Friday, 8 April 2016

Virus mengumpat dan hukumnya

      Pada masa sekarang,semakin ramai orang yang suka mengumpat tentang orang lain.Ini kerana virus mengumpat lebih banyak dalam badan manusia daripada virus penyakit yang sedia ada di dalam badan.Mengumpat bermaksud menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurungan seseorang kepada orang lain.

    Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak.Ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama.Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

 Mereka terlalu asyik dengan aktiviti mengumpat itu sehingga mereka lupa akan hukumnya.Dosa mengumpat bukan sahaja besar,malah ianya antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya."Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

     Orang yang suka mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.Sabda Rasulullah S..A.W bermaksud :"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakankayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

    Diriwayatkan oleh Abu Ummah al- Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia.Maka, dia bertanyakepada Allah "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yamg mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

    Sebaliknya,jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat,maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.

      Itulah yang dikatakan muflis diakhirat nanti.Oleh itu kawan2ku marilah kita sama2 cuba mengelak daripada melakukan perbuatan ini...








Thursday, 7 April 2016

Mamaku idolaku

        Semua orang mempunyai idola mereka yang tersendiri.Ada yang memilih artis untuk menjadi idola mereka dan ada juga yang memilih tokoh2 yang terdahulu untuk menjadi idola mereka.Ini kerana idola yang mereka pilih mempunyai semangat atau kebolehan yang boleh dijadikan ikutan dan teladan bagi peminat mereka.

       Aku juga mempunyai idolaku yang tersendiri.Aku memilih untuk mengambil mama aku sebagai idolaku.Ini kerana sifat dan semangat yang ada dalam diri mama aku belum tentu ada dalam diri orang lain.Mama aku ini seorang yang sangat tabah dan kuat semangat.Ini kerana mama tabah dalam membesarkan aku sampai sekarang walaupon pelbagai dugaan dan cabaran yang dia harus hadapi sebelum dia berkahwin dengan papa tiriku itu.

      Mama aku juga merupakan seorang yang sangat berdikari.Dia mampu membesarkan aku,menguruskan nenekku selepas tok ayah kami meninggal dan dalam masa yang sama mama bekerja cikgu sekolah rendah di penang sebelum dia berkerja sebagai pegawai teknologi pendidikan.Masa itu mama menjadi ibu tunggal  dan sebelum dia berjumpa dengan papa tiriku yang juga ketua kepadanya semasa menjadi pegawai di bawah papa.

     Bukan itu sahaja,mama seorang yang berani..dia begitu berani dalam menghadapi cabaran dan dia berani dalam menyuarakan pendapatnya apabila dia merasakan benda yang dilihatnya salah.Mama juga seorang yang berfikiran positif dan berwawasan.Dia selalu mengajar aku untuk selalu berfikiran positif dalam setiap perkara yang kita hadapi.

      Mama juga di samping menjadi ibu kepadaku dia juga menjadi sahabatku yang boleh aku berkongsi pelbagai cerita dengannya.Ada juga kadang2 aku akan meminta pendapat darinya dulu.Ini kerana mama aku seorang yang sporting dan sangat memahami anak dia yang seorang ini.Dia selalu juga bertanyakan macam mana hari aku di kolej dan aku akan bercerita apa yang jadi,cerita kalau ada orang yang kadang2 suka sangat tak puas hati dan suka sangat tunjuk yang diri tu ahli syurga.Dia juga selalu bertanyakan macam mana hubunganku dengan boy aku si aidil tu..ini kerana dari zaman sekolah rendah darjah satu walau dengan siapa pon yang aku bercouple akan aku kenal kat mama dan papa tiriku.Kerana niatku mereka tahu hanya inginkan restu dalam hubungan kami walau pon bukan kahwin..ini kerana mama selalu ajar..sesuatu hubungan tu tak akan menjadi kalau tidak mendapat restu dari family.

