pengorbanan yang belum tentu kita sendiri sanggup buat...sedangkan kita nak buat sesuatu benda yang kecil pon kita dah berkira.

Pengorbanan pertama yang mereka berikan ialah masa peribadi mereka...ye la orang time hujung minggu dapat lepak la date la bagai..tapi mereka ada yang hari cuti pon ada yang kerja la, operasi la ap la... tapi demi tugas mereka dahulukan dulu kerja dari masa rehat mereka.korang ingat keja macam mereka ini senang dapat cuti ke macam keja kita ni???kita ni sakit perut sikit pon ambik mc berhari2...kadang kalau rasa tak larat sikit call pejabat kata xsihat bagai la macam2 alasan tapi mereka tak boleh senang2 nak buat macam kita. time keja tak boleh nak main2..kita ni time keja pon fon kat tangan berfb la,berinsta la,bertwitt la,br wc la. tu pon kita dok kata depa ni makan gaji buta la ,xreti buat keja la

Pengorbanan mereka yang kedua ...mereka terpaksa tinggal keluarga mereka di kampung terutamanya bagi yang belum berkahwin..mereka terpaksa tinggalkan mak ayah depa yela maybe sebab kem or tempat bertugas mereka jauh tapi demi negara dan rakyat..mereka p juga...kalau bagi yang ada adik beradik ramai tu maybe tak la rasa susah hati sangat nak pergi tapi bagi yang anak tunggal ni??mereka susah hati tau...dan bagi yang ada anak isteri pon..mereka pun terpaksa tinggal nanak kalau isteri tu kerja dan tak dapat ikut suami dan kalau mereka pon tak dapat tukar dok dekat dengan keluarga mereka...korang rasa mereka tak sayang ke tak rindu ke kat keluarga mereka..risau dan takut tu tuhan je tau macam mana depa rasa...tapi mereka mampu berdoa ja la supaya keluarga mereka selamat dari jauh..yela mereka tinggalkan bukan untuk suka2 tapi untuk keselamatan negara dan rakyat...nanak pula untuk cari nafkah.

Pengorbanan ketiga cuti..korang ingat kerja macam depa senang dapat cuti balik kampung ka????ada pula yang xdapat nak cuti balik raya....time raya pon depa kena bertugas..tak macam kita...time raya dapat balik kampung,time raya tu dapat bersalam,peluk mak ayah kita,isteri dan anak2...tapi mereka ni yang xdapat balik raya just dapat call or chat je dengan keluarga untuk ucap selamat hari raya...tu pon kita nak kata mereka buat keja main2 la ap la...sedangkan mereka rela abaikan cuti sendiri...ada yang setengah tu tengah bercuty dengan keluarga pon kena panggil balik dengan ketua sebab ada operasi penting...tak fikir ke apa yang family depa rasa??? yang kita ni just kadang2 pakwe xjadi jumpa pon dah nak nangis sakan..

Pengorbanan mereka yang paling terbesar sekali tu nyawa mereka..korang ingat setiap operasi or tugas tu xbahaya ka?tak libatkan nyawa ka???semua tugas dan operasi pasti ada risiko tinggi yang mereka harus hadapi..ambik contoh macam anggota bomba yang terkorban baru2 ini..demi menyelamatkn mangsa dari lemas akhirnya mereka yang terkorban...kesedihan kita terhadap kehilangan mereka tak sebesar rasa sakit dan sedih yang dihadapi oleh ahli keluarga anggota tersebut....macam ni la ya sebelum nak komen bukan2 tu apa kata korang fikir dan tempat diri tu kat tempat keluarga yang hilang ahli keluarga demi selamatkan nyawa orang lain..korang mampu ke bila hilang ahli keluarga?hilang anak?hilang orang kita sayang orang kita cinta?? kalau aq..aq pon xmampu weyhhh...aq baru rasa kehilangan arwah tok dan nenek pon dah nangis ni kan pula hilang orang yang berjauhan dengan kita lama semata-mata demi tugas

Bagi aq la mak ayah,isteri dan anak2 mereka memang hebat la sebab boleh terima kehilangan suami or anak mereka sebab mereka tau demi selamatkan orang , demi negara..tapi itu la itu pon masih ramai mulut2 longkang yang kat luar sana yang masih tak bersyukur masih lagi nak kata anggota2,tentara,askar,polis or bomba ni macam2 sedangkan mereka ni dah buat sebaik mungkin untuk selamatkan rakyat,pertahankan negara ni..

Macam ni la aq rasa bagi yang dok perasan bagus dok komen itu ini yang dok perasan jadi pakar sangat la kan...apa kata korang sendiri join bidang cam ni masuk la askar ka polis ke bomba ka apa ka try p la yang mana pon..time tu baru sendiri rasa senang ke susah tugas mereka ini semua..sebab manusia ni selagi tak kena or tak rasa sendiri selagi tu la sesedap mulut longkang la nak kata pertahann askar ni xkuat la,perthanan tentera ni tak hebat macam negara lain la apa la..

lagi satu korang ingat latihan depa ini sesenang yang macam kita dok tengok dalam tv ka????ka ampa rasa latihan depa sesenang macam kat PLKN tu....sedangkan masuk kena panggil untuk PLKN pon ada yang dah cabut lari...ap yang kita hadap kat PLKN tu xsama dengan apa yang mereka kena tau..ketua depa lagi garang dari jurulatih PLKN tu.. aq rasa la yang mana mulut longkang ni kalau masuk belum tentu boleh tahan silap2 masa dok latihan boleh stop sebab dah tak larat or satgi tengah malam lari panjat pagar kes tak nak buat latihan la...

Kalau rasa diri tu hebat dari tentera or askar or polis yang dok ada ni apa kata masuk la bidang ni daripada dok kat rumah isap rkok then tau nak komen tentang keja orang ja...betul tak ???serius la tak faham manusia yang macam ni tak faham tentang keadaan orang lain tapi kalau bab nak komen tentang kerja orang no1 betul la mulut tu...

Bagi aq lantak p la sistem pertahan negara lain macam mana pon sebab bagi aq tentera2,askar2,polis2 or bomba2 yang negara Malaysia ni dah cukup hebat...memang terbaik..sebab kalau wira2 d wirawati2 negara kita tak hebat negara kita tak aman macam sekarang ini ada je la lanun dari luar dok masuk la,jenayah merata la.....tanpa mereka negara kita tak akan seaman macam ni la...please la hormat dan kenang jasa baik mereka semua kepada negara kita.

Akhir sekali..Kepada wira dan wirawati Malaysia tahniah dan syabas kepada anda semua diatas usaha dan perkhidmatan anda selama ini..Jutaan terima kasih terhadap pengorbanan dan jasa baik anda semua selama ini kepada negara ini...tidak lupa juga kepada wira2 dan wirawati2 yang telah tiada walaubagaimana pun jasa baik mereka tetap akan kami kenang sampai bila2...

SEKIAN TERIMA KASIH

No comments:

Post a Comment