Selalu kita dengar orang2 yang ada anak ni cakap anak-anak ni anugerah dari Tuhan untuk kita jadi kita kena jaga dan didik mereka betul2. Ada juga yang cakap anak-anak ini harta mereka dan nyawa mereka.Tapi kenapa aku tengok sekarang macam beza sungguh dengan apa yang mereka cakap dekat kawan2 or orang lain yang belum ada anak ni...Maksud aku tengok sekarang makin banyak ibubapa yang kurang peka terhadap anak-anak mereka terutamanya keselamatan anak-anak tersebut. Why aku kata macam tu?
Kes 1
Sebab sekarang aku tengok banyak ibu bapa yang macam ambik mudah dalam soal jaga anak-anak. Seperti contoh, di kawasan perumahan yang taman2 ni..waktu petang mesti ada anak-anak keluar bermain di taman tak kesah keluar bermain bola ka,main basikal ke ap kalau kita perasan tak banyak yang ditemani dengan ibu bapa atau pon orang lebih dewasa.Hanya beberapa saja yang datang dengan ibubapa yang selebihnya anak-anak datang seorang diri atau bersama rakan2 ke abang mereka yang sama umur dengan mereka.Ada yang setengah tu baru darjah satu dan bawa adik kecik mereka yang baru tadika keluar bermain bersama..
Maybe mereka rasa anak-anak mereka keluar ada teman xkisah la kawan ke adik kecik mereka ke ap asalkan berteman..bagi aku itu tetap bahaya kerana teman yang ikut mereka tu pon masih kecil dan sangat la bahaya bagi mereka.Mungkin ada juga yang jenis nak ajar anak berani keluar bermain sendiri yes nak ajar boleh memang tiada masalah tapi bagi aku tengok la dulu budak tu umur berapa sedangkan orang dewasa pon ada yang kena culik bagai apalagi budak2 yang baru nak kenal dunia.Aku tak faham sama ada mereka ini sedar atau pon x yang dunia sekarang makin banyak jenayah dan zaman ni bukan macam zaman2 atok2 nenek 2 yang kereta motor tak banyak tapi basikal yang banyak.
Nama pon kawasan perumahan,kawasan taman mesti la banyak kereta motor yang lalu nanak waktu petang orang dok balik keja tak pon orang yang keluar nak p keja malam. Yes orang yang bawa motor kereta ni kena bawa slow bila di kawasan taman sebab budak2 dok bermain tapi yang ibu bapa pon kalau dah tahu banyak kereta motor lalu awasi la anak-anak yang dok bermain tu.Bukan apa sebab kalau la tiba2 anak-anak tu kena langgar baru nak riuh setaman,nak saman bagai orang yang langgar tu..yes memang salah tapi punca yang utama yang boleh kena langgar tu sebab tiada pengawasan ibu bapa atau orang dewasa.Sama la juga yang satgi kalau anak tu kena culik baru nak p bernanggis kat balai polis sampai polis sakit telinga dengar.Mula la kata penculik,pembunuh or perogol tak ada hati perut la apa sebab buat kat anak mereka macam2 padahal mereka pon tak awasi anak-anak mereka keluar bermain.Time tu kalau rasa nak menyesal pon dah tak ada guna sebab kalau kita jaga elok2 memang tak kan jadi benda buruk.
Perbuatan tu sebenarnya seumpama macam kita beri laluan kepada si penculik tersebut macam pintu la..kalau kita tak buka pintu luas2 ada ke orang luar boleh masuk??tak boleh kan??Ada yang setengah tu yang dok lepas anak-anak main kat luar tu sebab nak rehat,nak masak la apa la kan..tu sebab biar ja anak-anak merata.Bagi aku kalau tak nak anak-anak kacau beli mainan banyak2 kalau mahal tu p beli kat kedai 2 ringgit tu murah2 ...beli banyak2 longgok la depan ruang tamu bagi anak-anak main puas2 or bagi p la anak2 tengok cerita kartun..download or record banyak2 pon tak pa sebab satgi depa letih depa tidur la sendiri..nak lagi bagus bagi anak2 tengok kartun yang ada pelajaran or beli buku cerita senang tak ada la mereka main kosong.Kalau rasa tak larat nak kemas ajar la budak-budak tu kemas dah kalau biar anak-anak keluar suka hati tu sebab konon nak ajar berdikari lebih baik ibu bapa ajar anak-anak belajar kemas sendiri barang permainan or bacaan mereka.
Kes ke-2..
yang jenis ibu bapa yang dok suruh or biar anak-anak keluar p kedai beli barang. Kalau anak-anak tu sekolah menengah tak pa la ni yang kecik2 baru darjah berapa..ni pon alasan konon nak ajar anak-anak berdikari la beli barang sendiri la pandai bayar sendiri la apa la....perkara macam ni selalu kita dapat tengok kat kawasan perumahan kita ni..ni semua pun nak bagi anak kena culik la tu..macam kes dulu la...ada juga yang biar anak-anak p pasar malam seorang diri la.Kalau aku aku rela p keluar beli bawa anak-anak walaupon penat baru balik keja tapi rela lagi dari anak kena culik ke kena langgar kereta ka apa.Sebab satgi kalau nak menyesal pon memang tak ada guna sebab bukan boleh patah balik betulkan keadaan or dapat balik anak-anak tu.