      Mama juga seorang yang sangat rajin.Walaupon dia penat macam mana pon bila balik dari kerja dia akan uruskan keluarga.Dia akan uruskan nenek,uruskan makan kucing2 yang setiap kali aku atau mama jumpa pasti kami akan bawa balik dan jaga.Mama akan kemas rumah dan hias rumah walaupun time tu aku tidur hostel tapi sekarang aku lebih kerap balik rumah sebab aku sekarang lebih selesa dengan keadaan di rumah.Di rumah membuatkan aku lupa seketika masalah or sakit hati disebabkan mulut2 yang prasan ahli syurga tu.

      Mama jugalah ibu dan ayah untukku sebelum berkahwin dengan papa tiriku.Dia juga boleh menjadi sahabatku,menjadi cikguku,menjadi tempat untukku bertanyakan tentang sesuatu hal yang aku tidak pasti.Oleh sebab itu aku memilih mama untuk menjadi idolaku...kerana aku berharap agar suatu hari aku dapat menjadi ibu seperti mama untuk anak2ku dan aku boleh menjadi sahabat mamaku di hari tuanya seperti mana dia menjadi sahabat untukku semasa aku sedang meningkat dewasa...amin....

Di sebalik nama ini terdapat banyak cerita..

          Nama?kisah di sebalik nama?Setiap orang mempunyai cerita yang tersendiri tidak kisahlah sama ada kisah itu pahit ataupun manis.Orang lain mungkin hanya mengetahui nama kita tapi tidak akan mengetahui kisah di sebalik nama itu...dan belum tentu mereka akan memahaminya kerana tidak semua mampu merasakannya kecuali bagi orang yang mungkin pernah alami benda yang sama.
         
         Aku juga mempunyai kisahku yang tersendiri...di sebalik namaku ini menyimpan pelbagai kisah ada yang pahit dan ada juga yang manis.Bila orang yang mendengar namaku pasti akan berkata sedap nama tu pandai keluargaku pilih tapi mereka tidak mengetahui nama yang mereka kata sedap inilah yang menyimpan banyak cerita.Orang mungkin hanya mengetahui namaku tapi mereka tidak mengetahui cerita di sebalik nama ini.

         Terlalu banyak cerita yang aku simpan hanya keluargaku dan orang2 terdekat yang betul2 mengenali diri ini seperti sahabat baikku sahaja apa yang telah aku alami.Kadang2 aku rasa ingin kembali ke zaman masa aku masih lagi budak kecik.Masa itu aku tidak perlu takut untuk mengambil apa2 keputusan di dalam hidup aku.Masa itu juga aku tidak perlu merasakan kesakitan yang belum tentu orang lain juga dapat hadapinya.Kesakitan yang kadang2 aku rasa aku mampu hadapinya dan ada juga kadang2 aku tidak mampu hadapinya dan menyimpannya.

      Bagi aku saat masa kecil saat yang paling manis.Sewaktu itu diri ini tersangatlah bahagia dan waktu itu juga itulah diri aku yang sebenarnya.Tidak seperti sekarang..aku tidak rasa ini diri ini diri sebenarku kerena terlalu banyak kisah yang aku alami telah mengubah diri ini sama ada di luar dan dalam ini.Dulu diri ini manja,susah untuk menangis,mampu bersabar jika mengalami apa2 ujian,dan benda yang paling susah aku nak buat ....iaitu panas baran..dulu aku paling susah nak marah walaupun seseorang itu buat salah sikit tapi sekarang aku cepat marah walaupun kadang2 kesalahan yang orang tu buat tidaklah bessar mana pun.Kawan rapat di sekolah rendah aku ,dia budak sabah..cuma kami berlainan kelas..tapi dia saja yang tahu tentang aku ini..Dia selalu kata aku inilah susah nak tengok aku marah..dan susah nak tengok aku menangis sampai dia ni bertanyakan aku ini robot ke?yelah robot je yang tak ada perasaan2 macam itu.

