Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak.Ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama.Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Mereka terlalu asyik dengan aktiviti mengumpat itu sehingga mereka lupa akan hukumnya.Dosa mengumpat bukan sahaja besar,malah ianya antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya."Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).
Orang yang suka mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.Sabda Rasulullah S..A.W bermaksud :"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakankayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al- Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia.Maka, dia bertanyakepada Allah "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yamg mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
Sebaliknya,jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat,maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.
Itulah yang dikatakan muflis diakhirat nanti.Oleh itu kawan2ku marilah kita sama2 cuba mengelak daripada melakukan perbuatan ini...
No comments:
Post a Comment