Kes ke-3
ibu bapa bagi je anak-anak keluar naik motor or bawa kereta tanpa lesen dah la tu anak-anak pula kecik lagi.Yang ni aku selalu tengok dekat kawasan rumah aku,anak-anak dok bawa motor petang2 keluar p pasar malam la dengan kawan la...maklum la faham2 budak-budak kalau dah dapat motor bawa macam mana..dah serupa litar sepang jalan tu dibuatnya.Kalau jadi apa2 mesti salahkan orang yang langgar la saman lagi,dakwa lgi..padahal punca utama tu dari mana ye???bagi keluar naik motor tanpa lesen ada pula yang baru sekolah rendah yang bawa lepas bila kena nak salah orang lain.Cuba fikir balik kalau ibu bapa bertegas dan peka rasa2nya akan jadi ke benda buruk???
Kes ke-4.
.kes ni ada kaitan dengan kes ke-3..sebab yela yang anak-anak laki ni bila dah boleh bawa motor suka hati ni la yang dok jadi macam2..merempit la dok bawa anak-anak dara orang p merata la..bagi si laki rasa cam hebat la dapat bawa awek p merata yang si awek pula rasa cam bangga la pakwe bawa naik motor kena pula dapat pakwe yang motor besar lagi sedap la..tu yang banyak project merata tu dan tu la juga punca buang bayi pon meningkat.Ini kalau dari awal lagi ibu bapa ambik berat dan jaga anak-anak,didik dengan cara yang betul insyaallah anak-anak tu selamat,jadi anak-anak yang baik dan ibu bapa pon tak sakit kepala tak kena darah tinggi hari2.
Kes ke-5..
jenis ibu bapa yang nak bawa anak-anak p jalan2,shopping konon happy family la,nak spend masa dengan anak-anak la...tapi endingnya bila sampai kat satu tempat tu or mall tu anak-anak jadi macam anak ayam,kambing ye la merata dok berlari yang si abang ke kiri yang si kakak ke kanan yang si adik dok ke depan.Perkara ni aku selalu tengok kat mall or mana2 tempat untuk bercuti.Ini pun merupakan punca anak-anak hilang la.Kalau kat mall ibu bapa sibuk dok tengok barang masing2 sampai biar ja anak-anak berlari merata sama la juga kalau p bercuti yang ibubapa sibuk nak bergambar berdua untuk letak dalam fb ke ig dengan caption percutiaan or honeymoon lagi..yang si anak-anak tu entah ke mana.Bila dah nama pun cuti or hujung minggu mesti la ramai ibu bapa bawa keluarga jalan2 dan penculik pon dah ready dalam kereta sebab tau sangat dah time cuti mesti banyak budak-budak.
Aku rasa lani pon banyak dah berita2 pasal anak-anak zaman ini..kadang2 aku rasa macam betul la kata dalam cerita mami jarum..tau beranak ja jaga tak tau esok ni kalau jadi apa2 baru nak teriak..kadang2 ada juga yang jenis bila orang tegur kata balik ingat xreti jaga anak ke??kalau reti rasanya anak-anak tak ada kena langgar la itu ini la. Kes yang xtau jaga la lani banyak kes yang libatkan anak-anak zaman ni.Tau la nak buat anak tu senang tapi time beranak tu yang susah nyawa sendiri jadi taruhan juga tapi bila anak-anak tu dok besar awat aku tengok macam2 ja perangai la macam2 jadi...ap yang korang fikir ye??kalau anak hilang or dah mati takpa ada lagi awat korang ingat malam ni proses esok tu dah keluar anak tu???aku yang belum kahwin pon tau bukan senang..
Ada setengah pasangan tu dah bertahun2 kahwin dan usaha tapi still tak ada anak lagi ada pula yang ada anak sorang ja tapi tu pon mereka punya jaga kalah anak raja ni yang anak ramai dok buat macam tak peduli ja dok biar ja anak-anak tu p merata la apa la..syukur dan jaga la...ada orang teringin nak ada anak tapi x ada rezeki lagi just dapat tumpang2 dukung or jaga anak-anak saudara ja..yang mana ada rezeki anak ramai or ada anak walaupon sorang tu tolong jaga elok2 kalau betul macam yang ampa dok kata anak-anak ni anugerah tuhan,nyawa dan harta paling penting dalam hidup tu jadi tolong jaga betul2..sebab anak-anak tu tuhan yang bagi tuhan nak tarik tu bila2 masa ja..hargai dan sayang la anak-anak korang tu ye..
so aku rasa sampai sini je la ye aq potpetpotpet ni.....jumpa lagi lagi dalam post yang akan datang insyaallah...bye2
SEKIAN TERIMA KASIH
No comments:
Post a Comment