     Memang aku telah banyak berubah..mama pernah kata kat aku...mana perginya anak perempuan mama yang pemanja,yang tak tahu nak marah2 ,penyabar,yang selalu ceria.Kadang2 mama kata susah nak faham aku sebab sifat aku sekarang ini cepat betul berubah2.Mama kata mama rindu anak mama yang dulu....anak dia yang tak pernah nak marah orang.Aku rasa aku masih macam dulu cuma sekarang aku tidak mampu nak teruskan lakonan yang aku ini happy dan tak pernah rasa kesakitan seperti orang lain.Mungkin orang lain kata diri aku ini masih remaja...ye memang aku masih remaja baru nak meningkat dewasa tapi mereka tidak tahu yang diri ini telah lalui kisah yang belum sesuai dengan umurku.

      Jujur aku katakan aku juga rindu dengan diriku yang lama.Sebab aku dah letih untuk berlakon yang seolah2 hati ini tak pernah sakit pon.Si dia selalu kata pada aku mungkin mulut boleh berbohong tapi mata dan hati aku tidak pandai bohong kerana hati ini masih hati yang dulu hati si kecil yang tidak tahu berbohong.Kadang2 aku rasa seolah2 sifat aku yang dulu tersepit di dalam hati aku yang terlalu terluka.Mungkin betul kata dia...aku sendiri yang tidak mahu keluarkannya kerana aku ini dah terlampau takut untuk memberi peluang kepada diri sendiri.

      Sekarang apa yang mampu aku katakan....semoga diri ini dapat kembali kepada diriku yang dulu kerana family aku rindukan diriku yang dulu.Aku juga merindui diriku yang dulu..diriku yang dulu terlalu jauh beza dengan diriku yang sekarang ini.Amin...

Monday, 4 April 2016

Cahaya Mata adalah hadiah dan harta yang paling terindah...


..

         Jika kita tanya kepada setiap ibu hadiah dan harta yang paling terindah yang mereka miliki..pasti satu saja yang akan keluar dari mulut mereka anak.Takkan ada hadiah atau pun harta di dunia yang mampu menggantikan cahaya mata mereka tu biarpun harta dan hadiah tu harga yang mahal sekali pun tidak semahal kewujudan kita di dalam hidup mereka.
       Anak adalah pembawa rezeki dan mereka juga pengikat kasih sayang antara ibu dan ayah.Jika kita tanya kepada ibu bapa memori apa yang paling terindah pasti mereka akan menjawab memori saat bersama si kecik dan sewaktu mereka layan kerenah si kecik.Ini semua setelah lama menunggu ketibaan si kecil kini apabila adanya si kecil di sisi..semuanya tiada lagi yang lebih penting selain memastikannya membesar dengan sempurna dan memastikan si kecil bahagia seperti kanak-kanak yang lain.
       Anak juga pengubat penat dan kesedihan di hati ibu dan ayah melalui kerenah dan telatah mereka.Segala kepenatan seolah-olah hilang apabila melihat telatah si kecil ini.Bukan itu saja apabila menatap wajah si kecil hilang segala kesedihan yang dirasai sama ada si ibu ataupun si ayah.Ini yang dirasakan oleh setiap pasangan yang mempunya cahaya mata.Betapa uniknya si kecil di mata ibu dan ayah.
      Walaupun masih lagi kecil tetapi mereka boleh memahami perasaan si ibu atau si ayah...betapa kuatnya ikatan si kecil dengan ibu dan ayah.Di samping membawa kebahagian di dalam sesebuah keluarga, si kecil ini juga membawa sejuta makna kepada keluarga tersebut..
      Wujudnya si kecil di dalam dunia mereka,si kecillah jantung dan hati mereka,si kecil inilah permata ,pelangi dan nyawa bagi mereka.Hilangnya si kecil dari hidup mereka maka hilang separuh nyawa mereka,hilanglah sinaran kebahagian yang selama ini memberi kebahagian yang belum pernah mereka rasai dan belum tentu semua pasangn dapat merasai.Mungkin bagi kita jika tiada rezeki untuk memilikinya tidak ada masalah,tapi bagi mereka yang memiliki cahaya mata tetapi tiba2 hilang dari mata dan pelukkan ianya seolah-olah hari mereka tidak sempurna..
        Oleh itu jika kita bertanya adakah si anak begitu berharga bagi mereka,jawapannya adalah ya.Hilangnya si anak dari hidup mereka maka hilanglah juga makna dalam kehidupan mereka,hilang lah juga semngat dan separuh dari nyawa mereka keranan kehilangan hadiah dan harta yang paling terindah di dalam hidup mereka.

