Bila ibu kita marah kat kita mesi kita kata yang ibu tak sayang kita.Sebenarnya...mereka marah tu sebab mereka sayangkan kitalah kalau ibu tak sayangkan kita,mereka tak payahlah nak besarkan kita baik depa bunuh je dari baby lagi.
Ibu ni punya sayangkan anak2 mereka ...sedikit pon takkan kurang pon walaupun kita ada buat salah ka,adik2 kita ramai ke..ibu tetap sayangkan kita juga.Segala apa yang ibu lalui semasa mengandungkan kita dan melahirkan kita memang takkan dapat kita gambarkan melalui kata2 sehingga kita sendiri laluinya.Jika kita tengok masa ibu mengandungkan adik2 kita,kita rasa mesti bestkan...sebenar di dalam kegembiraan menanti kelahiran seorang anak.Ibu kita menahan sakit di mata kita ibu biasa2 je tapi sebenarnya tidak..kadamg2 ibu menahan sakit sehingga tidak boleh tidur lah..morning sickness la..tapi mereka sikit pon tidak merungut dan menyalahkan kehadiran kita sebaliknya mereka berdoa supaya allah memberkati kita dan sentiasa melindungi kita..
Ibu sanggup bertarung nyawa semsa lahirkan kita dan adik2 kita...jika dengar di mulut ibu berkata tak sabar nak tunggu adik kita ni lahir sebenarnya di dalam hati ibu hampir setiap hari berdoa agar allah melancarkan dan permudahkan agar bayi yang bakal lahir keluar dengan selamat dan senang.
Ibu menahan sakit ketika melahirkan kita..sakit melahirkan kita lebih sakit bila terluka,lebih sakit jika terkena pisau...sakitnya cuma si ibu seorang saja yang melaluinya ..sakitnya hanya yang di atas saja yang tahu.Tetapi mereka tetap sabar menahannya ini kerana mereka sayangkan kita dan ingin bagi kita melihat dunia ini.
Selepas dengan cabaran kesakitan melahirkan kita...sekali lagi ibu kita diuji..diuji membesarkan kita sehingga sekarang..cabaran untuk mendidik si permata hati mereka.Mendidik kita dengan agama,mendidik kita dengan ilmu pengetahuan di dunia ...Bukan itu saja,di samping itu ibu juga diuji dengan sikap2 kita yang kadang2 kita sendiri tidak sedar yang sikap dan kata2 kita tu telah menyakiti hati seorang insan yang telah membesarkan kita,yang sanggup berkorban nyawa supaya kita ini lahir di dunia ini.
Jika kita kata ibu ada ayah boleh teman ibu...memang betul si ayah juga kekuatan ibu tapi sebenarnya,kekuatan ibu dan jantung hati ibu adalah kita...ini kerana mereka sedar betapa susahnya untuk mendapatkan kita,betapa beratnya ujian sewaktu melahirkan dan membesarkan kita...Oleh itu kita kenalah pengorbanan mereka bukan ibu tapi kedua2 ibu bapa kita kerana telah berkorban segalanya demi kita.
TIdak salah jika sayangkan seseorang selain ibu dan bapa kita...tapi kita kena ingat merekakah yang telah sanggup berkorban nyawa untuk kita selama ini?... merekakah yang terpaksa melalui pelbagai ujian dan kesakitan dalam membesarkan kita? .Kita boleh sayangkan boy kita...tapi jangan sehingga kita lupakan keluarga..ibu bapa kita pon saling sayangi pasangan masing2 tapi mereka sikit tidak pernah kurang kasih sayang kepada kita..jadi kawan2 jangan lah kita sampai abaikan ibu bapa kita di samping hati kita sayangkn pasangan kita kerana sebelum pasangan kita muncul siapa ada dengan kita sehingga kita jumpa si dia yang sekarang..
No comments:
Post a Comment