Thursday, 7 April 2016

Di sebalik nama ini terdapat banyak cerita..

          Nama?kisah di sebalik nama?Setiap orang mempunyai cerita yang tersendiri tidak kisahlah sama ada kisah itu pahit ataupun manis.Orang lain mungkin hanya mengetahui nama kita tapi tidak akan mengetahui kisah di sebalik nama itu...dan belum tentu mereka akan memahaminya kerana tidak semua mampu merasakannya kecuali bagi orang yang mungkin pernah alami benda yang sama.
         
         Aku juga mempunyai kisahku yang tersendiri...di sebalik namaku ini menyimpan pelbagai kisah ada yang pahit dan ada juga yang manis.Bila orang yang mendengar namaku pasti akan berkata sedap nama tu pandai keluargaku pilih tapi mereka tidak mengetahui nama yang mereka kata sedap inilah yang menyimpan banyak cerita.Orang mungkin hanya mengetahui namaku tapi mereka tidak mengetahui cerita di sebalik nama ini.

         Terlalu banyak cerita yang aku simpan hanya keluargaku dan orang2 terdekat yang betul2 mengenali diri ini seperti sahabat baikku sahaja apa yang telah aku alami.Kadang2 aku rasa ingin kembali ke zaman masa aku masih lagi budak kecik.Masa itu aku tidak perlu takut untuk mengambil apa2 keputusan di dalam hidup aku.Masa itu juga aku tidak perlu merasakan kesakitan yang belum tentu orang lain juga dapat hadapinya.Kesakitan yang kadang2 aku rasa aku mampu hadapinya dan ada juga kadang2 aku tidak mampu hadapinya dan menyimpannya.

      Bagi aku saat masa kecil saat yang paling manis.Sewaktu itu diri ini tersangatlah bahagia dan waktu itu juga itulah diri aku yang sebenarnya.Tidak seperti sekarang..aku tidak rasa ini diri ini diri sebenarku kerena terlalu banyak kisah yang aku alami telah mengubah diri ini sama ada di luar dan dalam ini.Dulu diri ini manja,susah untuk menangis,mampu bersabar jika mengalami apa2 ujian,dan benda yang paling susah aku nak buat ....iaitu panas baran..dulu aku paling susah nak marah walaupun seseorang itu buat salah sikit tapi sekarang aku cepat marah walaupun kadang2 kesalahan yang orang tu buat tidaklah bessar mana pun.Kawan rapat di sekolah rendah aku ,dia budak sabah..cuma kami berlainan kelas..tapi dia saja yang tahu tentang aku ini..Dia selalu kata aku inilah susah nak tengok aku marah..dan susah nak tengok aku menangis sampai dia ni bertanyakan aku ini robot ke?yelah robot je yang tak ada perasaan2 macam itu.

     Memang aku telah banyak berubah..mama pernah kata kat aku...mana perginya anak perempuan mama yang pemanja,yang tak tahu nak marah2 ,penyabar,yang selalu ceria.Kadang2 mama kata susah nak faham aku sebab sifat aku sekarang ini cepat betul berubah2.Mama kata mama rindu anak mama yang dulu....anak dia yang tak pernah nak marah orang.Aku rasa aku masih macam dulu cuma sekarang aku tidak mampu nak teruskan lakonan yang aku ini happy dan tak pernah rasa kesakitan seperti orang lain.Mungkin orang lain kata diri aku ini masih remaja...ye memang aku masih remaja baru nak meningkat dewasa tapi mereka tidak tahu yang diri ini telah lalui kisah yang belum sesuai dengan umurku.

      Jujur aku katakan aku juga rindu dengan diriku yang lama.Sebab aku dah letih untuk berlakon yang seolah2 hati ini tak pernah sakit pon.Si dia selalu kata pada aku mungkin mulut boleh berbohong tapi mata dan hati aku tidak pandai bohong kerana hati ini masih hati yang dulu hati si kecil yang tidak tahu berbohong.Kadang2 aku rasa seolah2 sifat aku yang dulu tersepit di dalam hati aku yang terlalu terluka.Mungkin betul kata dia...aku sendiri yang tidak mahu keluarkannya kerana aku ini dah terlampau takut untuk memberi peluang kepada diri sendiri.

      Sekarang apa yang mampu aku katakan....semoga diri ini dapat kembali kepada diriku yang dulu kerana family aku rindukan diriku yang dulu.Aku juga merindui diriku yang dulu..diriku yang dulu terlalu jauh beza dengan diriku yang sekarang ini.Amin...

No comments:

Post a Comment