Friday, 1 April 2016

kasih sayang seorang ibu

    Bila ibu kita marah kat kita mesi kita kata yang ibu tak sayang kita.Sebenarnya...mereka marah tu sebab mereka sayangkan kitalah kalau ibu tak sayangkan kita,mereka tak payahlah nak besarkan kita baik depa bunuh je dari baby lagi.
    Ibu ni punya sayangkan anak2 mereka ...sedikit pon takkan kurang pon walaupun kita ada buat salah ka,adik2 kita ramai ke..ibu tetap sayangkan kita juga.Segala apa yang ibu lalui semasa mengandungkan kita dan melahirkan kita memang takkan dapat kita gambarkan melalui kata2 sehingga kita sendiri laluinya.Jika kita tengok masa ibu mengandungkan adik2 kita,kita rasa mesti bestkan...sebenar di dalam kegembiraan menanti kelahiran seorang anak.Ibu kita menahan sakit di mata kita ibu biasa2 je tapi sebenarnya tidak..kadamg2 ibu menahan sakit sehingga tidak boleh tidur lah..morning sickness la..tapi mereka sikit pon tidak merungut dan menyalahkan kehadiran kita sebaliknya mereka berdoa supaya allah  memberkati kita dan sentiasa melindungi kita..
      Ibu sanggup bertarung nyawa semsa lahirkan kita dan adik2 kita...jika dengar di mulut ibu berkata tak sabar nak tunggu adik kita ni lahir sebenarnya di dalam hati ibu hampir setiap hari berdoa agar allah melancarkan dan permudahkan agar bayi yang bakal lahir keluar dengan selamat dan senang.
Ibu menahan sakit ketika melahirkan kita..sakit melahirkan kita lebih sakit bila terluka,lebih sakit jika terkena pisau...sakitnya cuma si ibu seorang saja yang melaluinya ..sakitnya hanya yang di atas saja yang tahu.Tetapi mereka tetap sabar menahannya ini kerana mereka sayangkan kita dan ingin bagi kita melihat dunia ini.
      Selepas dengan cabaran kesakitan melahirkan kita...sekali lagi ibu kita diuji..diuji membesarkan kita sehingga sekarang..cabaran untuk mendidik si permata hati mereka.Mendidik kita dengan agama,mendidik kita dengan ilmu pengetahuan di dunia ...Bukan itu saja,di samping itu ibu juga diuji dengan sikap2 kita yang kadang2 kita sendiri tidak sedar yang sikap dan kata2 kita tu telah menyakiti hati seorang insan yang telah membesarkan kita,yang sanggup berkorban nyawa supaya kita ini lahir di dunia ini.
      Jika kita kata ibu ada ayah boleh teman ibu...memang betul si ayah juga kekuatan ibu tapi sebenarnya,kekuatan ibu dan jantung hati ibu adalah kita...ini kerana mereka sedar betapa susahnya untuk mendapatkan kita,betapa beratnya ujian sewaktu melahirkan dan membesarkan kita...Oleh itu kita kenalah pengorbanan mereka bukan ibu tapi kedua2 ibu bapa kita kerana telah berkorban segalanya demi kita.
   TIdak salah jika sayangkan seseorang selain ibu dan bapa kita...tapi kita kena ingat merekakah yang telah sanggup berkorban nyawa untuk kita selama ini?... merekakah yang terpaksa melalui pelbagai ujian dan kesakitan dalam membesarkan kita? .Kita boleh sayangkan boy kita...tapi jangan sehingga kita lupakan keluarga..ibu bapa kita pon saling sayangi pasangan masing2 tapi mereka sikit tidak pernah kurang kasih sayang kepada kita..jadi kawan2 jangan lah kita sampai abaikan ibu bapa kita di samping hati kita sayangkn pasangan kita kerana sebelum pasangan kita muncul siapa ada dengan kita sehingga kita jumpa si dia yang sekarang..