Semua orang mempunyai idola mereka yang tersendiri.Ada yang memilih artis untuk menjadi idola mereka dan ada juga yang memilih tokoh2 yang terdahulu untuk menjadi idola mereka.Ini kerana idola yang mereka pilih mempunyai semangat atau kebolehan yang boleh dijadikan ikutan dan teladan bagi peminat mereka.
Aku juga mempunyai idolaku yang tersendiri.Aku memilih untuk mengambil mama aku sebagai idolaku.Ini kerana sifat dan semangat yang ada dalam diri mama aku belum tentu ada dalam diri orang lain.Mama aku ini seorang yang sangat tabah dan kuat semangat.Ini kerana mama tabah dalam membesarkan aku sampai sekarang walaupon pelbagai dugaan dan cabaran yang dia harus hadapi sebelum dia berkahwin dengan papa tiriku itu.
Mama aku juga merupakan seorang yang sangat berdikari.Dia mampu membesarkan aku,menguruskan nenekku selepas tok ayah kami meninggal dan dalam masa yang sama mama bekerja cikgu sekolah rendah di penang sebelum dia berkerja sebagai pegawai teknologi pendidikan.Masa itu mama menjadi ibu tunggal dan sebelum dia berjumpa dengan papa tiriku yang juga ketua kepadanya semasa menjadi pegawai di bawah papa.
Bukan itu sahaja,mama seorang yang berani..dia begitu berani dalam menghadapi cabaran dan dia berani dalam menyuarakan pendapatnya apabila dia merasakan benda yang dilihatnya salah.Mama juga seorang yang berfikiran positif dan berwawasan.Dia selalu mengajar aku untuk selalu berfikiran positif dalam setiap perkara yang kita hadapi.
Mama juga di samping menjadi ibu kepadaku dia juga menjadi sahabatku yang boleh aku berkongsi pelbagai cerita dengannya.Ada juga kadang2 aku akan meminta pendapat darinya dulu.Ini kerana mama aku seorang yang sporting dan sangat memahami anak dia yang seorang ini.Dia selalu juga bertanyakan macam mana hari aku di kolej dan aku akan bercerita apa yang jadi,cerita kalau ada orang yang kadang2 suka sangat tak puas hati dan suka sangat tunjuk yang diri tu ahli syurga.Dia juga selalu bertanyakan macam mana hubunganku dengan boy aku si aidil tu..ini kerana dari zaman sekolah rendah darjah satu walau dengan siapa pon yang aku bercouple akan aku kenal kat mama dan papa tiriku.Kerana niatku mereka tahu hanya inginkan restu dalam hubungan kami walau pon bukan kahwin..ini kerana mama selalu ajar..sesuatu hubungan tu tak akan menjadi kalau tidak mendapat restu dari family.
Mama juga seorang yang sangat rajin.Walaupon dia penat macam mana pon bila balik dari kerja dia akan uruskan keluarga.Dia akan uruskan nenek,uruskan makan kucing2 yang setiap kali aku atau mama jumpa pasti kami akan bawa balik dan jaga.Mama akan kemas rumah dan hias rumah walaupun time tu aku tidur hostel tapi sekarang aku lebih kerap balik rumah sebab aku sekarang lebih selesa dengan keadaan di rumah.Di rumah membuatkan aku lupa seketika masalah or sakit hati disebabkan mulut2 yang prasan ahli syurga tu.
Mama jugalah ibu dan ayah untukku sebelum berkahwin dengan papa tiriku.Dia juga boleh menjadi sahabatku,menjadi cikguku,menjadi tempat untukku bertanyakan tentang sesuatu hal yang aku tidak pasti.Oleh sebab itu aku memilih mama untuk menjadi idolaku...kerana aku berharap agar suatu hari aku dapat menjadi ibu seperti mama untuk anak2ku dan aku boleh menjadi sahabat mamaku di hari tuanya seperti mana dia menjadi sahabat untukku semasa aku sedang meningkat dewasa...amin....
No comments:
Post a Comment