Selalu kita tengok orang perempuan ni sebelum kahwin ini kalau bersiap perhhh lawa gila nanak time kapel bukan main lawa kalau boleh nak pakai foundation sampai 10 jenama la..tudung pula setiap kali keluar macam2 style sampai aku rasa pakwe tengok pon pening cam mana awek dy ni pakai...Ada pula yang jenis time sebelum kahwin ja jaga badan berdiet bagai punya beria-ria la tapi bila dah kahwin tak pun...kenapa agaknya ye???
Kadang-kadang aku ada juga dengar or tengok la ada yang diantara mereka berfikiran or beranggapan kalau dah berkahwin dah tak perlu berhias sebab yela dah jadi laki mesti la dia sayang kita dan tak tinggal or xtmbah lagi kalau tak sayang kenapa dia pilih kita betul tak?ada pula yang jenis fikir tak yah nak jaga badan la apa la sebab terkait dengan konsep terima seadanya la..maybe sebab ini kut perempuan ni kalau dah kahwin dah tak peduli.
Bagi aku la sebelum ke selepas kahwin ka kita ini orang perempuan memang nak kena jaga badan berhias bagai..sebab untuk diri kita juga dan bagi yang ada suami tak salah pun kalau kat dalam rumah pun kita nak berhias. Aku kata macam ini sebab selalu aku tengok bila dah kahwin orang perempuan ini dah tak ambil peduli pon pasal penampilan mereka depan suami nanak pula kalau yang dah ada anak...yang baru ada anak satu pun aku tengok dah tak jaga badan apatah lagi kalau yang anak ramai.
Selalunya yang punca isteri-isteri dah tak jaga penampilan sebab sibuk dengan urusan anak-anak so takda masa la nak berhias nak jaga badan bagai. Yes urusan anak-anak memang penting tapi tu bukan alasan untuk kita abaikan perkara yang penting juga.Ambik contoh dari cerita Aksi Si Kucing...perempuan yang telah berkahwin,suri rumah sepenuh masa dan ada anak satu.Apabila ada anak terus abaikan tentang penampilan di depan suami. Disebabkan itu suami dia mengatal dengan perempuan lain.
Isteri ini selalu bila suami dekat or berkawan dengan perempuan lain baru nak cemburu nak merajuk bagai kan.Bagi aku buat apa time tu baru nak persoalkan why suami kita rapat or tertarik dengan perempuan lain.Sebelum kita nak marah suami kita or nak pergi serang perempuan yang dok dekat dengan suami kita tu...apa kata kita dok sat dalam bilik ke or keluar la p mana2 sambil tu fikir apa punca utama dia..sebab selalunya pokok xkn brgyang klu takda angin yang brtiup.Yes memang sepanjang kahwin tu kita dah cukup jaga makan pakai dia..semua lengkap...ini yang selalu para isteri still xfaham tang mana masalah or punca dia.
Maksud aq kat sini yes kita memang jaga makan minum pakai laki kita lengkap elok la semua tapi aq perasan isteri2 ni lupa ssuatu tentang penampilan diri depan suami.Contoh suami balik dari kerja penat2,hadap jem lagi,stress dengan kerja bila balik mereka nak juga pemandangan yg lawa tapi ni sekali buka pintu rumah boleh kena sakit jantung mau taknya muka isteri penuh dengan bedak sejuk,baju pula baju kelawar, rambut sanggul cam orang dok pantang.Jujur kalau aq jadi suami pon aku pon hilang selera tengok ni la juga suami2 dok pasang dua tiga empat ni.
Tak salah pon kan kalau kita berhias2 pakai lawa2 sexy,makeup sikit tapi jangan sampai macam wayang cina yang tu laki pon takut tengok malam2.Lagi pon dalam islam pun memang ada suruh isteri2 berhias untuk suami asalkan tak langgar hkum dan ikut syariah.Baru la encik abang pon tak pandang perempuan lain dah yela isteri kat rumah sikit punya lawa gila.Ni isteri2 tak mau jaga badan penampilan semua mau taknya perempuan lain yang dok mai melekat kat laki kita.So sebelum nak marah perempuan tu tengok dan bandingkan diri kita why suami kita boleh suka kat perempuan tu..kalau perempuan tu body lawa kita pon pasang la body lawa kalau perempuan tu makeup lawa kita pon pakai la makeup..Ni kita dok p serang ingat perempuan tu nak takut baliknya dia kata dalam hati memang patut pon suami dia ni cari aku tengok la pakaian pon dah macam mak cik.
Jadi sebenarnya tak salah pon kalau kita nak berhias dalam rumah...tak yah nak makeup over2 natural dah la..asalkan kita selitkan sikit unsur sexy tu...pasang badan kalau keluar duit sikit pon takpa la demi suami dan demi rumahtangga korang juga...yang si suami pon kalau tengok isteri tak perasan bab tu jangan la terus pasang skandal apa salahnya bawa isteri p shopping belikan baju yang sexy ke baju tidur yang lawa ka takpon bawa p spa bagi lawa cari la spa yang harga pon elok murah..tak salahkan kalau abiskan duit kat isteri tu pon untuk korang juga sedap sikit mata nak tengok setiap malam setiap pagi tu.
So isteri-isteri yg diluar sana tu tolong la ambil berat sikit tentang penampilan diri depan suami.Sebab zaman lani laki tak sama sangat cam zaman mak ayah kita..zaman mereka boleh la dok guna cara jaga makan mnum suami la/ikat perut suami dengan masak sedap2 la baru tak cari lain..sorry tak ada dah macam tu sayang2 oiii...lani dua benda kita kena jaga pertama makan minum semua tu kedua jaga "hubungan" kita dengan suami melalui penampilan diri yang meletop,lawa,sexy tu. Dan kita kena ingat ye perempuan ni bukan muka ja penarik untuk suami tapi sebenarnya satu badan kita ni la penarik lelaki asalkan kita rajin dan pandai jaga..jangan la muka lawa macam artis tapi body kita k.o...kena dua2 ok lawa meletop baru encik abang hari2 sayang..Hari2 meow bukannya hari2 takmauwww.
So aq harap korang faham la dengan apa yang aq cuba sampaikan ni sebab setiap masalah ke apa ke mesti ada puncanya yang tersendiri..kita yang kena cari puncanya bukannya cari salah orang lain..kerana kadang2 punca tu maybe datang dari diri kita ni juga cuma kita ni manusia tak sempurna tapi kita mampu selesaikan masalah kita dengan cara yg betul.
ok la sampai sini je tajuk kali ini...tq kerana sudi membaca post ni..bye2 ...assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment